sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Ahad, 16 Jun 2013

Adnan Menderes,Pejuang Islam Turki Yang Dilupakan


Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratisdalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar.
Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung

Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi

-Wallahua'lam-

Khamis, 28 Mac 2013

Umat Islam Diserang Lagi Di Myanmar

Sejak Rabu (27/3/2013), para ekstrimis kembali menghancurkan masjid dan rumah-rumah warga di bandar Zigon, wilayah Bago (Pegu), menurut media Myanmar M-Media.


Laporan mengatakan bahawa para perusuh itu menggunakan buldozer untuk menghancurkan masjid. Sejauh ini, banyak rumah telah hancur dan gerombolan itu terdiri dari sekitar 500 orang, lapor M-Media.

Pada malam sebelumnya, masjid-masjid dan rumah-rumah warga Muslim juga diserang di bandar Nattalin, wilayah Bago.

M-Media melaporkan bahwa kelompok teroris Buddhis bernama “969″ mulai menghancurkan sebuah masjid, sebuah sekolah Islam dan kedai-kedai milik Muslim termasuk penggilingan beras di jalan Tarpun.

 Di antara bangunan yang dihancurkan adalah pejabat bus travel ekspres “Asia”, sebuah kedai elektronik, sebuah kedai audio speaker, sebuah kilang ais, dua kedai unggas, dan sebuah rumah milik i di Nattalin sekitar pukul 23:00 pada Selasa (26/3) malam. Mereka menyerang rumah polis pencen tersebut karena dia adalah seorang Muslim. 

Perlu diketahui bahwa para teroris itu bersenjatakan tongkat, pedang, palu, gergaji otomatis, ketapel dan senjata-senjata lainnya, sementara wajah mereka ditutup. Sementara ini belum ada laporan lebih lanjut terkait penyerangan ini

Isnin, 11 Februari 2013

Melihat Konflik Mali


Kebanyakan orang di Britain cuba mencari tahu apa yang terjadi di Mali hampir sepenuhnya bergantung pada media mainstream. Namun, kesemua media itu membawa narasi sederhana yang sama.

Media Barat mengatakan kepada kita bahawa kita adalah 'orang-orang baik' di Selatan, yang mengaggumi Perancis atas campur tangan yang dilakukannya.

Mereka memberitahu kita bahawa ada 'orang-orang jahat' di Utara. Sebahagian dari mereka adalah 'orang-orang yang cukup jahat' - yakni orang Tuareg yang terasing cukup lama, yang telah dimanipulasi oleh kelompok 'Islamis'.


Yang lain adalah 'orang-orang yang benar-benar jahat-yang secara berbeza digambarkan sebagai kumpulan' Islamis '', 'Jihad', 'Pemberontak' atau 'Ekstrimis'. Kita dimaklumkan bahawa mereka tidak melakukan apa-apa yang baik dan melakukan segala sesuatu yang buruk.

Seorang Muslim yang melihat peristiwa ini dapat melaksanakan prinsip-prinsip tertentu, yang dapat mengelakkan hanya mengikuti cerita tentang 'orang-orang baik' melawan cerita tentang 'orang-orang jahat' yang disajikan oleh mesin media Barat yang bias dan dipolitisir.

Lantas bagaimana seharusnya kita sebagai kaum Muslimin melihat peristiwa Mali ini?

1. Kaum Muslim melawan kaum Muslim lain adalah hal yang mengerikan dalam keadaan apapun.


Nabi Muhammad SAW bersabda: Melayan kaum Muslim dengan buruk adalah perbuatan Fasiq (perbuatan jahat) dan berperang melawan mereka adalah perbuatan kufur. [Bukhari & Muslim].

Jadi, apa-apa akar puncanya, ketika terjadi pertumpahan darah di keduabelah pihak, itu adalah pemandangan yang menyakitkan dan tragis, dan berpotensi mendatangkan bencana bagi para pelakunya di akhirat.

2. Campur tangan negara-negara kolonial Barat di negeri-negeri Muslim adalah pemandangan yang tidak diinginkan dan tidak dapat diterima.


Sebahagian orang mungkin cuba untuk membenarkan ajakan dari negara-negara seperti Perancis di satu sisi atau yang lain yang mengatakan rakyat memerlukan perlindungan dari kekuatan luaran, sebagai masalah hidup dan mati.

Hal ini berbahaya dalam hal politik dan tidak boleh diterima dari perspektif undang-undang syariah.

Menurut syari'ah: Allah SWT berfirman: Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman. (Quran 4:141).


Secara Politik: konflik ini bukan campur tangan yang pertama dilakukan oleh kuasa kolonial Barat di negeri-negeri Muslim. Campur tangan tersebut di antaranya dilakukan dengan mengekalkan kehadiran pasukannya atau dengan meletakkan para penguasa kaki tangan Barat dalam rangka untuk menjamin keselamatan jalan atas politik dan kekayaan di wilayah-wilayah tersebut.

Selain itu, kita dapat mengingatakan kebohongan, penipuan dan pelanggaran yang dilakukan di Iraq, Afghanistan dan di tempat-tempat lain - serta sejumlah peristiwa yang menimbulkan kematian yang besar.


Allah SWT berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu sebagai sekutu (Al-Quran 60:1).

Sejarah Perancis di Afrika Utara penuh dengan peristiwa pembunuhan sistematik ratusan ribu Muslim dan kes-kes penyeksaan yang tidak terhitung. Tuntutan Perancis bahawa jumlah orang yang mati di bawah pemerintahan mereka di Algeria adalah sekitar 350,000 orang-namun menurut perkiraan lain telah mencapai angka lebih daripada 1 juta Muslim.

Oleh kerana itu kita tidak boleh bayangkan bahawa campur tangan Perancis adalah murni kerana alasan kemanusiaan - dan Allah menetapkan batas yang jelas, sehingga seorang Muslim dapat mengelak untuk tidak ditipu oleh seseorang yang memiliki rasa permusuhan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Seorang beriman tidak akan digigit dari lubang yang sama dua kali. (HR Bukhari & Muslim).

bersambung





Khamis, 17 Januari 2013

Zionis Laknatullah Melepaskan Peluru Berpandu Ke Gaza Lagi!!!

Sumber-sumber media Palestin pada Rabu (16/1/2013) melaporkan bahawa tentera Zionis Yahudi menembak beberapa peluru berpandu ke bahagian tengah Semenanjung Gaza, tanpa menimbulkan korban jiwa, demikian IMEMC melaporkan.

Saksi mata mengatakan bahawa tentera Yahudi menembak sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu ke sebuah lahan di kem-kem pelarian Al-Maghazi dan Al-Bureiij di Gaza Tengah.


Meskipun tidak ada kematian atau cedera dilaporkan, tetapi beberapa petani dan penduduk yang lain, termasuk anak-anak, menjadi panik akibat serangan ini dan mereka melarikan dari kawasan tersebut kerana takut pengeboman lanjutan.

Pada Selasa (15/1), tentera Zionis juga bergerak maju puluhan meter ke daerah Bouret Abu Samra, di utara Beit Lahia, Gaza Utara.


Sementara pada Isnin (14/1) malam, seorang petani Palestin meninggal akibat luka serius yang dideritanya setelah tentera Israel menembaknya ketika ia sedang bekerja di ladangnya di Beit Lahia.

Selain itu, dalam insiden berbeza, tentera Israel juga melarang warga Palestin untuk mendatangi lahan mereka di dekat pagar sekatan di Gaza dengan alasan "alasan keselamatan" sebagai sebahagian daripada yang disebut "zon penyangga" Israel yang dilaksanakan di daerah-daerah yang bersempadan dengan Gaza.

Tindakan sewenang-wenang ini telah menghambat ratusan keluarga Palestina dari menanami tanah mereka di dekat perbatas tersebut, para petani yang berhasil masuk ke lahan mereka selalu menjadi target ancaman penembakan oleh militer Israel


Sabtu, 15 Disember 2012

Seorang Lagi Pembikin Filem Hina Rasul


Seorang lelaki asal Pakistan, seorang aktivis anti-Islam, telah menyatakan bahawa dirinya adalah produser filem baru yang mengolok-olok Nabi Muhammad (shalallahu 'alaihi wa sallam), dalam sebuah wawancara dengan media Inggeris IBTimes.

Imran Firasat, yang mengaku sebagai bekas-Muslim alias Murtaddin yang kini tinggal di Sepanyol, mengatakan bahawa dia telah menghasilkan filem berjudul "The Innocent Prophet" yang trailer-nya telah diterbitkan di Youtube.

Ketika ditanya tentang moralnya menghasilkan filem yang akan mencetuskan kemarahan rakyat di dunia Muslim sebagaimana filem sama sebelumnya, "The Innocence of Muslim." Tetapi Firasat, yang dalam produksi filem ini memegang paderi ekstrem Florida, Terry Jones, yang membakar Al-Quran mengatakan kepada IBTimes dengan angkuh bahawa daripada orang-orang mencegahnya dari "kebebasan berpendapat" lebih baik "dunia harus menyarankan umat Islam bahawa kamu harus menghentikan mencipta 'permainan kekerasan' atas alasan-alasan kecil. "

Dia mengatakan bahawa setelah diancam oleh pihak berkuasa Sepanyol untuk mencabut kembali status imigrasinya, dia sekarang hidup dalam ketakutan jika perlu kembali ke Pakistan. Firasat mengatakan bahawa kerana tekanan pemerintah, dia menunda menerbitkan filem tersebut yang awalnya dijadualkan pada 14 Disember ini, sehingga kerajaan boleh mengkaji semula kandungannya.


Filem yang berdurasi 70 minit ini dikatakan untuk menggambarkan "fakta-fakta dalam Kitab Al-Quran dan Nabi Muhammad" dalam pandangan seorang murtaddin.

Filem ini adalah bentuk dari kebencian Firasat terhadap Islam dan Rasulullah (shalallahu 'alaihi wa sallam). Dalam laman webnya, mundosinislam, dia terang-terangan menunjukkan permusuhannnya terhadap Islam. Di situsnya terpampang kata Mundo sin Islam lucharé hasta que este mundo llega a ser libre de Islam (Dunia tanpa Islam, berjuang hingga dunia bebas dari Islam), dan semua kandungan laman webnya menistakan dan mengolok-olok Islam.

Firasat dengan angkuh menulis di mundosinislam, "Setelah kebingungan dan pertempuran sengit antara hati dan jiwa saya, Saya memutuskan tajuk dari filem saya adalah" The Innocent Prophet. "Saya tahu ini sangat mirip dengan rilisan filem terakhir" The Innnocence of Muslims. "Tetapi percayalah , Saya tidak punya niat untuk meng-copy judul itu. Saya memutuskan untuk memilih tajuk "The innocent Prophet," kerana Saya ingin menggunakan ini sebagai olok-olok bagi Muhammad. "

klik!!