Rasanya ini bukan pertama kali kita mendengar penghinaan orang-orang 'besar' negara terhadap Islam.Penghinaan terhadap hukum Islam,terhadap sunnah Rasulullah sudah acap kali kita dengar dari mulut-mulut mereka yang bencikan nur Islam berkembang,tidak terkecuali ia juga keluar dari mulut yang mengaku Islam,dan disanjung sebagai pemimpin Islam yang hebat di luar negara.
Minggu ini,pelbagai tomahan terhadap hukum Islam dilempar dari Parti MCA.Dakwaan Chua Soi Lek yang hanya bersandarkan sms mengatakan 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan adalah dakwaan yang bodoh dari pemikiran yang sempit.
Adakah memang sungguh ramai pencuri di Malaysia ini yang layak dikenakan hudud?Bagaimana pula dengan pencuri RM20 untuk membeli susu anak dipenjara 3 tahun?Terjaminkah keluarganya selepas itu?Belum lagi dikira kos kerajaan yang perlu dikeluarkan untuk menanggung banduan-banduan di dalam penjara (ayam pun tidak bertulang dihidangkan) .
Rasanya hudud ini semakin popular dibincang oleh golongan agama.Memang benar perlaksanaannya bukan hari ini mendapat kuasa,esok dilaksanakan hudud.Semuanya bermula dari pengukuhan ekonomi,dan pemahaman rakyat terhadap hukum tersebut,klik sini dan siniTetapi kesalahan utama kerajaan sekarang adalah kesemuanya mereka tidak lakukan.Ekonomi semakin hancur,rakyat Malaysia berbangga dengan Menara Berkembar tetapi hutang yang ditanggung untuk membayar menara tersebut masih belum habis dibayar.Rakyat pula dibodohkan tentang pandangan salah tentang hukuman sebenar hudud.
Mahathir sendiri beberapa kali memberi gambaran salah seperti mengatakan jika hukuman Islam dilaksanakan negara akan mundur,hukuman yang primitif.Jadi kesalahan sekarang terletak pada kerajaan yang memerintah sekarang,yang tidak ada usaha untuk melaksanakannya.
Persoalannya sekarang,di mana dia ketua-ketua agama yang sangat berkuasa di Malaysia ini??Di mana dia ketua agama,yang akan melenting bila dihina peribadi mereka yang jelas hancur akhlak mereka?Atau kamu semua hanya berani menentang 'ikan-ikan bilis',dan mereka yang berpengaruh ini adalah pembela-pembela kamu yang sentiasa menyuapkan kemewahan kepada kamu???
Tanggungjawab di pundak mereka.Mereka yang menghabiskan duit rakyat untuk kereta,untuk bermain golf dan perempuan semuanya dipersoalkan Allah nanti.Tidak hairan penjajah hanya meninngalkan mereka untuk dijadikan boneka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan