sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Ahad, 18 November 2012

GILA!!! 200 SERANGAN YAHUDI LAKNATULLAH PADA PAGI SABTU SAHAJA


Tentera Israel melansir data serangan udara ke Gaza pada Sabtu (17/11). Hasilnya menakjubkan. Data menunjukkan tentera Yahudi tersebut melancarkan kira-kira 200 serangan udara hanya di waktu pagi di hari Sabtu.

Serangan fajar tersebut termasuk serangan bom yang meluluh lantakkan pejabat perdana menteri Hamas, kem polis dan terowong Gaza. Pihak tentera Israel mengatakan, ratusan serangan udara tersebut merupakan aksi balasan atas roket Hamas yang terus menghentam wilayah Israel.

Israel mengaku geram setelah kota suci Jerusalem pun tak luput dari roket Hamas. Tak henti, pesawat Israel masih terus menggempur wilayah Gaza hingga kini.

Dikhabarkan, Israel menyasarkan gudang senjata dan tapak pelancar roket bawah tanah milik Hamas. Tentera Israel pun telah mengumpulkan puluhan ribu tentera sandaran, kereta kebal dan kenderaan lapis baja di spenjang sempadan Gaza.

Pencerobohan darat Israel diyakini tinggal hitungan detik menuju Gaza. Pejabat Badan kesihatan Gaza, Ashraf Al-Kidra mengatakan, serangan Israel pada Sabtu pagi telah menewaskan sekurang-kurangnya 10 orang termasuk lapan diantaranya pejuang Hamas.

Sejak operasi Israel bermula pada pada Rabu (14/11) lalu, tercatat 40 warga Palestin terkorban, 13 diantaranya warga awam. Dari pihak Israel tercatat tiga orang awam terbunuh.


Sementara itu pihak Hamas dikhabarkan telah melancarkan sebanyak 500 roket sejak konflik mencuat empat hari lalu. Roket yang sebelumnya hanya mencapai Israel selatan dekat sempadan kini mencapai hingga jantung Israel seperti bandar Tel Aviv dan Baitulmaqdis.

Atas serangan Hamas tersebut, Kementerian Pertahanan Israel berkata pihaknya telah merancang sistem anti roket. Sistem pertahanan yang dirancang baru dilancarkan dua bulan mendatang tersebut saat ini telah dikerahkan di pusat Israel pada Sabtu.

Sistem tersebut yakni berupa Iron Dome yang mampu menagkis serangan roket. Jerussalem Post memberitahu, saat ini Israel telah memasang lima Iron Dome di kawasan Gush Dan, pusat negara Israel pada Sabtu pagi.

Dari sistem yang dikemaskini, Iron Dome direka akan menembak jatuh setiap roket yang mendekat. Kementerian Pertahanan Israel mendakwa, empat Iron Dome telah berjaya menjatuhkan ratusan roket yang dihantar Hamas dari Jalur Gaza.

Sabtu, 17 November 2012

Zionis Laknatullah Bakal Menghantar 75ribu Tentera Ke Gaza


Israel makin serius untuk melancarkan pencerobohan ke Jalur Gaza, Palestin. Rejim Zionis disebut menyiagakan pasukan cadangannya untuk melakukan serangan darat ke Gaza.

Agensi berita Reuters melaporkan, Rabu (16/11) malam waktu tempatan, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat kecemasan dengan sejumlah menteri senior di Tel Aviv. Mesyuarat selama empat jam itu membincangkan perkembangan situasi di Gaza.

Hasilnya, jajaran kabinet bersetuju dengan cadangan Netanyahu untuk menyiapkan 75 ribu tentera cadangan. Puluhan ribu tentera itu akan dikerahkan untuk menduduki Jalur Gaza secara total melalui serangan darat.

Di hari yang sama, Perdana Menteri Mesir, Hesham Qandil melakukan kunjungan ke Jalur Gaza. Ia menyatakan, Mesir tidak akan dapat menghentikan Israel jika melakukan serangan laluan darat.

"Mesir tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk menghentikan pencerobohan dan mengupayakan gencatan senjata," kata beliau.

Khamis, 15 November 2012

Israel,Tunggu Balasan Kami:HAMAS


Syahidnya ketua gerakan Hamas, Ahmed Said Khalil al-Jabari oleh serangan Israel, Rabu (14/11) membuat anggota Hamas dan ribuan penduduk Gaza geram.

Dipetik dari BBC News, Sabtu (15/11), jurucakap Hamas mengatakan Israel akan menyesal kerana melakukan serangan (pembunuhan al-Jabari).

Tidak hanya ancaman Hamas, ribuan penduduk Gaza juga menyuarakan pembalasan terhadap Israel di luar tempat jenazah al-Jabari di (Hospital) berada.

"Kami mahu supaya Tel Aviv, Israel diserang malam ini," kata mereka seperti dilaporkan AFP.

Al-Jabari adalah anggota Hamas yang paling senior yang tewas akibat serangan udara dan laut oleh kekuatan pertahanan Israel atau Israel Defence Forces (IDF) di Gaza, Rabu (14/11) waktu setempat lalu.

Tidak hanya al-Jabari, tokoh pengasas gerakan Hamas, Sheikh Ahmed Yassin juga tewas dalam serangan sama tahun 2004 lalu.

Penduduk Gaza juga disarankan untuk menderma darah,bagi bersedia kemungkinan untuk menampung mujahidin-mujahidin yang cedera nanti.

Pertempuran yang bakal bertempur bukan saja Israel harus berdepan dengan HAMAS,tetapi Jihad Islami (al Qaeda) juga bakal turut serta.Dan diharapkan kerajaan Mesir yang baru lebih prihatin dengan nasib saudara kita di sana.

Isnin, 22 Oktober 2012

Penghina Islam:Di Mana Mereka Yang Berkuasa?

Rasanya ini bukan pertama kali kita mendengar penghinaan orang-orang 'besar' negara terhadap Islam.Penghinaan terhadap hukum Islam,terhadap sunnah Rasulullah sudah acap kali kita dengar dari mulut-mulut mereka yang bencikan nur Islam berkembang,tidak terkecuali ia juga keluar dari mulut yang mengaku Islam,dan disanjung sebagai pemimpin Islam yang hebat di luar negara.

Minggu ini,pelbagai tomahan terhadap hukum Islam dilempar dari Parti MCA.Dakwaan Chua Soi Lek yang hanya bersandarkan sms mengatakan 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan adalah dakwaan yang bodoh dari pemikiran yang sempit.

Adakah memang sungguh ramai pencuri di Malaysia ini yang layak dikenakan hudud?Bagaimana pula dengan pencuri RM20 untuk membeli susu anak dipenjara 3 tahun?Terjaminkah keluarganya selepas itu?Belum lagi dikira kos kerajaan yang perlu dikeluarkan untuk menanggung banduan-banduan di dalam penjara (ayam pun tidak bertulang dihidangkan) .

Rasanya hudud ini semakin popular dibincang oleh golongan agama.Memang benar perlaksanaannya bukan hari ini mendapat kuasa,esok dilaksanakan hudud.Semuanya bermula dari pengukuhan ekonomi,dan pemahaman rakyat terhadap hukum tersebut,klik sini dan siniTetapi kesalahan utama kerajaan sekarang adalah kesemuanya mereka tidak lakukan.Ekonomi semakin hancur,rakyat Malaysia berbangga dengan Menara Berkembar tetapi hutang yang ditanggung untuk membayar menara tersebut masih belum habis dibayar.Rakyat pula dibodohkan tentang pandangan salah tentang hukuman sebenar hudud.

Mahathir sendiri beberapa kali memberi gambaran salah seperti mengatakan jika hukuman Islam dilaksanakan negara akan mundur,hukuman yang primitif.Jadi kesalahan sekarang terletak pada kerajaan yang memerintah sekarang,yang tidak ada usaha untuk melaksanakannya.

Persoalannya sekarang,di mana dia ketua-ketua agama yang sangat berkuasa di Malaysia ini??Di mana dia ketua agama,yang akan melenting bila dihina peribadi mereka yang jelas hancur akhlak mereka?Atau kamu semua hanya berani menentang 'ikan-ikan bilis',dan mereka yang berpengaruh ini adalah pembela-pembela kamu yang sentiasa menyuapkan kemewahan kepada kamu???

Tanggungjawab di pundak mereka.Mereka yang menghabiskan duit rakyat untuk kereta,untuk bermain golf dan perempuan semuanya dipersoalkan Allah nanti.Tidak hairan penjajah hanya meninngalkan mereka untuk dijadikan boneka.

Rabu, 3 Oktober 2012

Syiah Di Iran Semakin Berpecah...




 Syiah Iran mengalami krisis dalaman akibat perang di Syria. Iran telah menggelontorkan dana lebih dari 10 bilion dolar untuk mempertahankan kuasa anteknya rejim Nushairiyah Syria. Demikian harian Al-Quds Al-Arabi melaporkan pada Isnin (1/10/2012).

Tentera, polis dan perisikan rejim Syria telah gagal memenangi pertempuran melawan mujahidin Islam dan FSA. Sampai saat ini perang masih berkecamuk dan tentera rejim Syria terus mendapat tamparan hebat mujahidin Islam dan FSA. Hal itu menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman dalam tubuh rejim Syiah Iran terutama antara penasihat spiritual revolusi Iran, Ali Khamenei dan kepala agensi perisikan Jeneral Qasim Sulaimani.

Harian berbahasa Arab, Al-Quds Al-Arabi, pada mengutip dari sumber-sumber yang dekat dengan regim Syiah Iran bahawa kedua-dua tokoh itu ketika ini terlibat perselisihan tajam akibat kekalahan perang di Syria.

Jendral Qasim Sulaimani


Seorang pegawai Syria yang membelot ke pihak revolusi rakyat dan saat ini tinggal di negara Teluk menyebutkan bahawa rejim Iran membayar gaji tentera Syria sejak beberapa bulan yang terkini. Iran juga menghantar persenjataan dan logistik untuk tentera Syria.

Jeneral Qasim Sulaimani memimpin langsung pasukan khusus Iran brigade Al-Quds dalam perang di Syria. Setahun yang lalu Sulaimani meyakinkan pemimpin spiritual tertingi Iran Khamenei bahawa pasukannya akan mampu menghadapi revolusi Syria dan memberangus para pejuang Islam di Syria.

klik!!