sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Selasa, 20 November 2012

HAMAS:KAMI SIAP UNTUK MATI,HANYA 4PILIHAN BUAT ZIONIS


Seorang pegawai tinggi Hamas, Mushir Al-Mahsri, mengatakan Palestin siap meladeni apabila Israel jadi melakukan serangan darat. Pejuang Palestin telah menyiapkan diri untuk meladeni ancaman Israel tersebut

'' Seluruh pasukan pejuang Gaza telah menyiapkan diri sebagai pasukan berani mati yang menjual dirinya kepada Allah,'' kata Al Mahsri seperti dikutip Mi'raj News Agency.

Berdasarkan rekod, tentera Israel mengalami kekalahan besar apabila melakukan serangan darat pada perang akhir 2008-2009. Kekalahan besar di mana banyak kereta kebal tempur Israel dimusnahkan oleh para pejuang Palestin yang memang menguasai medan.

Selain itu, serangan darat tentera Israel ke Jalur Gaza yang mengorbankan lebih dari 1,400 warga Gaza tersebut menimbulkan kencaman antarabangsa dan meruntuhkan moral pasukan Israel. Meski telah melakukan serbuan hebat selama tiga minggu, Israel ternyata tidak mampu menguasai Kota Gaza.

Al Mahsri juga mengatakan gugurnya panglima sayap militer alqassam, Al-Ja'bari, justeru makin membangkitkan semangat perlawanan para pejuang di seluruh jalur Gaza.

"Kami beri empat pilihan kepada pasukan Zionis Israel jika berani melakukan serangan melalui jalur darat,'' katanya. '' Segera tarik mundur pasukan, akan menjadi tawanan, akan hancur di jalanan, atau akan mengalami kerugian tak ternilai.''

Isnin, 19 November 2012

500 SUKARELAWAN MESIR MASUK KE PALESTIN.RUMAH KETUA STAF TENTERA ISRAEL DISERANG


Lebih dari 500 aktivis Mesir masuk ke Gaza dalam rangka solidariti mereka terhadap warga tertindas Jalur Gaza serta untuk menyalurkan bantuan ubat-ubatan.

Qodsna (19/11) melaporkan, seorang aktivis dalam rombongan itu berkata, "Kami tidak akan membiarkan Palestin bersendirian dan ini menjadi mesej kami," kata aktivis itu seperti yang dipetik Irib.

Sementara itu, rumah sakit Gaza saat ini mengalami kekurangan kelengkapan perubatan dan ubat-ubatan untuk merawat mangsa kecederaan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyeru pengumpulan dana bantuan sehingga 10 juta USD untuk membantu rumah sakit di Jalur Gaza.

Di sisi lain, roket Fajr-5 milik Hamas Palestin menghentam rumah Ketua Staf Gabungan Tentera Israel, Benny Gantz. Alalam mengutip DPA (19/11) melaporkan, televisyen saluran 7 Israel mengesahkan pecahan letupan roket menghentam rumah Benny Gantz.

Netanyahu:KAMI SANGGUP HABISKAN DUIT UNTUK MENYERANG HAMAS


Pada hari ahad, 18 November 2012, serangan Udara Israel kembali menewaskan satu keluarga  Palestina, 12 orang terbunuh di perbatasan Gaza, kejadian tersebut hanya berselang setelah Netanyahu mengatakan “Melanjutkan Pertempuran” terkait  operasi militer “ Tiang Langit” melawan pejuang Palestina.
Pada ahad kemarin , dalam satu hari  30 orang tewas terbunuh di Gaza ,  hingga saat ini total 77 orang terbunuh dalam waktu 6 hari sejak Israel melakukan serangan udara di target wilayah Gaza .
Di sisi Hamas, Pejuang Gaza melanjutkan serangan roket roketnya menuju Israel, 2 diantaranya masuk ke wilayah komersial di Tel Aviv, tetapi 2 rudal tersebut dilumpuhkan oleh anti rudal , kata polisi lokal Tel Aviv.
“Operasi penyerangan di Gaza terus berlanjut, dan kami saat ini mempersiapkan langkah langkah berikutnya” Ujar Netanyahu di rapat kabinet ahad kemarin.
“Kami tidak masalah berapapun biayanya untuk lumatkan Hamas dan organisasi terorisnya” sambungnya
Saat yang sama, ribuan militer Israel mempersiapkan artilerinya di perbatasan Gaza untuk serangan darat menuju Gaza 

TERKINI!!! ISRAEL 'MENYERAH KALAH',MINTA GENCATAN SENJATA


Lima hari selepas serangan pertama rejim Israel ke Gaza, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin menunjukkan perlawanan luar biasa dan mampu menjadikan kedudukan-kedudukan strategik Israel di bawah tanah, khususnya Tel Aviv, sebagai sasaran roket-roket mereka.

Keadaan ini memaksa pemimpin rejim Israel untuk mengupayakan terciptanya gencatan senjata tanpa syarat dengan Hamas, demikian dilaporkan oleh Qodsna Ahad (18/11).

Timbalan Perdana Menteri rejim Israel, Moshe Yaalon dalam wawancaranya dengan saluran 2 TV Israel mengatakan, "Demi mewujudkan kestabilan di wilayah penempatan Zionis, Israel bersetuju untuk gencatan senjata dengan Hamas yang dimediasi Mesir."

Walaupun begitu, dia menambah, "Israel mengajukan empat syarat untuk gencatan senjata.

Tembakan roket dari Gaza ke beberapa kedudukan penting Zionis harus dihentikan, unit-unit tentera Israel di sempadan Gaza tidak boleh diserang, operasi ketenteraan anti-Israel harus dihentikan dan Hamas harus menerima tanggungjawab berkaitan Jalur Gaza, serta mauver ketenteraan yang dilakukan kumpulan selain gerakan penentangan kepada Israel, ditentukan sendiri oleh rejim Israel.

ISRAEL MENGGUNAKAN SENJATA KIMIA YANG DILARANG SELURUH DUNIA


Unit Jawatankuasa Kesihatan (UHCC) menuduh bahawa penjajah Israel sengaja mensasarkan anak-anak dan perempuan Gaza dengan menggunakan senjata yang dilarang di dunia antarabangsa. Hal ini juga dikemukakan Alaa M Siraaj, Humas Rumah Sakit As-Syifa Gaza, kepada wartawan MINA di Jalur Gaza.

Siraaj mendedahkan bahawa fakta yang terungkap di lapangan menunjukkan banyaknya korban serangan peluru berpandu pesawat pejuang Zionis yang tidak wajar. Siraaj juga menunjukkan gambar-gambar mangsa dengan tubuh mereka hangus terbakar kerana kesan yang ditimbulkan senjata penjajah.

'' Ini jelas merupakan kesan kimia yang terkandung dalam peluru berpandu-peluru berpandu yang mereka jatuhkan,'' kata Siraaj seperti dikutip MINA.

Siraaj mendedahkan keganasan lain yang dilakukan oleh pihak Zionis dengan menjadikan awam sebagai sasaran serangan mereka. Ada 11 bayi yang menjadi sasaran keberingasan Zionis tersebut. Selain korban dari anak-anak, tiga orang wanita dan empat manula telah menjadi mangsa serangan Zionis Israel.

Sasaran Israel terhadap anak-anak dan perempuan merupakan pelanggaran mencolok dalam undang-undang dan konvensyen antarabangsa. UHCC menyeru seluruh pertubuhan kemanusiaan dan hak asasi manusia serta WHO mahupun UNICEF untuk melindungi anak-anak Palestin dari korban sasaran Israel.

klik!!