sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Sabtu, 15 Disember 2012

Seorang Lagi Pembikin Filem Hina Rasul


Seorang lelaki asal Pakistan, seorang aktivis anti-Islam, telah menyatakan bahawa dirinya adalah produser filem baru yang mengolok-olok Nabi Muhammad (shalallahu 'alaihi wa sallam), dalam sebuah wawancara dengan media Inggeris IBTimes.

Imran Firasat, yang mengaku sebagai bekas-Muslim alias Murtaddin yang kini tinggal di Sepanyol, mengatakan bahawa dia telah menghasilkan filem berjudul "The Innocent Prophet" yang trailer-nya telah diterbitkan di Youtube.

Ketika ditanya tentang moralnya menghasilkan filem yang akan mencetuskan kemarahan rakyat di dunia Muslim sebagaimana filem sama sebelumnya, "The Innocence of Muslim." Tetapi Firasat, yang dalam produksi filem ini memegang paderi ekstrem Florida, Terry Jones, yang membakar Al-Quran mengatakan kepada IBTimes dengan angkuh bahawa daripada orang-orang mencegahnya dari "kebebasan berpendapat" lebih baik "dunia harus menyarankan umat Islam bahawa kamu harus menghentikan mencipta 'permainan kekerasan' atas alasan-alasan kecil. "

Dia mengatakan bahawa setelah diancam oleh pihak berkuasa Sepanyol untuk mencabut kembali status imigrasinya, dia sekarang hidup dalam ketakutan jika perlu kembali ke Pakistan. Firasat mengatakan bahawa kerana tekanan pemerintah, dia menunda menerbitkan filem tersebut yang awalnya dijadualkan pada 14 Disember ini, sehingga kerajaan boleh mengkaji semula kandungannya.


Filem yang berdurasi 70 minit ini dikatakan untuk menggambarkan "fakta-fakta dalam Kitab Al-Quran dan Nabi Muhammad" dalam pandangan seorang murtaddin.

Filem ini adalah bentuk dari kebencian Firasat terhadap Islam dan Rasulullah (shalallahu 'alaihi wa sallam). Dalam laman webnya, mundosinislam, dia terang-terangan menunjukkan permusuhannnya terhadap Islam. Di situsnya terpampang kata Mundo sin Islam lucharé hasta que este mundo llega a ser libre de Islam (Dunia tanpa Islam, berjuang hingga dunia bebas dari Islam), dan semua kandungan laman webnya menistakan dan mengolok-olok Islam.

Firasat dengan angkuh menulis di mundosinislam, "Setelah kebingungan dan pertempuran sengit antara hati dan jiwa saya, Saya memutuskan tajuk dari filem saya adalah" The Innocent Prophet. "Saya tahu ini sangat mirip dengan rilisan filem terakhir" The Innnocence of Muslims. "Tetapi percayalah , Saya tidak punya niat untuk meng-copy judul itu. Saya memutuskan untuk memilih tajuk "The innocent Prophet," kerana Saya ingin menggunakan ini sebagai olok-olok bagi Muhammad. "

Tiada ulasan:

klik!!