sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Isnin, 11 Februari 2013

Melihat Konflik Mali


Kebanyakan orang di Britain cuba mencari tahu apa yang terjadi di Mali hampir sepenuhnya bergantung pada media mainstream. Namun, kesemua media itu membawa narasi sederhana yang sama.

Media Barat mengatakan kepada kita bahawa kita adalah 'orang-orang baik' di Selatan, yang mengaggumi Perancis atas campur tangan yang dilakukannya.

Mereka memberitahu kita bahawa ada 'orang-orang jahat' di Utara. Sebahagian dari mereka adalah 'orang-orang yang cukup jahat' - yakni orang Tuareg yang terasing cukup lama, yang telah dimanipulasi oleh kelompok 'Islamis'.


Yang lain adalah 'orang-orang yang benar-benar jahat-yang secara berbeza digambarkan sebagai kumpulan' Islamis '', 'Jihad', 'Pemberontak' atau 'Ekstrimis'. Kita dimaklumkan bahawa mereka tidak melakukan apa-apa yang baik dan melakukan segala sesuatu yang buruk.

Seorang Muslim yang melihat peristiwa ini dapat melaksanakan prinsip-prinsip tertentu, yang dapat mengelakkan hanya mengikuti cerita tentang 'orang-orang baik' melawan cerita tentang 'orang-orang jahat' yang disajikan oleh mesin media Barat yang bias dan dipolitisir.

Lantas bagaimana seharusnya kita sebagai kaum Muslimin melihat peristiwa Mali ini?

1. Kaum Muslim melawan kaum Muslim lain adalah hal yang mengerikan dalam keadaan apapun.


Nabi Muhammad SAW bersabda: Melayan kaum Muslim dengan buruk adalah perbuatan Fasiq (perbuatan jahat) dan berperang melawan mereka adalah perbuatan kufur. [Bukhari & Muslim].

Jadi, apa-apa akar puncanya, ketika terjadi pertumpahan darah di keduabelah pihak, itu adalah pemandangan yang menyakitkan dan tragis, dan berpotensi mendatangkan bencana bagi para pelakunya di akhirat.

2. Campur tangan negara-negara kolonial Barat di negeri-negeri Muslim adalah pemandangan yang tidak diinginkan dan tidak dapat diterima.


Sebahagian orang mungkin cuba untuk membenarkan ajakan dari negara-negara seperti Perancis di satu sisi atau yang lain yang mengatakan rakyat memerlukan perlindungan dari kekuatan luaran, sebagai masalah hidup dan mati.

Hal ini berbahaya dalam hal politik dan tidak boleh diterima dari perspektif undang-undang syariah.

Menurut syari'ah: Allah SWT berfirman: Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman. (Quran 4:141).


Secara Politik: konflik ini bukan campur tangan yang pertama dilakukan oleh kuasa kolonial Barat di negeri-negeri Muslim. Campur tangan tersebut di antaranya dilakukan dengan mengekalkan kehadiran pasukannya atau dengan meletakkan para penguasa kaki tangan Barat dalam rangka untuk menjamin keselamatan jalan atas politik dan kekayaan di wilayah-wilayah tersebut.

Selain itu, kita dapat mengingatakan kebohongan, penipuan dan pelanggaran yang dilakukan di Iraq, Afghanistan dan di tempat-tempat lain - serta sejumlah peristiwa yang menimbulkan kematian yang besar.


Allah SWT berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu sebagai sekutu (Al-Quran 60:1).

Sejarah Perancis di Afrika Utara penuh dengan peristiwa pembunuhan sistematik ratusan ribu Muslim dan kes-kes penyeksaan yang tidak terhitung. Tuntutan Perancis bahawa jumlah orang yang mati di bawah pemerintahan mereka di Algeria adalah sekitar 350,000 orang-namun menurut perkiraan lain telah mencapai angka lebih daripada 1 juta Muslim.

Oleh kerana itu kita tidak boleh bayangkan bahawa campur tangan Perancis adalah murni kerana alasan kemanusiaan - dan Allah menetapkan batas yang jelas, sehingga seorang Muslim dapat mengelak untuk tidak ditipu oleh seseorang yang memiliki rasa permusuhan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Seorang beriman tidak akan digigit dari lubang yang sama dua kali. (HR Bukhari & Muslim).

bersambung





klik!!