sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Ahad, 21 Disember 2008

Asy-Syahid Abdullah Azzam:Pejuang Yang Disegani 2


Selepas saja peristiwa hitam itu berlaku,asy-syahid mengumpulkan pemuda-pemuda untuk melancarkan jihad ke atas Yahudi.Di samping itu juga,asy-syahid berusaha melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar sehingga memperolehi ijazah Sarjana Usul Fiqh.Selepas itu beliau bertugas sebagai pensyarah kuliah Syariah Universiti Jordan pada tahun 1970.Beliau juga dianugerahkan kedoktoran PhD tingkatan As-Syaraf  yang diterimanya dari Universiti Al-Azhar.Ketika belajar di Mesir,beliau mengadakan hubungan dengan keluarga Qutb.Ketika itulah beliau mendapat lebih terperinci mengenai perjuangan dan fikrah Syed Qutb.Pada tahun 1980 beliau dipecat dari tugasnya sebagai pensyarah di Universiti Jordan kerana telah mentarbiyah beratus-ratus pemuda dengan tarbiyah Islamiyyah dan membangkitkan perasaan benci terhadap Yahudi.Beliau juga digelar 'Syed Qutb Jordan' kerana beliau menyebarkan fikrah Syed Qutb walaupun ditekan kerajaan Jordan yang mengikut telnjuk kuffar.

Akhirnya beliau tidak dapt lagi meneruskan jihadnya di Palestin kerana kerajaan Jordan menutup sempadan Jordan-Palestin.Asy-Syahid bersama keluarganya berhijrah ke Arab Saudi dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Al Malik Abdul Aziz,Jeddah pada tahun 1981.Disebabkan kemewahan hidup di sana membuat beliau kemudiannya memohon untuk bertugas di Universiti Islam Antarabangsa(IIU) di Islamabad,Pakistan kerana kedudukannya dengan bumi jihad Afghanistan menjadi dekat.

Di sana Asy-Syahid cuba berhubung dengan pimpinan mujahidin Afghan untuk mengetahui perkembangan jihad di sana.Beliau merasakan tugasnya sebagai pensyarah telah memendekkan masa berjihad oleh itu beliau mengumpulkan semua jadual dalam masa seminggu kepada tiga hari kemudian dipendekkan menjadi dua hari dan akhirnya pada 1984 beliau memohon untuk berhenti sebagai pensyarah dan menuju ke Peshawar untuk melakukan tugas-tugas jihad sepenuh masa.Beliau selalu menyebarkan fikrah jihad ke negara-negara asing dan menyeru umat Islam supaya memberikan sumbangan sekadar yang termampu.Beliau juga mengarang kitab-kitab  dan menerbitkan majalah-majalah untuk tujuan sama.Hasilnya beribu-ribu pemuda Islam dari luar Afghanistan menyertai jihad di sana.

Perkara ini menggerunkan kuasa-kuasa kuffar Barat,Komunis dan juga kerajaan-kerajaan Sekular umat Islam.Perancangan demi perancangan diatur untuk membunuh tokoh ini.Pada tahun  1989,beliau dan dua orang anaknya Ibrahim dan Muhammad telah dibom ketika mereka dalam perjalanan ke masjid.Tamatla riwayat seorang tokoh Islam yang sangat dihormati.Ingatla bahawa orang yang mati syahid itu tidak akan mati di sisi Allah.

Tiada ulasan:

klik!!