sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Sabtu, 17 November 2012

Zionis Laknatullah Bakal Menghantar 75ribu Tentera Ke Gaza


Israel makin serius untuk melancarkan pencerobohan ke Jalur Gaza, Palestin. Rejim Zionis disebut menyiagakan pasukan cadangannya untuk melakukan serangan darat ke Gaza.

Agensi berita Reuters melaporkan, Rabu (16/11) malam waktu tempatan, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat kecemasan dengan sejumlah menteri senior di Tel Aviv. Mesyuarat selama empat jam itu membincangkan perkembangan situasi di Gaza.

Hasilnya, jajaran kabinet bersetuju dengan cadangan Netanyahu untuk menyiapkan 75 ribu tentera cadangan. Puluhan ribu tentera itu akan dikerahkan untuk menduduki Jalur Gaza secara total melalui serangan darat.

Di hari yang sama, Perdana Menteri Mesir, Hesham Qandil melakukan kunjungan ke Jalur Gaza. Ia menyatakan, Mesir tidak akan dapat menghentikan Israel jika melakukan serangan laluan darat.

"Mesir tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk menghentikan pencerobohan dan mengupayakan gencatan senjata," kata beliau.

Tiada ulasan:

klik!!