sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa
Memaparkan catatan dengan label ikhwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikhwan. Papar semua catatan

Isnin, 25 Jun 2012

Parti Liberal Mesir Pertikai Keputusan Pilihanraya

 Parti-parti politik liberal Mesir mengatakan AS sedang mencuba untuk mempengaruhi hasil pemilihan presiden pertama negara itu pasca hengkangnya Hosni Mubarak dan mereka ingin Washington untuk berhenti campur tangan. Parti-parti liberal juga menuduh Ikhwanul Muslimin melakukan "penyelewengan" revolusi.

 Pernyataan tegas oleh blok partai liberal di parlimen pada hari Sabtu (23/6/2012) ini datang saat berlangsungnya ketegangan mengenai sengketa hasil pemilihan presiden antara dua calon, dari kubu Ikhwanul Muslimin, dan seorang politisi dari era Mubarak. Kedua kempen telah mengisytiharkan kemenangan dan komisi pemilihan telah menunda mengeluarkan hasil rasmi.

 Parti-parti liberal menuduh Amerika Syarikat menekan dewan militer yang berkuasa untuk menyerahkan kekuasaan kepada Ikhwan.

Pada hari Rabu, Menteri Luar Negeri AS Hillary Rodham Clinton menuntut agar militer "mendukung transisi demokrasi."


Calon Ikhwanul Muslimin ,Dr. Morsi diumumkan secara rasmi sebagai presiden dengan undian
52% pada jam 9malam waktu Malaysia tadi...

Khamis, 5 April 2012

Gambar-Gambar Global March to Jerusalem Di Palestin Dan Sekitarnya

Puluhan ribu Massa yang bergabung dalam Aksi Global March To Jerusalem pada hari Jumaat (30/3/2012) gabungan dari rakyat Muslim Palestin dan aktivis Muslim dan akitvis Antarabangsa melakukan long march di beberapa bahagian Palestin dan di luar Palestin.

 Rakyat awam Palestin melakukan aksi di beberapa wilayah Palestin yang terjajah disertai beberapa kumpulan aktivis antarabangsa yang pro-Palestin. Dilaporkan ada diantara Muslim Palestin yang gugur dalam aksi GMJ di Palestin, dan beratus-ratus yang lain mengalami luka-luka akibat tembakan yang dilancarkan pasukan zionis Israel terhadap para penunjuk perasaan. Sementara beberapa aktivis antarabangsa juga ditangkap oleh pasukan zionis Israel.

 Sedangkan di luar Palestin, iaitu di Lubnan dan Jordan, puluhan ribu aktivis GMJ dari seluruh dunia melakukan long march ke Jerusalem, meski harus tertahan di sempadan Palestin-Jordan dan tidak dapat memasuki Palestin.

 Ini adalah foto-foto saat aksi GMJ di beberapa bahagian Palestin dan di sempadan Palestin yang diambil dari berbagai sumber.

Ahad, 25 Mac 2012

Ikhwan Mempersoalkan SCAF

Ikhwanul Muslimin dalam kenyataan tegasnya mempersoalkan mengapa penguasa tentera terus-menerus berlangsung untuk menjaga pemerintahan saat ini meskipun sudah memperlihatkan dengan jelas mengenai "ketidakbecusan"-nya dalam menjalankan tugas sebagai pengayom rakyat Mesir.

 IM yang terdengar tidak puas hati dengan pemerintahan yang saat ini berkuasa menggambarkan keadaan ini sebagai "ancaman" bagi perlembagaan Mesir. Mereka mengatakan MK harus bebas dan tidak dikendalikan oleh sesiapa pun

 Sebahagian besar orang yakin bahawa keputusan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (scaf) mungkin berusaha untuk mempersoalkan legitimasi perlembagaan Dewan Syura dan Majlis Rakyat, yang kedua-duanya didominasi oleh sayap politik Ikhwan, iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP). FJP meminta untuk melakukan terminasi atas kepimpinan perdana menteri Kamal El-Ganzouri dan kabinetnya.

 Dalam kenyataan yang diterbitkan Ahram dalam talian, Ikhwan mempersoalkan apakah kuasa negara akan menjalankan tugasnya sesuai dengan undang-undang, atau melalui ancaman dan manipulasi perlembagaan. Ikhwanul juga bertanya-tanya mengapa scaf berkeras untuk menjaga kabinet yang ada saat ini, yang dicap oleh kumpulan itu sebagai "kabinet gagal".

 FJP dengan tegas melontarkan soalan yang cukup menggigit pada scaf, "Apakah alasan [untuk menjaga kerajaan sementara saat ini] adalah untuk membatalkan revolusi atau untuk menetapkan pemilihan presiden?"

 FJP sebelumnya menyeru penggantian kerajaan yang berkuasa dengan alasan bahawa kerajaan yang ada saat ini "tidak mampu" mengurusi rakyat. Namun scaf sendiri menyatakan bahawa mereka akan tetap dalam kedudukannya sampai presiden terpilih pada bulan Jun akan datang.

klik!!