Setelah gempar berita tentang konvoi bantuan diserang,mula lah satu dunia bersuara.Seperti tradisi biasa,pemimpin-pemimpin dunia mula mengecam tindakan Israel,termasuk Malaysia.Persoalannya sekarang,cukupkah pemimpin-pemimpin dunia ini hanya mengecam tanpa ada sebarang tindakan.
Kalau tengok di blog aku ini pun,sudah berapa kali Gaza diserang dalam masa setahun.Tapi negara mana yang berani mengambil tindakan,seperti menghantar tentera,sekat produk Israel bahkan masih ada yang mengadakan hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Semuanya hanya ambil cukup syarat sahaja,iaitu mengecam dan mengutuk.Sambil kutuk tu ada yang masih ambil penasihat dari yahudi juga.
Perkara yang dulu aku selalu tulis dalam blog,boikot.Kalau kita semua bersatu dalam hal ini,banyak syarikat yahudi boleh 'bungkus'.Sebagai contoh,baru-baru ini,Washington Post melaporkan bahawa 17 perusahaan milik yahudi terpaksa ditutup ekoran pemulauan barangan yahudi oleh penduduk Palestin.
Avi Alekiam yang merupakan pemilik dari tiga ratus perusahaan di kawasan perindustrian Mishor Adumim wilayah pendudukan Tebing Barat, mengakui bahawa kempen boikot warga Palestin membuat situasi perusahaannya tidak boleh bertahan, hingga beberapa perusahaannya terpaksa ditutup.
Ingat lagi bagaimana ketika kempen boikot Israel pada 2008 iaitu ketika Gaza diserang teruk,McD dan KFC terpaksa menurunkan harga,KFC terpaksa berkempen bahawa mereka ada menyumbang pada badan-badan kebajikan.Diorang terpaksa mengelabukan mata rakyat Malaysia yang syarikat KFC di sini tidak ada kena mengena dengan Israel.
Itu hanya kerana kesan boikot beberapa bulan sahaja,tapi sayang semangat rakyat Malaysia hanya sehangat taik kucing aku.Kemudian ramai semula di KFC dan McD.Bahkan,ada yang bersama sama dengan aku ketika berkempen itu juga kembali meneguk 100plus dan membeli barangan yang lain.
Kalau kita nak harapkan pemimpin dunia sekarang ini memang payah la,jadi tindakan kita sekarang ini adalah boikot.Itu yang kita mampu sekarang ni.Nak harapkan korang gi berperang jauh sekali.
p/s:tambahan produk israel jarang orang tau
A&W
DOMINO PIZZA
SHAKEYS PIZZA
marry brown produk msia,mkn la puas2
3 ulasan:
agak2 kenapa org x nak boikot eh?
xde galakan dari pemimpin...tu sbb utamanya...
satu lagi iman kurang kot.. tak reti nak tahan diri dari beli semua tu.. ada tu yang hangat2 taik ayam je... masa isu palestin diwara2kan.. masa tu je dia semangat... macam TAIK ler... panas kejap je.. lps tu balik asal...
Catat Ulasan