sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Ahad, 25 Januari 2009

Obama Mahu 'Sekat' Hamas????

Dlm surah al-Baqarah ayat 120 ade menyebut tentang yahudi dan nasrani tidak akan reda dengan orang Islam (yang sebenar-benarnya islam).Pada kali pertama aku bertazkirah ketika usrah pemuda aku sudah menyebut tentang ayat ini dan aku cuba kaitkan dengan Barack Husein Obama.Aku cakap dalam tazkirah tu ramai orang Islam gembira bila Obama dipilih menjadi presiden Amerika.Ada yang dah merasa selesa bila Obama dah menang seolah-olah kita dah tak payah berjuang lagi.Sebelum dipilih menjadi presiden lagi dia sudah menunjukkan perangai jahatnya itu.Dia dah cakap awal-awal dah yang di juga mengiktiraf Hamas sebagai pengganas,Taliban sebagai pengganas.Dia jugak pernah cakap sesape yang memusuhi Israel bermakna memusuhi Amerika.Masih ade lagi ke orang Islam yang berharap kepada dia?Baru sahaja dia menjadi presiden Amerika yang baru dia sudah meminta Riyadh menyekat penyeludupan senjata ke Hamas.Betapa teruknya perangai presiden baru ini.Aku berharap sangat janganla ade lagi orang Islam yang berharap dengan Obama ni.

Rabu, 21 Januari 2009

Teguran Yang Tidak Berguna

Hari tu aku pergi kuala terengganu sebagai unit amal.Aku jaga tempat yang ade seorang exco dari negeri pr.Aku ingat ok je la hari tu pasal penampilan aku memang tak macam unit amal lain,rambut panjang.Hari usrah aku dipanggil oleh orang2 kuat pemuda kawasan aku.Diorang bagi pilihan kat aku sama ada potong rambut atau stop dulu unit amal.Tanpa berfikir panjang aku pilih no2.Aku teringat antara rukun unit amal ialah Rasul ikutan kami,perlu diorang suruh aku potong rambut yang ade perbezaan pendapat mengatakan sunnah.Bagaimana anak muda yang lain nak join kalau bab furu' pun diorang tak boleh berlembut.Kalau kita tengok sirah bagaimana pengharaman arak sedikit demi sedikit.Itu benda haram tapi yang bab cabang tak payahla pasal benda skit nanti makin ramai keluar unit amal.Aku rasa kalau aku rambut pendek nanti pun malas nak masuk balik unit amal.Mungkin ade yang akan kata aku hanya guna sunnah sebagai alasan saja tapi memang aku suka simpan rambut panjang lepas aku tau dan antara sebabnya ialah aku boleh bagitau orang bila aku lengkap jubah berserban lepas tu  orang tanya aku.Sebab banyak sunnah sudah semakin dilupakan.Memang betul menyerupai wanita itu haram tapi adakah setiap kali rambut panjang menyerupai wanita??!!

Rabu, 14 Januari 2009

Boikot Yahudi Sampai Bungkus!!!!!!!!!!!!!!




Tak perlulah aku tulis panjang-panjang pasal benda ni sebab sebelum ni pun aku dah tulis.Kalau korang tak mampu gi berperang,ni la sumbangan korang boleh buat.Jangan nak bagi alasan bodoh macam kesian pekerja islam,di miliki orang malaysia atau ape-ape yang bodoh.

http://www.inminds.com/boycott-israel.html

Sabtu, 10 Januari 2009

Apakah Sebenarnya Yang Berlaku Di Gaza






Kekalahan Fatah(UMNO Palestin) pimpinan Mahmoud Abbas dalam pilihanraya pertama di Palestin pada Januari 2006 sebenarnya memberi tamparan hebat kepada rejim Zionis dan AS.Dengan bantuan yang diberi termasuklah sumber kewangan,ketenteraan,dan kebendaan mereka mengharapkan Mahmoud Abbas dan Fatah boleh menang dalam pilihanraya itu.

Seterusnya mereka juga mengharapkan Mahmoud Abbas dapat mendirikan sebuah negara sekular di Palestin dan menurut segala kemahuan Zionis.Hamas merupakan satu parti yang memperjuangkan Islam di Palestin.Kemenangan Hamas memberi satu tamparan hebat ke atas Israel Dan Amerika walaupun dua negara zionis itu telah menubuhkan sebuah kerajaan pakatan dengan Fatah.Mereka tidak dapat menerima sebuah negara Islam yang akan dibentuk dan membebaskan Masjid Al-Aqsa oleh Hamas.

Rejim Zionis telah mengatur pelbagai strategi untuk melumpuhkan kerajaan Hamas dan memadamkan api jihad dibumi Palestin dari 2006 hingga 2008 sehinggalah tamat truce pada 19 Disember yang lepas.Walaupun tempoh ini terdapat pelbagai perjanjian damai,tetapi tujuan sebenarnya ialah untuk mengembalikan pimpinan Mahmud Abbas dan ingin mendapatkan sokongan antarabangsa terutama sekali negara Islam harapan palsu tentang kedamaian.

Selepas kemenangan Hamas(Januari 2006),segala usaha untuk memberi tekanan kepada Hamas dan pengikutnya telah bermula.Dengan adanya tembok pemisah yang dibina oleh Ariel Sharon telah memudahkan segala usaha jahat ini.Penduduk Palestin semakin menderita kerana pergerakan keluar masuk melalui tembik itu semakin sukar.Sepertimana yang disebut oleh Jimmy Carter(bekas President AS)bahawa rakyat Palestin telah menjadi pelarian dan banduan di negara mereka sendiri akibat tembok itu.

Apabila Gilad Shalit,seorang tentera IDF(Israeli Defend Force)ditawan(tetapi mereka mengatakan dia diculik) oleh pejuang Islam pada Jun 2006,gelombang kezaliamn rejim Zioniskembali melanda penduduk Palestin.Antara tindakan rejim Zionis ialah membunuh,memusnahkan rumah,bangunan dan harta benda hanya kerana seorang rakyat Israel.

Kerajaan Hamas/Fatah tidak bertahan lama apabila Mahmud Abbas keluar dari pakatan ini pada bulan Jub 2007,tetapi Hamas dituduh merampas kuasa  tetapi sebenarnya memang Hamas ialah pemerintah sebenar yang sah.Akibatnya kerajaan telah berpecah dua.Fatah di Tebing Barat dan Hamas di Gaza.Oleh sebab itulah rejim Zionis terus menyerang Gaza.

Tindakan Israel itu jelas bertujuan untuk menggulingkan Hamas melalui kaedah "collective punishment" yang diharamkan hak asasi manusia.Antara tindakan rejim itu ialah melancarkan pencerobohan,membunuh,merosak harta benda dan membuat kepuangan Gaza Siege.Gaza ditutup untuk menyekat semua bahan-bahan keperluan asas seperti makanan,ubat-ubatan dan keperluan lain.Dalam tahun yang sama November 2007,Mahmud Abbas telah menandatangani satu perjanjian damai di antara Ehid Olmert dan George W.Bush.

Hujung Januari 2008,Hamas telah meletupkan Gaza Siege berdekatan dengan Rafah yang dilakukan untuk menyelamatkan 1.5 juta penduduk di Gaza.Gaza gelap gelita,hospital berhenti beroperasi dan semua kegiatan ekonomi lumpuh kerana rejim Zionis telah menyekat bahanapi di Gaza.Statistik menunjukkan 77% penduduk sangat memerlukan dengan segera bantuan kemanusiaan.Dalam tempoh ini,pejuang Islam masih mampu memberi serangan balas ke atas Israel.Israel melihat mereka tidak mampu mengalahkan Hamas.Tekanan antarabangsa dan pengaruh Hamas dikalangan penduduk Palestin memaksa Israel menerima Hamas untuk menjadi rakan-runding dalam perjanjian sementara yang dipanggil truce dan Mesir menjadi orang tengah dalam perjanjian ini.Dalam perjanjian ini,kedua-dua pihak memberhentikan serangan supaya dapat meneruskan perjanjian yang utama ini.Hamas mematuhi perjanjian ini dengan syarat menamatkan semua sekatan ekonomi dan semua pencerobohan pada 19 Jun 2008.

Hamas memberi masa 6 bulan untuk Israel mematuhi perjanjian ini.Pada 19 Disember 2008 Hamas mengisytiharkan tempoh 6bulan telah tamat dan tidak akan menyambung lagi.Truce ini gagal mencapai matlamatnya.Rejim Zionis masih lagi meneruskan sekatan dan kepungan di Gaza.Sepanjang tempoh 6 bulan yang diberi oleh Hamas seramai 49 rakyat terbunuh termasuk 7 kanak-kanak.Mereka melakukan 185 kali serangan manakala tentera Al-Qasam170 kali.Oleh itu,siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab menyebabkan truce ini berakhir???????

Jumaat, 2 Januari 2009

X.P.D.C Dakwah Di Taman Tasik Titiwangsa

Pada malam tahun baru semalam unit amal,pelajar2,dan pemuda-pemuda pas wilayah melakukan X.P.D.C dakwah di Tmn Tasik Titiwangsa.Kehadiran agak memuaskan,lebih kurang 300 orang lebih.Berdasarkan apa yang aku nampak lebih ramai orang dan berdakwah dari yang nak didakwah.Ikut maklumat yang aku dapat tahun ni kali pertama buat di Tasik Titiwangsa.Sebelum ni mesti buat kat KLCC atau Dataran Merdeka.Aku sebagai unit amal bertugas untuk menjaga keselamatan diorang.Mula-mula tu aku dengan seorang sahabat aku jaga 21 orang.Lepas tu diorang berpecah-pecah aku sorang je jaga 8orang muslimat.Teruji keimanan aku,hehehehe.Lebih kurang 1:00 pagi kitorang berkumpul balik untuk pulang.Aku dengar pun rasa lega la sebab kaki dah lenguh jaga diorang.Lepas tu pelajar2 yang nak pergi pejabat agung PAS tak cukup kenderaan.Ingat nak larikan diri dari jaga keselamatan diorang lagi.Lepas tu aku dipanggil timb. pengarah unit amal.Aku dah boleh agak apa yang dia nak suruh aku buat.Aku jadi leader untuk pejalan kaki ke pejabat agung PAS.Tapi ade rasa bangga la jugak.Diorang tak tau umur aku berapa,main panggil aku abang je.Sampai je kat pejabat agung rasa nak kena urut je kaki ni.Aku sampai rumah pukul 4:30 pagi

klik!!