sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa
Memaparkan catatan dengan label diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diari. Papar semua catatan

Isnin, 9 November 2009

'TERORIS' DI MATA TERORIS


Adakah anda seorang yang berpandangan apabila seseorang itu menentang kezaliman dan berusaha menegakkan Daulah Islamiah adalah seorang teroris(pengganas)?????Jika begitu,bermakna anda masih belum faham tentang jihad Islami yang merupakan mukjizat Allah SWT.

Jihad adalah satu usaha yang serius untuk menyuburkan wahyu Allah di muka bumi ini sehingga tidak ada lagi kezaliman dan fitnah terhadap Islam dan ummatnya.Renungkan firman Allah dalam QS Al Baqarah 2:193 dan QS Al Anfal 8:39.

Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), Maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim. (QS. Al Baqarah 2:193)

Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. jika mereka berhenti (dari kekafiran), Maka Sesungguhnya Allah Maha melihat apa yang mereka kerjakan. (QS. Al Anfal 8:39)

Fitnah adalah kezaliman dan sifatnya lebih kejam dari pembunuhan, karenanya "Allah mengharamkan kezaliman sampai datangnya hari qiyamat." (HR Muslim)

Allah SWT. memerintahkan kepada Rasulullah SAW. dan ummatnya agar terus memerangi orang kafir dan zalim yang selalu menimbulkan fitnah kepada Islam dan ummatnya. Al Qur’an mengingatkan:

"Wahai Nabi berjihadlah melawan orang-orang kafir dan munafiqien itu dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali." (QS. At Taubah 9:73 dan QS 66:9)

Masalah yang jarang disentuh oleh media massa ketika mengangkat isu terorisme adalah ketidakadilan pandangan dunia. Padahal faktor ketidakadilan pandangan dunia menjadi salah satu pemicu serangan terhadap barat atau objek-objek yang dianggap berhubungan dengan barat. Penjajahan yang dilakukan barat di dunia Islam, termasuk dukungan membabi buta barat terhadap penjajahan zionis Israel di Palestina, merupakan cerminan dari ketidakadilan itu.

Ketika 9 orang terbunuh di JW Marriot dan Ritz-Carlton akibat pengeboman,ramai yang mengecam tindakan ini.Tetapi tidak ramai pula yang melenting ketika umat Islam dibunuh beratus ratus ribu bahkan mungkin berjuta ketika penjajahan terhadap umat Islam berlaku.Sedangkan sikap yang sama kita perlukan ketika ramai yang mengecam tindakan pengeboman di Jakarta,dan penindasan barat terhadap umat Islam yang masih lagi berlaku sekarang ini.Mengutip laporan yang dimuat Jurnal Lancet, lebih dari 650 ribu warga Iraq sahaja telah terbunuh sejak peperangan di Iraq pada tahun 2003.Sudah tentu jumlah itu bertambah sekarang.

Amerika Syarikat dikatakan marah saat WTC runtuh yang menyebabkan sekitar 3ribu orang mati.Tetapi bagaimana pula bila tentera AS terus menerus membunuh umat Islam di dunia ini.PBB mengatakan jumlah penduduk yang terbunuh di Afghanistan menigkat ke 24% berbanding tahun lalu.Laporan PBB menyebutkan lebih dari 1.000 orang terbunuh dalam enam bulan pertama tahun ini.Jumlah korban serangan AS terhadap rakyat di perbatasan Pakistan-Afghanistan pun terus meningkat.

Kita lihat pula bagaimana sikap dunia barat terhadap serangan Israel ke atas Gaza.Angka korban serangan Israel ke  Gaza sejak 27 desember 2008 hingga 18 januari 2009 malah mencapai 1313 atau rata-rata 59 orang mati perhari atau setiap jam lebih 2 orang mati. Tidak hanya itu, Israel juga mengakui menggunakan senjata kimia yang mengerikan, yakni fosfor putih.

Seharusnya,sesiapun yang ingin melakukan kekerasan,harus dihentikan.AS dan negara-negara lain juga harus diminta memberhentikan keganasan mereka dan diskriminasi terhadap negara umat Islam.Masyarakat barat sendiri seharusnya meminta penguasa mereka agar menarik tentera negaranya dari Iraq, Afghanistan, dan negeri Islam lain.Termasuk menghentikan dukungan membabi buta terhadap Israel.

Berharap pada negara-negara imperialis untuk menghentikan kejahatan mereka sangatlah susah .Selama barat masih mendukung ideologi kapitalisme, penjajahan akan terus menjadi.Tidak ada pilihan lagi, kecuali umat Islam bersatu membangun kekuatan global khilafah Islam yang akan melindungi umat Islam dari bulan-bulanan negara imperialis..

Sabtu, 25 April 2009

BOIKOT,BOIKOT DAN BOIKOT



Mesti ada yang cakap aku ni tak ada idea lain ke selain dari bab ni.Memang betul aku aku tak ada idea lain,dan antara sebab aku selalu ulang benda ni sebab orang di Malaysia masih tak faham-faham lagi tentang boikot ni khususnya orang Islam.Aku perhatikan sudah semakin ramai yang datang bertandang kembali di KFC dan McD.Macamlah mati kalau tak makan benda-benda tu semua.Suka  sangat ke nak jadi pembunuh?????!!!!!Ramai jugak bagi alasan,sikit je sumbangan kita kat yahudi tu.Ingatlah,Allah akan membalas setiap perbuatan kita.Sudah lupakah kita bagaimana seekor burung pipit ingin menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s,besar sangatkah sumbangan burung itu????Dari sumbangan kita yang sedikit itu jugalah yang akan memberi kesan kepada umat Islam sekarang ini.Aku menyeru kepada semua umat Islam,ayuhlah kita sama-sama memboikot barangan yahudi.Lupakah kita apa yang yahudi telah buat pada saudara kita???? Atau butakah kita yang tidak dapat nampak kekejaman bangsa yang dilaknat oleh Allah ini???!!!

Rabu, 21 Januari 2009

Teguran Yang Tidak Berguna

Hari tu aku pergi kuala terengganu sebagai unit amal.Aku jaga tempat yang ade seorang exco dari negeri pr.Aku ingat ok je la hari tu pasal penampilan aku memang tak macam unit amal lain,rambut panjang.Hari usrah aku dipanggil oleh orang2 kuat pemuda kawasan aku.Diorang bagi pilihan kat aku sama ada potong rambut atau stop dulu unit amal.Tanpa berfikir panjang aku pilih no2.Aku teringat antara rukun unit amal ialah Rasul ikutan kami,perlu diorang suruh aku potong rambut yang ade perbezaan pendapat mengatakan sunnah.Bagaimana anak muda yang lain nak join kalau bab furu' pun diorang tak boleh berlembut.Kalau kita tengok sirah bagaimana pengharaman arak sedikit demi sedikit.Itu benda haram tapi yang bab cabang tak payahla pasal benda skit nanti makin ramai keluar unit amal.Aku rasa kalau aku rambut pendek nanti pun malas nak masuk balik unit amal.Mungkin ade yang akan kata aku hanya guna sunnah sebagai alasan saja tapi memang aku suka simpan rambut panjang lepas aku tau dan antara sebabnya ialah aku boleh bagitau orang bila aku lengkap jubah berserban lepas tu  orang tanya aku.Sebab banyak sunnah sudah semakin dilupakan.Memang betul menyerupai wanita itu haram tapi adakah setiap kali rambut panjang menyerupai wanita??!!

Jumaat, 2 Januari 2009

X.P.D.C Dakwah Di Taman Tasik Titiwangsa

Pada malam tahun baru semalam unit amal,pelajar2,dan pemuda-pemuda pas wilayah melakukan X.P.D.C dakwah di Tmn Tasik Titiwangsa.Kehadiran agak memuaskan,lebih kurang 300 orang lebih.Berdasarkan apa yang aku nampak lebih ramai orang dan berdakwah dari yang nak didakwah.Ikut maklumat yang aku dapat tahun ni kali pertama buat di Tasik Titiwangsa.Sebelum ni mesti buat kat KLCC atau Dataran Merdeka.Aku sebagai unit amal bertugas untuk menjaga keselamatan diorang.Mula-mula tu aku dengan seorang sahabat aku jaga 21 orang.Lepas tu diorang berpecah-pecah aku sorang je jaga 8orang muslimat.Teruji keimanan aku,hehehehe.Lebih kurang 1:00 pagi kitorang berkumpul balik untuk pulang.Aku dengar pun rasa lega la sebab kaki dah lenguh jaga diorang.Lepas tu pelajar2 yang nak pergi pejabat agung PAS tak cukup kenderaan.Ingat nak larikan diri dari jaga keselamatan diorang lagi.Lepas tu aku dipanggil timb. pengarah unit amal.Aku dah boleh agak apa yang dia nak suruh aku buat.Aku jadi leader untuk pejalan kaki ke pejabat agung PAS.Tapi ade rasa bangga la jugak.Diorang tak tau umur aku berapa,main panggil aku abang je.Sampai je kat pejabat agung rasa nak kena urut je kaki ni.Aku sampai rumah pukul 4:30 pagi

Khamis, 25 Disember 2008

Pemergian Seorang Ayah

Pada 23 disember 2008 bersamaan 25 zulhijjah,aku mendapat panggilan telefon daripada kawan baikku bahawa ayahnya sudah pergi meninggalkan kita semua pada jam 12:50 pagi.

Aku nak kata terkejut tak,nak kata tak terkejut pun tidak.Ayahnya memang aku sudah ketahui menghidap pelbagai penyakit.Aku juga merasa sedih atas kematian ayah kawanku itu.Aku selalu teringat bila aku telefon je rumah dia mesti ayah dia angkat borak dengan aku sekejap baru bagi kawan aku tu.Sampai hari ni aku masih lagi rasa sedih.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahnya.

Al-Fatihah(Norazme bin Nordin)

klik!!