Seorang lelaki Muslim asal Syria, yang tinggal di Jerman telah dijatuhi hukuman lima tahun penjara selepas mahkamah menghukumnya pada hari Khamis (22/3/2012) kerana menyebarkan tentang al-Qaeda dan kumpulan jihad lain di Internet, seperti yang dilansir spiegel.
Pihak berkuasa yakin Hussam S. memainkan peranan penting dalam menyebarkan usaha propaganda dalam bahasa Jerman tentang Jihad dan kumpulan-kumpulan Jihad Islam.
Sebuah mahkamah Jerman pada hari Khamis menghukum lima tahun penjara lelaki yang disyaki menyokong Al-Qaeda kerana mempromosikan Al-Qaeda - yang dianggap Barat sebagai organisasi "pengganas" Antarabangsa yang paling "berbahaya" bagi Barat - melalui media online.
Mahkamah daerah yang lebih tinggi di Koblenz, mencari Hussam S. bersalah atas 44 tuduhan penerbitan propaganda dalam talian untuk kumpulan jihad seperti al-Qaeda.
Lelaki kelahiran Syria itu, telah tinggal di Jerman sejak 1990. Baru-baru ini, ia berdaftar sebagai mahasiswa di salah satu universiti, tetapi ia telah ditahan di tahanan polis sejak Julai 2010. Jaksa Persekutuan Jerman telah menyeru hukuman lima setengah tahun terhadapnya.
Menurut dakwaan terhadap Hussam S., dia adalah salah satu yang paling bertanggung jawab atas propaganda jihad di Internet dalam bahasa Jerman. Jaksa mencatat, khususnya, bahawa Hussam dipercayai telah memposting video berkaitan seorang Amerika yang dihukum bunuh oleh Al-Qaeda.
"Video itu, tidak ada yang lebih mengerikan, bertujuan untuk mengelirukan tentera di Iraq," kata pendakwa persekutuan Jerman pada bulan Mac. Selain itu, pendakwa mengatakan mereka boleh membuktikan 44 kes di mana suspek telah menyebarluaskan dan mengomentari mesej teks, audio dan video, mempromosikan Jihad melawan non-Muslim. Sebahagian besar tulisan telah dibuat antara 2007 dan 2009, dan banyak termasuk berbahasa Jerman terjemahan dari mesej dan propaganda dari al-Qaeda.
Dalam mesej-mesej, Hussam S. menyatakan bahawa kaum Muslimin harus berinfak untuk Jihad atau menyertai Jihad bersama Al-Qaeda, dan kumpulan-kumpulan Jihad yang lain dan mencapai Syahid. Beberapa ceramah Syaikh Usamah bin Laden rahimahullah juga diterbitkan.
Jaksa mengatakan lelaki itu berusaha menampilkan dirinya sebagai pejuang media.
lebih kurang macam aku je ni,cuma aku kat malaysia...selamat skit
1 ulasan:
Assalamualaikum saudara,
Saudara pernah dengar ceramah Syeikh Imran Hosein mengenai akhir zaman dan bagaimana dajjal dan pengikutnya mempengaruhi umat manusia termasuk orang Islam melalui semua segi termasuk ekonomi? Banyak ceramahnya membuka minda kita. Mungkin saudara mendapat banyak manafaat dari menontonnya. Doa saya semoga saudara dapat menjadi salah seorang dari tentera Imam mahdi di akhir zaman kelak.Ameen
Catat Ulasan