sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa
Memaparkan catatan dengan label syria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syria. Papar semua catatan

Rabu, 3 Oktober 2012

Syiah Di Iran Semakin Berpecah...




 Syiah Iran mengalami krisis dalaman akibat perang di Syria. Iran telah menggelontorkan dana lebih dari 10 bilion dolar untuk mempertahankan kuasa anteknya rejim Nushairiyah Syria. Demikian harian Al-Quds Al-Arabi melaporkan pada Isnin (1/10/2012).

Tentera, polis dan perisikan rejim Syria telah gagal memenangi pertempuran melawan mujahidin Islam dan FSA. Sampai saat ini perang masih berkecamuk dan tentera rejim Syria terus mendapat tamparan hebat mujahidin Islam dan FSA. Hal itu menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman dalam tubuh rejim Syiah Iran terutama antara penasihat spiritual revolusi Iran, Ali Khamenei dan kepala agensi perisikan Jeneral Qasim Sulaimani.

Harian berbahasa Arab, Al-Quds Al-Arabi, pada mengutip dari sumber-sumber yang dekat dengan regim Syiah Iran bahawa kedua-dua tokoh itu ketika ini terlibat perselisihan tajam akibat kekalahan perang di Syria.

Jendral Qasim Sulaimani


Seorang pegawai Syria yang membelot ke pihak revolusi rakyat dan saat ini tinggal di negara Teluk menyebutkan bahawa rejim Iran membayar gaji tentera Syria sejak beberapa bulan yang terkini. Iran juga menghantar persenjataan dan logistik untuk tentera Syria.

Jeneral Qasim Sulaimani memimpin langsung pasukan khusus Iran brigade Al-Quds dalam perang di Syria. Setahun yang lalu Sulaimani meyakinkan pemimpin spiritual tertingi Iran Khamenei bahawa pasukannya akan mampu menghadapi revolusi Syria dan memberangus para pejuang Islam di Syria.

Ahad, 12 Ogos 2012

Mujahidin Liwaut Tauhid dan Jabhah Nushrah melumpuhkan divisi perang elektronik militer rejim Syria di pinggiran Alepo

Di sela-sela sengitnya pertempuran di desa-desa dan bandar-bandar di wilayah Alepo, mujahidin Islam berjaya menghancurkan bahagian perang elektronik tentera rejim Syria di pinggiran Alepo, Kamis (9/8/2012).

Suksesnya operasi mujahidin melumpuhkan bahagian perang elektronik tentera rejim Syria itu merupakan buah kerjasama dua kumpulan jihad di Alepo. Kedua-duanya adalah Jabhah Nushrah yang merupakan nama awam Al-Qaeda wilayah Syria dan mujahidin platun Ash-Shahba 'yang merupakan sebahagian daripada kompi Liwa' Tauhid dalam Tentera Kebebasan Syria. Kejayaan operasi ini menandakan koordinasi antara mujahidin Islam dan Tentera Kebebasan Syria semakin baik di semua front pertempuran.

Komander platun Ash-Shahba'dalam kompi Liwa 'Tauhid, Abu Hamzah Al-Halabi, kepada wartawan harian Turki, Anadhol, menyatakan bahawa mujahidin dari kompi Liwa' Tauhid dan Jabhah Nushrah bekerja sama dalam melumpuhkan bahagian perang elektronik tentera rejim Syria di daerah Tal Shaghib , pinggiran Alepo Utara pada Khamis.


Kepada wartawan Anadhol, komander Abu Hamzah Al-Halabi menyatakan bahawa mujahidin Liwa 'Tauhid dan Jabhah Nushrah mengepung kedudukan bahagian perang elektronik tentera rejim Syria di desa Marjah, Alepo selama 24 jam penuh. Divisi perang elektronik adalah bahagian perang rejim Syria yang memetakan kedudukan di darat dan memberi isyarat sasaran serangan kepada pesawat tentera rejim Syria. Pengeboman yang meluluh lantakkan desa-desa dan bandar-bandar di Alepo bermula oleh pekerjaan bahagian perang elektronik.


Pertempuran sengit pun berlaku selama beberapa jam dan mujahidin menewaskan 25 tentera rejim Syria. Mujahidin juga berjaya menghancurkan empat kenderaan tentera dan merebut beberapa lori tentera. Tak lama setelah pertempuran sengit berhenti, pesawat tentera rejim Syria jenis Ming dan helikopter tentera menembak mujahidin dengan peluru berpandu udara.

Wartawan harian Anadhol melaporkan langsung dari lapangan bahawa pihaknya telah mendapatkan video aktiviti kenderaan-kenderaan tentera bahagian perang elektronik tentera Syria sebelum dikepung oleh mujahidin.

Para saksi mata di Alepo melaporkan bahawa pengeboman pesawat tentera jenis Ming terhadap desa-desa dan bandar-bandar di wilayah Alepo selama seminggu terakhir sangat massif. Sebuah peluru berpandu yang dilancarkan pesawat tentera itu di desa Shalahuddin mampu meluluh lantakkan sebuah bangunan yang terdiri daripada beberapa tingkat.

Isnin, 30 Julai 2012

Gugur sebagai syahid, jenazah komandan jihad di Alepo mengacungkan jari bertasyahud


 Allah memberikan kemuliaan kepada para syuhada' yang gugur dalam jihad melawan rejim Nushairiyah di Syria. Jenazah seorang komandan jihad di wilayah Alepo mengacungkan jari telunjuknya seperti isyarat tasyahud orang yang shalat.
Ahmad Yusuf Al-Janudi adalah sosok pahlawan yang syahid tersebut. Ia adalah komandan platon mujahidin Ansharullah yang gugur dalam pertempuran melawan militer rejim Syria di pinggiran wilayah Alepo pada Sabtu (28/7/2012).
Sampai saat jenazahnya ditandu oleh masyarakat Islam untuk dimakamkan, jari telunjuknya tetap teracung. Kaum muslimin optimis itu adalah telunjuk tasyahud, kesaksian sebagai hamba yang solat kepada Allah sekaligus pertanda kesyahidannya diterima Allah. Ribuan masyarakat Islam di wilayah Alepo mengantarkan jenazahnya dengan iringan pekikan: Laa Ilaaha Illa Allah, Asy-syahid habibullah atau Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah, sang syahid kekasih Allah.


Sabtu, 28 Julai 2012

Bashar Menanti Detik Kejatuhan


ALEPPO - Pasukan pemberontak Syria menghadapi serangan paling sengit di sini semalam ketika bekas ketua misi pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mejar Jeneral Robert Mood menyatakan Presiden Bashar Al-Assad hanya menunggu masa untuk tersingkir. 

Menurut seorang pegawai keselamatan Syria, anggota-anggota pasukan tentera Syria menuju ke Aleppo pada Rabu lalu dan kelmarin.
Beberapa helikopter melancarkan serangan di kawasan perumahan yang didiami pemberontak di bandar kedua terbesar Syria itu.

Tiga orang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di barat daya bandar tersebut.
Pertempuran turut berlaku di daerah Al-Jamaliya.
"Tentera Syria telah tiba di Aleppo," kata jurucakap Tentera Pembebasan Syria, Abdel Jabbar al-Okaidi.
Beliau yang menentang kepimpinan Bashar menyatakan, tentera Syria itu dibantu 100 buah kereta kebal.

Sementara itu, Mood berkata, kejatuhan Bashar tidak akan menamatkan perang saudara di Syria.
"Cepat atau lewat, rejim Bashar akan jatuh," katanya yang pernah mengetuai 300 anggota misi pemantau PBB di negara ini.

"Namun, adakah kejatuhan itu akan berlaku dalam tempoh seminggu atau setahun?
"Itu merupakan jawapan yang saya tidak berani untuk jawab," tambahnya.
"Ramai pihak yang berpendapat jika Bashar jatuh atau jika beliau diberikan penghormatan untuk keluar dari Syria, masalah (di negara tersebut) akan selesai.

"Namun, situasi di negara ini mungkin akan menjadi lebih buruk," jelasnya.
Pertempuran antara pemberontak dengan tentera Bashar bermula pada Mac tahun lalu.
Para pemberontak menuntut Bashar meletakkan jawatan selepas beliau gagal membawa pembaharuan dalam demokrasi dan pentadbiran.
Pertempuran antara kedua-dua pihak itu dianggarkan telah mengorbankan lebih 19,000 orang. - Agensi

Isnin, 28 Mei 2012

Muslimah Syria Ikut Berjihad,Seruan Untuk Muslimin

 Hampir setiap hari, hampir setiap menit, jiwa muslim tak bersalah gugur akibat serangan tak pandang bulu oleh pasukan pendukung rezim Syi'ah Nushairiyah pimpinan Bashar Assad. Tentara Nasional ganas Assad, milisi Syi'ah Shabihah, milisi Hizbullah (baca: Hizbul lata) dan dukungan kekuatan lainnya termasuk dari luar Syriah telah merusak bumi Islam itu dan membunuhi kaum Muslimin yang kebanyakan adalah wanita dan anak-anak tak berdosa.



Oleh karena itu, Muslim Syriah yang merdeka dan yang mampu, berdiri tegak melakukan perlawanan terhadap orang-orang zalim tersebut. Mujahidin dari Suriah telah memulai Jihad untuk melawan orang-orang Musyrikin itu. Tak tertinggal, sejumlah Mujahidin dari negeri tetangga Syriah pun telah berdatangan untuk berjihad Fiisabilillah
Selain itu, kaum Muslimah juga tak ingin tinggal diam, beberapa media Suriah melaporkan bahwa sejumlah Muslimah Suriah telah bergabung dalam Jihad Fiisabillah, berdiri mengangkat senjata melawan kezaliman yang belum berhenti hingga saat ini.
Dalam sebuah video, salah seorang Mujahidah Suriah membaca sebuah sya'ir yang sebagian baitnya berbunyi,



...Saya adalah kehormatan yang dihina oleh seseorang yang keyakinannya membolehkan itu
Saya adalah kehormatan itu, Saya Dara'a, Saya Homs, Saya Damaskus, Saya adalah bentrokan itu
Jika saya meminta bantuan dari para tentangga, suara hantu yang akan menjawab
Saya tidak menangis setiap pagi lagi, tidak ada gunanya untuk itu, karena apa yang hilang sudah tiada
Bila Dewan kalian sepakat untuk bersatu untuk memberikan kemenangan bagi kami? apakah kasus ini sangat membimbangkan kalian yang membuat kalian melakukan Istikharah?
Air mata kalian hanyalah senjata penghancur bagi kami, berikan senjata kalian, kami ingin senjata!
Apakah awan penindasan terhadap kami, menghampiri kalian? Kapan ini akan menjauh dari kami?
Atas mama para Mu'adzin yang diserang, saya datang, wahai Suriah!
Para Mu'adzin itu menyerukan Hayya 'Alal Jihad (Marilah berjihad) , Hayya A'lal Falah! (Marilah menuju kemenangan)...

Isnin, 19 Mac 2012

Tentera Syria Rejim Assad,Menghina Solat Ahli Sunnah

Lihatlah betapa celakanya mereka memperolok-olokkan solat setelah dapat menawan sebuah masjid Ahli Sunnah..

Lihat juga di bawah pengakuan Syiah Allawi yang menyokong Bashar Assad

Jumaat, 16 Mac 2012

Apa Kisah Sebenar Di Syria?

Pelbagai spekulasi yang timbul berhubung isu yang berlaku di Syria. Tidak seperti kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya yang menumbangkan Rejim Pemerintah di negara mereka, ternyata Rejim Assad lebih "LIAT". Seolah-olah beliau dan kepimpinannya dilindungi oleh 'Kuasa Besar'.

Apa yang aku ingin coretkan dalam artikel ini bukanlah mahu meributkan lagi spekulasi, cuma aku mahu berkongsi kepada kalian semua perilaku Si Rejim Assad yang namanya layak bersama Firaun, Namrud dan Qarun.

Kau lihat ini temanku :
??????? Penyokong rejim sujud kepadanya????
Kau lihat teman!
Nau'zubillah!! Kau bayangkan, Surah Al-Ikhlas ditukar sedemikian rupa dengan memasukkan namanya. Islamkah lagi ini teman?
Kalimah Syahadah juga diubah!

Ada yang berkata, pemberontakan rakyat Syria ini ditaja oleh Nato, EU, Amerika, Mossad bla bla bla... 

Sedangkan inilah realitinya. Mari aku kongsikan lagi kepada kalian. 

Baca ini teman-teman, perkongsian dari pembantu khas Yusuf Al-Qaradhawi, Dr Khalid Hassan Al-Hindawi : 
Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria. Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.

Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.

Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”

Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap."

Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.

Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:

“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.

Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.

“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.

Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.

Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.

Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.

Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“
Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.

Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.

Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.

“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”

“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.

Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.
Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).

Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.

Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.
iti
Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:

"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”

Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur.

Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.

“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.

Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.

Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.

“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”

Selasa, 6 Mac 2012

Pesawat Militer Israel Ikut Menyerang Rakyat Syria?

Sumber di pihak militer Turki mengungkapkan kepada Akhbar Sharq Awsath, London pada Sabtu (3/3/2012) bahwa radar udara Turki menemukan pesawat-pesawat tanpa pemandu buatan penjajah zionis Israel berputar-putar di atas wilayah-wilayah Syria.

 Sumber itu menjelaskan bahwa pesawat-pesawat tanpa pemandu tersebut dipergunakan untuk mengintip para aktivis revolusi Syria  dan menyerang mereka. Sumber itu juga menegaskan sejumlah pesawat tanpa pemandu itu buatan penjajah zionis Yahudi.

 Pihak militer Turki menyebutkan fakta ini memiliki tiga kemungkinan. Pertama, penjajah zionis Yahudi bekerja sama secara penuh dengan rezim Nushairiyah Syria untuk memadamkan revolusi rakyat muslim Syria. Kedua, keduanya menjalin setengah kerja sama, dalam arti kata zionis Yahudi memasuk data kepada rezjim Syria.

 Ketiga, Rusia membeli pesawat-pesawat tersebut dari zionis Yahudi kemudian memberikannya kepada sekutu utamanya, rezim Syria. Jika kemungkinan terakhir yang terjadi, maka pesawat-pesawat itu dioperasikan oleh para perwira militer dan intelijen Rusia di Syria.

 Media massa antarabangsa sejak beberapa minggu yang lalu melaporkan kebimbangan seluruh kekuatan politik zionis Yahudi akan kejatuhan rezim Syria. Selama lebih dari empat puluh tahun yang lalu, rejim Nushairiyah Suriah telah menjadi ‘anjing pengawal’ utama negara penjajah zionis Yahudi itu dari kemungkinan serangan mujahidin Syria dan negeri-negeri lainnya. Jika rejim Syria jatuh, kewujudan negara zionis Yahudi berada di hujung tanduk.

klik!!