sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Isnin, 19 November 2012

500 SUKARELAWAN MESIR MASUK KE PALESTIN.RUMAH KETUA STAF TENTERA ISRAEL DISERANG


Lebih dari 500 aktivis Mesir masuk ke Gaza dalam rangka solidariti mereka terhadap warga tertindas Jalur Gaza serta untuk menyalurkan bantuan ubat-ubatan.

Qodsna (19/11) melaporkan, seorang aktivis dalam rombongan itu berkata, "Kami tidak akan membiarkan Palestin bersendirian dan ini menjadi mesej kami," kata aktivis itu seperti yang dipetik Irib.

Sementara itu, rumah sakit Gaza saat ini mengalami kekurangan kelengkapan perubatan dan ubat-ubatan untuk merawat mangsa kecederaan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyeru pengumpulan dana bantuan sehingga 10 juta USD untuk membantu rumah sakit di Jalur Gaza.

Di sisi lain, roket Fajr-5 milik Hamas Palestin menghentam rumah Ketua Staf Gabungan Tentera Israel, Benny Gantz. Alalam mengutip DPA (19/11) melaporkan, televisyen saluran 7 Israel mengesahkan pecahan letupan roket menghentam rumah Benny Gantz.

Tiada ulasan:

klik!!