sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Rabu, 30 Jun 2010

HUKUMAN TERHADAP M.JIBRIL HANYA UNSUR POLITIK


Sidang akhir yang dihadapi pemilik dan pengasas Ar Rahmah Media, M. Jibriel telah disempurnakan, dalam sidang tersebut hakim menjatuhkan hukuman M. Jibriel 5 tahun penjara, sungguh ironis!

Sepanjang persidangan perbicaraan kes ini,seluruh saksi yang hadir daripada pendakwa raya ataupun tertuduh,tidak ada satu pun yang betul-betul memihak pihak pendakwa raya.Bahkan Amir Abdillah yang disebut sebut kunci utama pendakwa raya,hanya mengatakan beliau tidak mengenali M.Jibril juga tidak pernah melihat pertemuan M.Jibril bersama Nordin Mat Top.

Lalu jika tidak terbukti M. Jibriel terlibat dengan aksi "terorisme" yang dituduhkan kepadanya yang membuat dirinya ditangkap dengan brutal, mengapa hakim tetap menjatuhkan hukuman semacam itu?

Di awal M. Jibriel dituduh sebagai penyandang dana dan terlibat dalam pengeboman di hotel JW. Marriot dan Ritz Carlton pada tahun lalu, setelah tuduhan ini tak terbukti, pendakwa raya membuat tuduhan lain iaitu menyembunyikan informasi terorisme, sungguh aneh!

Pihak pendakwa raya sengaja menjatuhkan hukuman itu supaya memperlihatkan bahawa M.Jibril benar-benar teroris.Perjuangan belum tamat,keluarga dan penyokong M.Jibril akan berusaha dengan apa cara sekalipun bagi membebaskan beliau dari kezaliman pihak pemerintah.

Bagi M.Jibril,hukuman penjara 5tahun bukanlah sesuatu hukuman yang berat.Walaupun ditembak mati pun beliau sanggup kalau hanya kerana memperjuangkan Islam,tapi ini merupakan satu kezaliman pada beliau.

Kesalahan" M. Jibriel di mata negara ini adalah ia menjadi pemilik dan pengasas sebuah media yang sangat berpihak kepada kaum Muslim dan para mujahidin di penjuru dunia serta menjadi media yang selalu meyuarakan kebenaran dan mengnentang propaganda yang disebar untuk menjatuhkan Islam!

Kemenangan akan tiba pada saatnya, jika tidak didunia, maka diakhirat, di mahkamah Allah. Semua manusia dzolim yang terlibat komplot ini akan mendapatkan yang setimpal dari al-Khaliq. Allahuakbar!

Tiada ulasan:

klik!!