sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Sabtu, 10 Januari 2009

Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Di Gaza






Kekalahan Fatah(UMNO Palestin) pimpinan Mahmoud Abbas dalam pilihanraya pertama di Palestin pada Januari 2006 sebenarnya memberi tamparan hebat kepada rejim Zionis dan AS.Dengan bantuan yang diberi termasuklah sumber kewangan,ketenteraan,dan kebendaan mereka mengharapkan Mahmoud Abbas dan Fatah boleh menang dalam pilihanraya itu.

Seterusnya mereka juga mengharapkan Mahmoud Abbas dapat mendirikan sebuah negara sekular di Palestin dan menurut segala kemahuan Zionis.Hamas merupakan satu parti yang memperjuangkan Islam di Palestin.Kemenangan Hamas memberi satu tamparan hebat ke atas Israel Dan Amerika walaupun dua negara zionis itu telah menubuhkan sebuah kerajaan pakatan dengan Fatah.Mereka tidak dapat menerima sebuah negara Islam yang akan dibentuk dan membebaskan Masjid Al-Aqsa oleh Hamas.

Rejim Zionis telah mengatur pelbagai strategi untuk melumpuhkan kerajaan Hamas dan memadamkan api jihad dibumi Palestin dari 2006 hingga 2008 sehinggalah tamat truce pada 19 Disember yang lepas.Walaupun tempoh ini terdapat pelbagai perjanjian damai,tetapi tujuan sebenarnya ialah untuk mengembalikan pimpinan Mahmud Abbas dan ingin mendapatkan sokongan antarabangsa terutama sekali negara Islam harapan palsu tentang kedamaian.

Selepas kemenangan Hamas(Januari 2006),segala usaha untuk memberi tekanan kepada Hamas dan pengikutnya telah bermula.Dengan adanya tembok pemisah yang dibina oleh Ariel Sharon telah memudahkan segala usaha jahat ini.Penduduk Palestin semakin menderita kerana pergerakan keluar masuk melalui tembik itu semakin sukar.Sepertimana yang disebut oleh Jimmy Carter(bekas President AS)bahawa rakyat Palestin telah menjadi pelarian dan banduan di negara mereka sendiri akibat tembok itu.

Apabila Gilad Shalit,seorang tentera IDF(Israeli Defend Force)ditawan(tetapi mereka mengatakan dia diculik) oleh pejuang Islam pada Jun 2006,gelombang kezaliamn rejim Zioniskembali melanda penduduk Palestin.Antara tindakan rejim Zionis ialah membunuh,memusnahkan rumah,bangunan dan harta benda hanya kerana seorang rakyat Israel.

Kerajaan Hamas/Fatah tidak bertahan lama apabila Mahmud Abbas keluar dari pakatan ini pada bulan Jub 2007,tetapi Hamas dituduh merampas kuasa  tetapi sebenarnya memang Hamas ialah pemerintah sebenar yang sah.Akibatnya kerajaan telah berpecah dua.Fatah di Tebing Barat dan Hamas di Gaza.Oleh sebab itulah rejim Zionis terus menyerang Gaza.

Tindakan Israel itu jelas bertujuan untuk menggulingkan Hamas melalui kaedah "collective punishment" yang diharamkan hak asasi manusia.Antara tindakan rejim itu ialah melancarkan pencerobohan,membunuh,merosak harta benda dan membuat kepuangan Gaza Siege.Gaza ditutup untuk menyekat semua bahan-bahan keperluan asas seperti makanan,ubat-ubatan dan keperluan lain.Dalam tahun yang sama November 2007,Mahmud Abbas telah menandatangani satu perjanjian damai di antara Ehid Olmert dan George W.Bush.

Hujung Januari 2008,Hamas telah meletupkan Gaza Siege berdekatan dengan Rafah yang dilakukan untuk menyelamatkan 1.5 juta penduduk di Gaza.Gaza gelap gelita,hospital berhenti beroperasi dan semua kegiatan ekonomi lumpuh kerana rejim Zionis telah menyekat bahanapi di Gaza.Statistik menunjukkan 77% penduduk sangat memerlukan dengan segera bantuan kemanusiaan.Dalam tempoh ini,pejuang Islam masih mampu memberi serangan balas ke atas Israel.Israel melihat mereka tidak mampu mengalahkan Hamas.Tekanan antarabangsa dan pengaruh Hamas dikalangan penduduk Palestin memaksa Israel menerima Hamas untuk menjadi rakan-runding dalam perjanjian sementara yang dipanggil truce dan Mesir menjadi orang tengah dalam perjanjian ini.Dalam perjanjian ini,kedua-dua pihak memberhentikan serangan supaya dapat meneruskan perjanjian yang utama ini.Hamas mematuhi perjanjian ini dengan syarat menamatkan semua sekatan ekonomi dan semua pencerobohan pada 19 Jun 2008.

Hamas memberi masa 6 bulan untuk Israel mematuhi perjanjian ini.Pada 19 Disember 2008 Hamas mengisytiharkan tempoh 6bulan telah tamat dan tidak akan menyambung lagi.Truce ini gagal mencapai matlamatnya.Rejim Zionis masih lagi meneruskan sekatan dan kepungan di Gaza.Sepanjang tempoh 6 bulan yang diberi oleh Hamas seramai 49 rakyat terbunuh termasuk 7 kanak-kanak.Mereka melakukan 185 kali serangan manakala tentera Al-Qasam170 kali.Oleh itu,siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab menyebabkan truce ini berakhir???????

Tiada ulasan:

klik!!