sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Jumaat, 23 November 2012

55 ORANG PENDUDUK TEBING BARAT DITAHAN WALAUPUN SUDAH GENCATAN SENJATA


Pasukan penjajah Yahudi menangkap 55 pemuda yang mereka dakwa sebagai "militan" di Tebing Barat yang diduduki pada Khamis (22/11/2012), walaupun gencatan senjata diumumkan selepas lapan hari serangan brutal pasukan Zionis di Genting Gaza.

Reuters melaporkan mengutip tuntutan tentera penjajah Yahudi bahawa penangkapan mensasarkan anggota dari pelbagai faksi perlawanan termasuk para senior.

Tepi Barat berada di bawah kepimpinan presiden boneka yang mendapat sokongan AS, Mahmoud Abbas, namun banyak warga Palestin yang berada di sana menolak perdamaian apapun dengan negara penjajah Yahudi yang telah merampas tanah milik mereka.

Pasukan penjajah Yahudi melancarkan serangan udara pengecut di Genting Gaza sejak 14 November dan terus-menerus menggempur Gaza serta menyatakan serangan tersebut bertujuan untuk menghentikan serangan roket dari Jalur Gaza.

Ratusan warga Muslim Palestin tidak bersalah, termasuk anak-anak dan perempuan gugur dalam serangan ini dan beribu-ribu yang lain mengalami luka-luka.

Dalam merespon serangan brutal tersebut, diduga mujahid Palestin masuk dari kawasan terdekat di Tebing Barat dan melancarkan serangan di sebuah bus di Tel Aviv yang mencederakan 15 warga "Israel"

Tiada ulasan:

klik!!