Syiah Iran mengalami krisis dalaman akibat perang di Syria. Iran telah menggelontorkan dana lebih dari 10 bilion dolar untuk mempertahankan kuasa anteknya rejim Nushairiyah Syria. Demikian harian Al-Quds Al-Arabi melaporkan pada Isnin (1/10/2012).
Tentera, polis dan perisikan rejim Syria telah gagal memenangi pertempuran melawan mujahidin Islam dan FSA. Sampai saat ini perang masih berkecamuk dan tentera rejim Syria terus mendapat tamparan hebat mujahidin Islam dan FSA. Hal itu menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman dalam tubuh rejim Syiah Iran terutama antara penasihat spiritual revolusi Iran, Ali Khamenei dan kepala agensi perisikan Jeneral Qasim Sulaimani.
Harian berbahasa Arab, Al-Quds Al-Arabi, pada mengutip dari sumber-sumber yang dekat dengan regim Syiah Iran bahawa kedua-dua tokoh itu ketika ini terlibat perselisihan tajam akibat kekalahan perang di Syria.
Seorang pegawai Syria yang membelot ke pihak revolusi rakyat dan saat ini tinggal di negara Teluk menyebutkan bahawa rejim Iran membayar gaji tentera Syria sejak beberapa bulan yang terkini. Iran juga menghantar persenjataan dan logistik untuk tentera Syria.
Jeneral Qasim Sulaimani memimpin langsung pasukan khusus Iran brigade Al-Quds dalam perang di Syria. Setahun yang lalu Sulaimani meyakinkan pemimpin spiritual tertingi Iran Khamenei bahawa pasukannya akan mampu menghadapi revolusi Syria dan memberangus para pejuang Islam di Syria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan