Aku terbaca satu artikel sahabat aku di blognya Kabilah Merdeka,hairan aku melihat tajuknya (Macam Musim Durian)..Dia menulis tentang penulis-penulis blog yang dulunya hebat bercakap tentang saudara kita di Palestin kini sudah semakin melupakan tanah umat Islam itu.
Mudah-mudahan aku bukanlah salah satu dari yang berbuat demikian.Setiap bangun pagi aku akan cuba mengambil tahu tentang keadaan semasa umat Islam,terutamanya di Palestin itu.Aku berusaha menyedarkan sahabat-sahabat aku tentang Palestin.
Walau kadang-kadang disindir aku,disebabkan terlalu mengambil tahu tentang masalah luar,dan sangat membenci Yahudi.Tapi itulah manusia,walau berada dalam jemaah Islam pun perkara seperti ini tidak dapat dielakkan.Sudah menjadi wiridku untuk bercakap tentang boikot,pesanan yang pernah disampaikan oleh ramai pejuang seperti Hassan Al-Banna,Abdullah Azzam,tapi apa daya aku untuk sahabat-sahabat aku.
Ilmu ku bukanlah tinggi,apa lagi pengalaman hidup aku.Tiada satu pun dari aku ini yang dapat yakinkan mereka untuk ambil peduli saudara di sana.Mungkin berjaya Yahudi memecahkan kesatuan umat Islam dengan membuat sempadan geografi,bukan sahaja negara malah hati-hati umat Islam.
Berapa ramai yang sudah terlupa tentang masalah umat Islam di luar,adalah masalah seluruh muslimin di dunia???
"Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh(yang gugur syahid)pada jalan Allah itu mati.(Mereka tidak mati) bahkan mereka itu hidup (secara istimewa)di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" ali-imran:169
sila klik
BOIKOT!!!
Khamis, 28 Julai 2011
Ahad, 10 Julai 2011
Sabtu, 9 Julai 2011
Catatan Detik Terakhir
Duhai tilam ku yang empuk,
Celakanya engkau memanggil diriku,
Untuk berada di halaman mu,
Agar ku lena bermimpi,
Bertakbir sudah menjadi kelazimanku,
Tapi tuntutan takbir itu belum dapat ku capai ke tingkat yang tertinggi,
Aku hanya mencapai rantin-ranting pohon mehnah itu,
Moga hari ini buahnya yang dapat ku petik
Duhai ibuku,
Aku tahu engkau menyayangi aku,
Kerana itu redhalah aku pergi dahulu,
Andai itu takdirnya,
Moga syurgaNya itu,
Menjadi jejak kasih kita nanti..
Duhai temanku,
Kehidupan bagaimana yang kau mahu lihat,
Kehidupan bagaimana yang engkau dijanjikan
Sehingga sanggup kau melihat
Teman mu ini mengalir darahnya,
Engkau hanya menantikan berita,
Yang engkau terkeluar dari catatannya.

Selasa, 5 Julai 2011
BERSIH- PENTAS UNTUK BERJUANG
Aku tak terfikir pun nak tulis sesuatu di blog ini,yang aku lazimkan untuk menulis berita-berita umat Islam di luar dari Malaysia.Bukan aku tidak mahu mengambil tahu tentang umat Islam sekeliling aku sendiri,tapi oleh kerana banyaknya blog-blog yang mengetengahkan politik tempatan dari politik Islam di luar,aku rasa perlu untuk aku menjadi salah seorang yang menyedarkan umat Islam di Malaysia tentang saudara mereka di luar.
Aku terfikir untuk menulis tentang perhimpunan aman ini (masirah),kerana aku mendapat maklumat tentera juga bakal dikerahkan untuk turun di perhimpunan itu nanti.Tidak mustahil ini merupakan tulisan terakhir aku di blog ini.Aku insyaAllah akan berada di barisan hadapan untuk berdepan dengan pihak penguasa,yang acap kali kelihatan kezaliman mereka.
Perlu diingatkan,BERSIH menuntut keadilan dalam pilihanraya,yang menjadi asas untuk sesuatu parti politik itu berkuasa.Keadilan merupakan tuntutan dalam Islam.Kerana Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w adalah untuk menyebarkan dan menyelesaikan keadilan yang berada di tanah arab dan seterusnya ke serata dunia.Amat salah jika perhimpunan ini dianggap sebagai tuntutan individu sahaja,lihatlah lapan tuntutan BERSIH itu,tiada satu pun yang menunjukkan ia tuntutan untuk individu,seperti Anwar Ibrahim atau Ambiga atau sesiapa sahaja.
Aku di sini ingin mengajak anak muda untuk turun sekali di perhimpunan ini.Untuk masa depan kita yang terhindar dari politik kotor yang berada di atas kerusi empuk itu.Pembangunan dan keamanan yang dijaja mereka itu terlalu sementara,lihatlah beberapa tahun lagi negara akan sedikit demi sedikit bangkrap kerana yang berada di atas itu hanyalah mereka yang mahu mengenyangkan perut mereka sendiri.Lihatlah di Mesir dulu,kehidupan yang sangat teruk dilalui rakyat mereka disebabkan pemimpin seperti di negara kita ini yang memerintah,dan kerana pilihanraya yang tidak adil.
Kalian anak muda tidak akan terkecuali dari kesengsaraan yang bakal dihadapi ini.Anak muda tonggak perjuangan Islam sejak dari dulu lagi.Lupakah siapa yang membunuh Jalut??Itulah remaja belasan tahun ketika itu,iaitu Nabi Daud.Lupakah siapa yang yang di sekeliling nabi ketika awal Islam??Umur berapa Ali,Zaid Bin Haritsah,Usamah Bin Zaid ketika bersama nabi.
Kalian jangan hanya jadi pengecut duduk di rumah menantikan hari esok sahaja.Sudahlah berhibur,tiba masanya kalian harus berjuang juga.Jangan biarkan negara ini terus dipandang hina oleh negara luar,bukan kerana kekalahan pasukan bola sepak yang kalian agungkan itu tapi kerana pemimpin yang penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa yang sudah dilihat orang luar.
Kejayaan BERSIH nanti akan bergantung pada kita anak muda.Belum terdengar aku lagi kejayaan sesuatu perjuangan itu hanyalah orang-orang tua yang hadapinya.Turunlah semua sahabat aku.Aku juga insyaAllah akan turun dan menghadapi penguasa-penguasa yang zalim itu.
Sebarang kebarangkalian sudah aku redhakan.Jika kematian juga aku redhakan nanti.Doakanlah yang terbaik untuk aku,jika aku mati biarlah syahid yang lama aku cari yang aku dapat. Tiada perjuangan tanpa pengakhiran,aku tidak akan ditanya apa kejayaan aku tetapi yang akan ditanya apa usaha aku.
Cukupkah jika hanya menanti dan berdoa untuk mendapat pemimpin yang lebih baik???Itukah yang kalian akan jawab bila berada di hadapan Allah nanti. Berjuanglah kerana Allah.Turunlah di pentas ini kerana Allah.Walaupun kalian tidak berjuang,kematian sedang berada di belakang kalian,sampai bila takut berjuang??
Perjuangan bukan hanya pentas,
Untuk dilihat dan dihayati
Tanpa kita menjadi pelakonnya,
Yang menantikan peangkhirannya
Dari kerusi penonton
Pentas perjuangan,
Adalah untuk kita merebut watak-wataknya,
Supaya kitalah penerajunya
Yang diarahkan Yang Satu itu
Kitalah yang akan berlagak ngeri di pentas itu
Kitalah yang akan menangis di pentas itu
Kitalah yang akan membunuh si durjana itu
Kita jugalah yang mengangkat panji kemenangan
Di pentas itu.

Langgan:
Catatan (Atom)