sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Isnin, 19 November 2012

TERKINI!!! ISRAEL 'MENYERAH KALAH',MINTA GENCATAN SENJATA


Lima hari selepas serangan pertama rejim Israel ke Gaza, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin menunjukkan perlawanan luar biasa dan mampu menjadikan kedudukan-kedudukan strategik Israel di bawah tanah, khususnya Tel Aviv, sebagai sasaran roket-roket mereka.

Keadaan ini memaksa pemimpin rejim Israel untuk mengupayakan terciptanya gencatan senjata tanpa syarat dengan Hamas, demikian dilaporkan oleh Qodsna Ahad (18/11).

Timbalan Perdana Menteri rejim Israel, Moshe Yaalon dalam wawancaranya dengan saluran 2 TV Israel mengatakan, "Demi mewujudkan kestabilan di wilayah penempatan Zionis, Israel bersetuju untuk gencatan senjata dengan Hamas yang dimediasi Mesir."

Walaupun begitu, dia menambah, "Israel mengajukan empat syarat untuk gencatan senjata.

Tembakan roket dari Gaza ke beberapa kedudukan penting Zionis harus dihentikan, unit-unit tentera Israel di sempadan Gaza tidak boleh diserang, operasi ketenteraan anti-Israel harus dihentikan dan Hamas harus menerima tanggungjawab berkaitan Jalur Gaza, serta mauver ketenteraan yang dilakukan kumpulan selain gerakan penentangan kepada Israel, ditentukan sendiri oleh rejim Israel.

Tiada ulasan:

klik!!