sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Khamis, 28 Julai 2011

Palestin,Tidak Bermusim Mengingatinya...

Aku terbaca satu artikel sahabat aku di blognya Kabilah Merdeka,hairan aku melihat tajuknya (Macam Musim Durian)..Dia menulis tentang penulis-penulis blog yang dulunya hebat bercakap tentang saudara kita di Palestin kini sudah semakin melupakan tanah umat Islam itu.

Mudah-mudahan aku bukanlah salah satu dari yang berbuat demikian.Setiap bangun pagi aku akan cuba mengambil tahu tentang keadaan semasa umat Islam,terutamanya di Palestin itu.Aku berusaha menyedarkan sahabat-sahabat aku tentang Palestin.

Walau kadang-kadang disindir aku,disebabkan terlalu mengambil tahu tentang masalah luar,dan sangat membenci Yahudi.Tapi itulah manusia,walau berada dalam jemaah Islam pun perkara seperti ini tidak dapat dielakkan.Sudah menjadi wiridku untuk bercakap tentang boikot,pesanan yang pernah disampaikan oleh ramai pejuang seperti Hassan Al-Banna,Abdullah Azzam,tapi apa daya aku untuk sahabat-sahabat aku.

Ilmu ku bukanlah tinggi,apa lagi pengalaman hidup aku.Tiada satu pun dari aku ini yang dapat yakinkan mereka untuk ambil peduli saudara di sana.Mungkin berjaya Yahudi memecahkan kesatuan umat Islam dengan membuat sempadan geografi,bukan sahaja negara malah hati-hati umat Islam.

Berapa ramai yang sudah terlupa tentang masalah umat Islam di luar,adalah masalah seluruh muslimin di dunia???

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak bosan ke cakap benda sama? sikit2 post pasal ni..

Pejuang Muda berkata...

terserah pada tuan la untuk bosan,sy juga sudah bosan melihat umat islam tidak sedar masalah saudara sendiri....

Tanpa Nama berkata...

bukan begitu maksud ana,,, cuma sebagai daie.. enta sepatutnya lebih mengerti..
takkan la sekadar post sahaja, guna cara lain.. buat cerita pasal pejuangan palestin ke... seorang syabab palestin yang berjuang demi mempertahankan negaranya... tentu lebih menyentuh,.. apatahlagi kalau wujud watak dalam cerita tu.. tak terasa nak buat?

boleh jugak buat video, letak gambar2 menyayat hati, sambil diiringi lagu untuk palestin..

lagipun, ana tengok, post enta ni sinis, kadang2 tak semua orang boleh terima teguran sinis..
ayat enta yang balik ana terkesan "Jika perkara ini pun susah kita lakukan,bayangkan apabila dajjal yang menguasai sumber makanan kita nanti..Dapatkah kita bersama golongan yang beriman???"

satu lagi.. tulisan blog ni.. kecik sangat,harap enta boleh terima teguran dengan hati terbuka..

Tanpa Nama berkata...

wujud watak muslimat palestin*

memang suka kenyataan tu.. sungguh terkesan..

Pejuang Muda berkata...

disebabkan kemahiran ana yang terbatas,ini lah yang mampu ana beri..apa pun terima kasih dan ana akan cuba buat benda tu...anta tny mula2 mcm nk cari pasl je...

Pejuang Muda berkata...

lagi psl sinis tu,kalau anta kata xsmua suka teguran sinis,xsmua jugak berkesan dengan teguran lembut..

Tanpa Nama berkata...

selamat berjaya... bi taufik wannajah! insyaAllah!

Pejuang Muda berkata...

maaf,kalau xde masalah bleh bgtau sape ni??plg kurang bgtau la nick...

Tanpa Nama berkata...

pngil je ana radiohead..
salam ukhuwah....

klik!!