sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Jumaat, 13 Julai 2012

Terima Kasih Sahabat

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu (surah Muhammad,ayat 7)


Rasanya sudah lama tidak meluahkan rasa sendiri di blog aku ini.Hampir 4 tahun blog ini wujud,niat asal ingin cuba menulis sendiri ,mengurangkan berita-berita yang sudah wujud di blog lain.Tapi nampaknya 70% posting blog ini,yang mampu aku berikan adalah copy & paste.


Kali ini aku cuba untuk berkongsi pengalaman,mungkin ada berkait dengan ayat di atas.Dalam 4tahun ini juga ,tidak keterlaluan rasanya kalau aku katakan bahawa aku salah seorang yang berusaha menolong agama Allah ini untuk tegak di muka bumi ini.

Bukan ingin berlagak,atau sombong.Tetapi yang ingin aku kongsikan,betapa indahnya menjadi para pejuang agamanya.

Mungkin sudah biasa kita mendengar kisah bagaimana pejuang-pejuang di zaman dahulu,susahnya berjuang tapi ada sahaja bantuan yang datang dari Allah.Bantuan-bantuan seperti malaikat membantu dalam peperangan di perang Badar,Allah mencukupkan makanan yang sedikit untuk ribuan orang seperti waktu perang khandak dan banyak lagi contoh yang besar.

Pengalaman aku tidaklah seperti di atas.Aku sudah lebih dua tahun menangguhkan pelajaran kerana masalah yang paling utama adalah kewangan.Selama dua tahun aku cuba minta bantuan kepada keluarga,tetapi semuanya menghampakan.

Kemudian tempat yang ingin aku jejaki pula bergolak,iaitu Syria.Semakin aku buntu ,datang pula sahabat mencadangkan belajar di Morocco.Barulah aku teringat,itu juga cadangan dari seorang ulama' yang pernah aku abaikan dahulu.

Tetapi tetap juga masalah kewangan aku tidak selesai.Sehingga aku bertanya pada diri sendiri,apa yang aku dapat bila membantu jemaah Islam ini.Kononnya rukun usrah ta'ruf,tafahhum,dan takaful.Aku sempat berfikir,kalau tidak dapat juga sumbangan  lebih baik aku seperti orang biasa yang tanpa perlu pening memikirkan masalah umat Islam sekarang.

Malam itu juga Allah menjawab pertanyaan aku.Aku mendapat wang dari pemuda kawasan rm1000.Bermula dari situlah,dari pelbagai sumber aku dapat bantuan yang dalam masa beberapa minggu sahaja lebih RM10ribu sudah berjaya dikumpul,dan 95% daripadanya dari sahabat-sahabat perjuangan aku.


Tetapi aku agak menyesal dengan rungutan diri sendiri.Seolah-olah aku berjuang hanya untuk menuntut bantuan yang dijanjikan.Ingatlah sahabat semua,jangan merungut apabila bantuan lambat sampai,tetapi teruslah berdoa.


Itulah indahnya ukhwah atas dasar Islam,cinta kerana Allah.Sahabat-sahabat yang menolong,hanya harapkan balasan dari Allah.Ada yang pendapatan tidaklah banyak mana,tetapi sanggup menyumbang separuh gaji bulanan mereka.Aku yang tidak ada talian darah daging pun,mereka menyumbang dengan menutup mata sahaja.Nikmat apa lagi aku perlu persoalkan berada di dalam jemaah Islam seperti ini.


Suasana awal ketika menyertai amatlah berbeza seperti sekarang.Usrah kami boleh mencecah sehingga 30 orang,tetapi sekarang sudah dikira ramai 15 orang.Mungkin kerana awal aku menyertai dahulu,suasana kemenangan sangat terasa.

Walaupun usrah kami agak santai,tetapi dengan usrah baru aku tahu nilai sebuah ukhwah persahabatan.Bagaimana rasanya apabila anak sahabat yang sakit,kita yang merasa risau.Sahabat mencari kerja,kita yang menyiapkan resume.


Aku tidaklah dibesarkan dengan suasana Islamik,walaupun keluarga aku hanya tahu mengungkit kami keturunan ulama'.Tidak keterlaluan rasanya kalau aku katakan sahabat-sahabat di dalam jemaah ini lebih dari abang-abang aku.Mungkin usrah kami tidak sehebat usrah Hassan Al-Banna,yang mengenal setiap selipar sahabat masing-masing.Tetapi sekurang-kurangnya dengan usrah kami ini,kami tahu perangai masing-masing.


Manisnya kopi ,tidak akan tahu jika tidak diminum.Manisnya perjuangan,tidak akan nikmat tanpa dilalui






Isnin, 9 Julai 2012

Mossad Membentuk Operasi Mengawal Mursi

Badan Perisikan Israel, Mossad, akan membentuk Operasi Bulan Sabit Hijau 2012 untuk mengawasi seluruh gerak-geri Presiden Mesir Muhammad Mursi. Dari makanan, minuman, jumlah jam tangan, perilaku tidur, bangun, di mana duduk, tidur, siapa kawan-kawan dekatnya, ciri-ciri organ fizikalnya, emosional atau tidak, pada bila-bila marah, ketawa, senang, dan sebagainya, jadi fokus Mossad.Tak hanya itu, bahkan masa kanak-kanak sang presiden, pertumbuhannya, kerabatnya, pengetahuannya, jirannya, jenis handphone yang digunakan-apakah jurutera keselamatan istana membuat keselamatan bagi telefon presiden dari Ikhwanul Muslimin (IM) ini-termasuk meneliti secara detail setiap pertemuan dan tempat tinggal Mursi . Unit Operasi dan Rekrutmen Agensi di Mossad sudah menyiapkan file Muhammad Mursi.

Selama ini unit ini bertanggungjawab melakukan operasi mata-mata di seluruh negara dunia dengan pelbagai biro dan kedok yang menggunakan nama hubungan diplomasi tidak rasmi. Rencana di atas bukan hanya mengawasi Mursi peribadi tetapi juga pasukan kerja politiknya di samping akan merekrut warga Mesir yang punya pengaruh dan dekat presiden untuk memberikan maklumat yang boleh disadap.Operasi ini mempunyai target berikut:
Seawal mungkin menghimpun maklumat demi melakukan rencana pendekatan atau kerjasama dengan Mesir di bawah kekuasaan Mursi dan gerakan Hamas Palestin.
    
     Tingkat keseriusan kementerian luar negeri Mesir dalam meluluskan Mursi mengembalikan hubungan Mesir-Iran hingga pada peringkat diplomasi peringkat tinggi.
    
     Mengawasi perkembangan hubungan Mesir dengan Turki.
    
     Memastikan detail rencana Mursi dalam mencipta perubahan struktur pemerintahan politik dan ekonomi.
    
     Mencari maklumat tentang pola hubungan istana presiden dan Dewan Tentera Mesir dan seperti apa perjanjian antara presiden dan tentera dalam pembahagian peranan, terutama berkaitan keputusan kecemasan yang berpengaruh kepada keamanan dan keselamatan Israel. Baik dalam rangka persiapan perang ke depan ataupun tekanan diplomasi antarabangsa terhadap negara Arab agar memaksa Israel menerima langkah meralat kesepakatan Camp David.
 
Unit ini dicadangkan akan bekerja dengan pusatnya di Paris. Ikut dalam membuat operasi khas ini Matsada yang selama ini mempunyai tugas dalam melakukan pembunuhan fizikal terhadap tokoh-tokoh tertentu yang dianggap mengancam keselamatan Israel, operasi pemusnahan dan perang spikis.Mereka ditugasi untuk membuat senarai beberapa orang Mesir yang dianggap mempunyai pengaruh terhadap politik yang ditempuh oleh Mursi.

http://static.arrahmah.net/images/stories/2012/07/Israel-Mossad-logo-jpeg.image_.jpg
Untuk memudahkan operasi ini, telah dibentuk 15 biro dengan tugas baru di kawasan geografi yang bertujuan membidik kedubes-kedubes dan konsulat Mesir di Amerika, Kanada, Negara Eropah Barat, Amerika Latin, Moscow, China, Afrika, dan negara Arab Magribi (Maghribi, Algeria dan Tunis), Libya, Iraq, Jordan, Syria, dan khususnya Iran. Israel menilai hubungan dengan Iran akan mengancam strategi Israel.
 
Untuk operasi 'projek' ini, Mossad akan memberikan kemudahan teknologi komunikasi super canggih. Yaah ... secanggih apapun musuh-musuh Allah itu punya rencana, sesungguhnya makar (rencana jahat) mereka itu tak ada apa-apa berbanding ke-MahaKuasaan Allah!
 
 

Selasa, 3 Julai 2012

PM Israel Hantar Surat Kepada Mursi

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menghantar surat pada presiden terpilih Mesir, Mohammer Mursi, mendesaknya untuk menjunjung tinggi perjanjian damai yang telah dipersetujui kedua-dua negara, sebuah sumber menuturkan pada AFP hari Ahad (1/7/2012).

Surat yang dilaporkan pertama kali oleh harian Israel, Haaretz, edisi Minggu pagi (1/7) "menekankan keinginan Israel untuk meneruskan kerja sama dan untuk menguatkan perdamaian."


Surat itu dihantar beberapa hari yang lalu, sumber menambah. Haaretz melaporkan bahawa surat itu dihantar pada Mursi melalui kedutaan Israel yang ada di Kaherah.

Surat khabar itu mengatakan surat itu pun berisi ucapan selamat pada Mursi atas pemilihannya, tawaran kerjasama dengan kerajaan baru di Kaherah dan menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak akan melihat perjanjian damai Mesir-Israel.

Netanyahu menekankan bahawa menghormati perjanjian tersebut adalah demi kepentingan kedua-dua negara, tambah akhbar itu, dengan mengatakan perdana menteri Israel juga berharap agar Mursi beruntung dalam menjalani peranan barunya.

Haaretz mengatakan para pegawai Israel, setelah berunding dengan Washington, telah memutuskan untuk menunda usaha untuk menghubungi Mursi, tapi pemimpin Israel sendiri telah menghantar seorang utusan untuk melakukan pertemuan dengan para pegawai keselamatan Mesir.

Isi surat Netanyahu tersebut banyak yang diulang dari isi kenyataan yang dibuatnya secara awam setelah Mursi secara rasmi dinyatakan sebagai pemenang pilihan raya pertama Mesir pasca-pemberontakan.

"Israel menghargai proses demokrasi di Mesir dan menghormati keputusan pilihan raya presiden," katanya dalam satu kenyataan pada saat itu.


"Israel berharap untuk meneruskan kerjasama dengan kerajaan Mesir atas dasar perjanjian damai," yang telah ditandatangani kedua-dua negara pada 1979.

Israel telah memfokuskan perhatiannya secara sungguh-sungguh saat Ikhwanul Muslimin memperoleh kekuatan meningkat pasca-pemberontakan Mesir, kerana negara Zionis itu bimbang tentang masa depan mereka berkaitan dengan perjanjian yang tak lebih dari legalisasi penjajahan Israel terhadap tanah-tanah kaum Muslimin di Palestin.

Khamis, 28 Jun 2012

Media Iran Berbohong Atas Nama Morsi

 MEDIA IRAN BERBOHONG?

Beberapa hari selepas kemenangan Dr.Muhammad Mursi, media-media di Iran menimbulkan hubungan Iran-Mesir dan melaporkan kononnya Dr.Muhammad Mursi ketika diwawancara oleh Agensi Berita Iran beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumum melaporkan:

"Beliau (Mursi) ingin mengukuhkan hubungan dengan Iran bagi memastikan tercipta keseimbangan strategik di rantau ini."

Walau bagaimanapun, jurucakap media bagi Kempen Dr.Muhammad, Farid As-Sayyid menafikan kalam yang disandarkan kepada Mursi bahkan menafikan Mursi pernah diwawancara oleh mana-mana agensi berita negara Iran!

Sayyid berkata, "Sebagai jurucakap media beliau, saya pastikan tidak pernah berlaku mana-mana pertemuan dan wawancara bersama media Iran sebelum kemenangannya. Akan tetapi di luar pengetahuan kami jika ia berlaku selepas kemenangan."

Kita masih percaya dan yakin tidak semudah itu Dr.Mursi akan menjalinkan hubungan dengan Iran setelah pendirian Iran yang terang-terang menyokong rejim Basyar. Kita masih berpegang dengan kenyataan beliau sebelum ini:

"Saya selama-lamanya tidak akan bertemu Duta Iran kecuali setelah Iran mengubah pendirian terhadap rakyat Syria dan KAMI BERSAMA RAKYAT SYRIA."

Adakah ini bermakna media Iran berbohong? -sumber FB Abdul Malik-

Isnin, 25 Jun 2012

Parti Liberal Mesir Pertikai Keputusan Pilihanraya

 Parti-parti politik liberal Mesir mengatakan AS sedang mencuba untuk mempengaruhi hasil pemilihan presiden pertama negara itu pasca hengkangnya Hosni Mubarak dan mereka ingin Washington untuk berhenti campur tangan. Parti-parti liberal juga menuduh Ikhwanul Muslimin melakukan "penyelewengan" revolusi.

 Pernyataan tegas oleh blok partai liberal di parlimen pada hari Sabtu (23/6/2012) ini datang saat berlangsungnya ketegangan mengenai sengketa hasil pemilihan presiden antara dua calon, dari kubu Ikhwanul Muslimin, dan seorang politisi dari era Mubarak. Kedua kempen telah mengisytiharkan kemenangan dan komisi pemilihan telah menunda mengeluarkan hasil rasmi.

 Parti-parti liberal menuduh Amerika Syarikat menekan dewan militer yang berkuasa untuk menyerahkan kekuasaan kepada Ikhwan.

Pada hari Rabu, Menteri Luar Negeri AS Hillary Rodham Clinton menuntut agar militer "mendukung transisi demokrasi."


Calon Ikhwanul Muslimin ,Dr. Morsi diumumkan secara rasmi sebagai presiden dengan undian
52% pada jam 9malam waktu Malaysia tadi...

klik!!