sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Rabu, 5 Mei 2010

ITALI MENGENAKAN DENDA BAGI MUSLIMAH YANG MEMAKAI PURDAH


Setelah Perancis,Ukrain dan beberapa negara eropah lain membuat undang-undang yang menindas kaum muslimah,kini Itali juga membuat perkara yang sama.Polis Itali telah mendenda seorang wanita di kota Novara.

Denda sebanyak $ 650 itu menjadi kes pertama yang melibatkan undang-undang itu."Pihak berkuasa membuat keputusan pada Januari yang lalu dan melarang pemakaian burqa di tempat umum dan sekitarnya," kata Mauro Franzinelli ,ketua polis Novara.

Keputusan ini didakwa sejalan dengan hukum yang diterapkan di Itali sejak tahun 1975 yang melarang rakyatnya menutupi wajah mereka di tempat umum - apakah itu dengan niqab maupun helmet.

Seorang muslimah kelahiran Tunisia menjadi korban undang-undang rasis tersebut saat meletakkan keretanya di hadapan pejabat pos.Suaminya cuba menghalang polis lelaki dari menggeledah isterinya.

Insiden mengenai pelarangan niqab ini datang beberapa hari setelah parlimen Beligium pula memutuskan perkara yang sama.

Tiada ulasan:

klik!!