Tentera Israel melansir data serangan udara ke Gaza pada Sabtu (17/11). Hasilnya menakjubkan. Data menunjukkan tentera Yahudi tersebut melancarkan kira-kira 200 serangan udara hanya di waktu pagi di hari Sabtu.
Serangan fajar tersebut termasuk serangan bom yang meluluh lantakkan pejabat perdana menteri Hamas, kem polis dan terowong Gaza. Pihak tentera Israel mengatakan, ratusan serangan udara tersebut merupakan aksi balasan atas roket Hamas yang terus menghentam wilayah Israel.
Israel mengaku geram setelah kota suci Jerusalem pun tak luput dari roket Hamas. Tak henti, pesawat Israel masih terus menggempur wilayah Gaza hingga kini.
Dikhabarkan, Israel menyasarkan gudang senjata dan tapak pelancar roket bawah tanah milik Hamas. Tentera Israel pun telah mengumpulkan puluhan ribu tentera sandaran, kereta kebal dan kenderaan lapis baja di spenjang sempadan Gaza.
Pencerobohan darat Israel diyakini tinggal hitungan detik menuju Gaza. Pejabat Badan kesihatan Gaza, Ashraf Al-Kidra mengatakan, serangan Israel pada Sabtu pagi telah menewaskan sekurang-kurangnya 10 orang termasuk lapan diantaranya pejuang Hamas.
Sejak operasi Israel bermula pada pada Rabu (14/11) lalu, tercatat 40 warga Palestin terkorban, 13 diantaranya warga awam. Dari pihak Israel tercatat tiga orang awam terbunuh.
Sementara itu pihak Hamas dikhabarkan telah melancarkan sebanyak 500 roket sejak konflik mencuat empat hari lalu. Roket yang sebelumnya hanya mencapai Israel selatan dekat sempadan kini mencapai hingga jantung Israel seperti bandar Tel Aviv dan Baitulmaqdis.
Atas serangan Hamas tersebut, Kementerian Pertahanan Israel berkata pihaknya telah merancang sistem anti roket. Sistem pertahanan yang dirancang baru dilancarkan dua bulan mendatang tersebut saat ini telah dikerahkan di pusat Israel pada Sabtu.
Sistem tersebut yakni berupa Iron Dome yang mampu menagkis serangan roket. Jerussalem Post memberitahu, saat ini Israel telah memasang lima Iron Dome di kawasan Gush Dan, pusat negara Israel pada Sabtu pagi.
Dari sistem yang dikemaskini, Iron Dome direka akan menembak jatuh setiap roket yang mendekat. Kementerian Pertahanan Israel mendakwa, empat Iron Dome telah berjaya menjatuhkan ratusan roket yang dihantar Hamas dari Jalur Gaza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan