sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Sabtu, 15 Disember 2012

Seorang Lagi Pembikin Filem Hina Rasul


Seorang lelaki asal Pakistan, seorang aktivis anti-Islam, telah menyatakan bahawa dirinya adalah produser filem baru yang mengolok-olok Nabi Muhammad (shalallahu 'alaihi wa sallam), dalam sebuah wawancara dengan media Inggeris IBTimes.

Imran Firasat, yang mengaku sebagai bekas-Muslim alias Murtaddin yang kini tinggal di Sepanyol, mengatakan bahawa dia telah menghasilkan filem berjudul "The Innocent Prophet" yang trailer-nya telah diterbitkan di Youtube.

Ketika ditanya tentang moralnya menghasilkan filem yang akan mencetuskan kemarahan rakyat di dunia Muslim sebagaimana filem sama sebelumnya, "The Innocence of Muslim." Tetapi Firasat, yang dalam produksi filem ini memegang paderi ekstrem Florida, Terry Jones, yang membakar Al-Quran mengatakan kepada IBTimes dengan angkuh bahawa daripada orang-orang mencegahnya dari "kebebasan berpendapat" lebih baik "dunia harus menyarankan umat Islam bahawa kamu harus menghentikan mencipta 'permainan kekerasan' atas alasan-alasan kecil. "

Dia mengatakan bahawa setelah diancam oleh pihak berkuasa Sepanyol untuk mencabut kembali status imigrasinya, dia sekarang hidup dalam ketakutan jika perlu kembali ke Pakistan. Firasat mengatakan bahawa kerana tekanan pemerintah, dia menunda menerbitkan filem tersebut yang awalnya dijadualkan pada 14 Disember ini, sehingga kerajaan boleh mengkaji semula kandungannya.


Filem yang berdurasi 70 minit ini dikatakan untuk menggambarkan "fakta-fakta dalam Kitab Al-Quran dan Nabi Muhammad" dalam pandangan seorang murtaddin.

Filem ini adalah bentuk dari kebencian Firasat terhadap Islam dan Rasulullah (shalallahu 'alaihi wa sallam). Dalam laman webnya, mundosinislam, dia terang-terangan menunjukkan permusuhannnya terhadap Islam. Di situsnya terpampang kata Mundo sin Islam lucharé hasta que este mundo llega a ser libre de Islam (Dunia tanpa Islam, berjuang hingga dunia bebas dari Islam), dan semua kandungan laman webnya menistakan dan mengolok-olok Islam.

Firasat dengan angkuh menulis di mundosinislam, "Setelah kebingungan dan pertempuran sengit antara hati dan jiwa saya, Saya memutuskan tajuk dari filem saya adalah" The Innocent Prophet. "Saya tahu ini sangat mirip dengan rilisan filem terakhir" The Innnocence of Muslims. "Tetapi percayalah , Saya tidak punya niat untuk meng-copy judul itu. Saya memutuskan untuk memilih tajuk "The innocent Prophet," kerana Saya ingin menggunakan ini sebagai olok-olok bagi Muhammad. "

Sabtu, 1 Disember 2012

Menjawab Kenyataan Dangkal "Ulama" Muda UMNO

Di saat pejuang-pejuang agama Allah bermati-matian mempertahankan tanah umat Islam,keluar dari mulut yang mengaku ulama' muda kenyataan yang bodoh dan dangkal.Kenyataan yang aku rasa lebih mengelirukan orang awam yang semakin lupa keadaan saudara kita di Palestin dan lupa maksud jihad.

Pertamanya dia mengatakan tiada jihad kerana 
1)Kekuatan musuh tidak boleh lebih dua kali ganda
2)Tiada kekuatan rohani,senjata dan persediaan.
3)Fatwa Syeikh Albani supaya rakyat Palestin keluar kerana tiada kekuatan seperti hijrah nabi

Pertama sekali biarlah aku ambil sepotong ayat quran dari surah at taubah ayat 120

Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'raab" ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. 

Sebelum memberi fatwa untuk rakyat Palestin keluar dari negara mereka,di mana fatwa kamu untuk pemerintah-pemerintah negara umat Islam khususnya sekitar negara-negara Arab terutama Saudi keluar menolong tanah rebutan 3 agama itu???

Sebelum kita melihat statistik jumlah musuh sekarang,mari kita lihat semula sirah nabi waktu di perang Badar.Sirah yang cukup mahsyur diajarkan kita sejak sekolah rendah lagi.Tentera Islam berjumlah 313 manakala musyrikin 1000 orang.Di sini kekuatan melebihi 3 kali ganda,dan sudah tentu peralatan tentera musyrikin terlalu hebat berbanding tentera Islam ketika itu sehingga ada dikatakan sahabat menggunakan pelepah kurma.Atau aku yang pernah gagal matematik ini salah mengira ,yang sebenarnya 313x2=1000?

Sekarang mari kita lihat pula jumlah kekuatan Israel dan Palestin.Yahudi – 50.7% (5,766,717), Islam - 40.1% (4,562,611), Kristian - 3.2% (365,329) dan yang lain-lain - 6% (681,602).Besarnya pula Israel - 16%[1] Palestin - Tebing Barat - 75%,[2] Jalur Gaza - 9.9%[3].

Hanya lebih 10% sahaja jumlah penduduk Yahudi di Israel.(Di Palestin dan Israel,hampir kesemuanya adalah pejuang.)Jadi bagaimana mahu dikatakan lebih dua kali ganda di sini?Itupun kalau kita mahu mengikut pendapat yang ulama' ini keluarkan.Belum lagi seperti aku katakan di atas,negara-negara Islam di sekitarnya turun bersama-sama menentang penjajahan zionis ke atas Palestin.

Jordan 5,759,732
Arab Saudi 26,417,599
Lubnan 3,826,018
Mesir 77,505,756

Statistik menunjukkan,purata wanita melahirkan anak,6orang anak berbanding Israel 2 orang anak sahaja.Belum lagi dikira masalah penyakit biasa yang dihadapi Yahudi.

1.Tay-Sachs-Hanya berkembang normal sekitar 4bulan.1 dari 25 Yahudi mati sekitar umur 5 tahun
2.Canavan-Seperti di atas,tetapi 1 dari 40 sahaja rakyat yahudi menghidapinya.
3.Niemann-Pick-Penghidapnnya mati sekitar umur 3tahun.1 dari 90 yahudi penghidapnya.
4.Gaucher-pelbagai umur.1 dari 14 rakyat yahudi penghidapnya.
5.Familiar Dysautonomia-Kehilangan semua deria termasuk tekanan darah dan suhu badan.1 dari 30 rakyat yahudi.
6.Bloom syndrome-1 dari 100 rakyat yahudi
7.Fanconi Anamia C-1 dari 89 rakyat yahudi.
8.Mucolipidosis IV - 1 dari 100 rakyat yahudi
9.Cystic Fibrosis-1- dari 25 rakyat yahudi

sumber:jewishvirtuallibrary.org

HAMAS dan Jihad Islami,dua kelompok besar yang menentang zionis di Palestin.Dari segi kekuatan pula,sangat menakjubkan.Serangan yang paling baru kira-kira seribu roket F5 dilepaskan HAMAS,hanya lebih kurang 10-15% sahaja berjaya dihalang oleh Israel dengan menggunakan iron dome.Sehingga Israel lah yang meminta gencatan senjata kerana tidak sanggup lagi bertahan dengan serangan-serangan dari mujahidin.Sekali lagi,kekuatan Palestin tidak perlu lagi diragui.

Sudahlah kita tidak mampu menolong mereka di sana secara langsung,janganlah kamu hina perjuangan mereka yang sentiasa ikhlas membela agama Allah.Mungkin persoalan bidaah lebih berat pada pandangan ulama'2 muda ini.

Dulu ketika mujahidin di Afghan menentang Rusia ,datanglah seorang ulama' upahan barat kepada mujahidin-mujahidin itu.Seruannya sama,marilah sucikan rohani dulu.Jawab seorang tentera,bagaimana kami boleh berada di sini kalau tidak kerana kami telah melalui penyucian rohani.

Hari-hari rakyat Palestin melihat rakan mereka sendiri syahid.Mereka tidak melihat sahabat-sahabat mereka mati sia-sia tetapi ada sahaja karamah yang Allah berikan,Sehingga dikatakan kalau mahu mencari pejuang yang syahid,carilah guna hidung kerana wanginya mereka.Berbeza dengan Israel yang sebenarnya semakin parah tentera mereka mengalami masalah jiwa .Kerana mereka mati sia-sia,tidak ada apa yang mereka mampu bawa selepas mati.

Tentang boikot pula,adalah kebodohan juga apabila menggunakan dalil Rasulullah berurus niaga dengan yahudi yang mempunyai perjanjian dengan Islam.Sedangkan sekarang ini yahudi yang bermusuhan dengan Islam.Kalau disebabkan ramai umat Islam bekerja di syarikat-syarikat yahudi ini,berapa ramai pula umat Islam pengedar dadah ,pelacur dan lain-lain.

Dari yang cetek ilmu
Pejuang Muda


klik



klik!!