KAHERAH: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdoğan melalui ucapannya di Cairo University mengajak pemuda Mesir yang membuat revolusi di negara itu sebelum ini bersama-sama pemuda Turki mempertahankan Gaza yang kini sedang diserang Israel.
Dalam ucapan itu, Presiden AKP Turki itu berkata, bagaimana Gaza boleh dibiarkan diserang oleh Israel begitu sahaja sedangkan di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki?
Di kiri dan kanannya juga ada Mohamad Morsi yang menjadi Presiden Mesir dan Recep Tayyib Erdoğan yang menjadi Perdana Menteri Turki.
Berikut adalah ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.
1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!
2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!
3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.
4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.
5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.
6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.
7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.
8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.
9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yang bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.
10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.
11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.
12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.
13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.
14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.
15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan