sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Rabu, 10 Jun 2009

Fatwa dan Fakta Tentang Nike

Adakah korang akan pakai baju ini???????

Atau ini???

Tapi aku rasa mesti ramai pakai yang ini kan????

Tahukah anda semua maksud Nike???Nike ialah dewi Greek.

Dalam mitologi Greek(Nike yang bermaksud kemenangan),ia mewakili kejayaan pada zaman kuno Greek.Ia juga dikenali sebagai Wingede Goddess of Victory.

Swoosh di lambang Nike adalah merupakan lambang kepada sayap dewi tersebut.Nama "Nike" itu sendiri ialah nama dewi tersebut.

Oleh sebab itu,produk-produk Nike adalah dilarang untuk umat Islam memakainya.Umat Islam adalah dianjurkan untuk memakai jenama sukan yang lain selain dari Nike yang tidak terikat dengan agama.

Dr. Abdullah Al-Faqih juga telah memberikan fatwa bahawa haramnya memakai produk Nike.Berdasarkan hadith "jika kamu meniru sesuatu kaum itu,maka kamu salah satu darinya",umat Islam adalah ditegah daripada meniru perbuatan kuffar yang dilakukan orang-orang kafir sama ada percakapan,perbuatan,ibadat atau apa-apa sahaja.

Sedarlah saudara ku sekalian,jangan kita terperangkap dengan tipu daya yang hendak disampaikan oleh puak-puak kuffar tehadap kita.Dan satu lagi sebab Nike tidak boleh dibeli kerana ia adalah produk USA.

http://en.wikipedia.org/wiki/Nike_(mythology)

http://www.youtube.com/watch?v=yaj_DDFeE9E

klik!!