sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Isnin, 22 Oktober 2012

Penghina Islam:Di Mana Mereka Yang Berkuasa?

Rasanya ini bukan pertama kali kita mendengar penghinaan orang-orang 'besar' negara terhadap Islam.Penghinaan terhadap hukum Islam,terhadap sunnah Rasulullah sudah acap kali kita dengar dari mulut-mulut mereka yang bencikan nur Islam berkembang,tidak terkecuali ia juga keluar dari mulut yang mengaku Islam,dan disanjung sebagai pemimpin Islam yang hebat di luar negara.

Minggu ini,pelbagai tomahan terhadap hukum Islam dilempar dari Parti MCA.Dakwaan Chua Soi Lek yang hanya bersandarkan sms mengatakan 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan adalah dakwaan yang bodoh dari pemikiran yang sempit.

Adakah memang sungguh ramai pencuri di Malaysia ini yang layak dikenakan hudud?Bagaimana pula dengan pencuri RM20 untuk membeli susu anak dipenjara 3 tahun?Terjaminkah keluarganya selepas itu?Belum lagi dikira kos kerajaan yang perlu dikeluarkan untuk menanggung banduan-banduan di dalam penjara (ayam pun tidak bertulang dihidangkan) .

Rasanya hudud ini semakin popular dibincang oleh golongan agama.Memang benar perlaksanaannya bukan hari ini mendapat kuasa,esok dilaksanakan hudud.Semuanya bermula dari pengukuhan ekonomi,dan pemahaman rakyat terhadap hukum tersebut,klik sini dan siniTetapi kesalahan utama kerajaan sekarang adalah kesemuanya mereka tidak lakukan.Ekonomi semakin hancur,rakyat Malaysia berbangga dengan Menara Berkembar tetapi hutang yang ditanggung untuk membayar menara tersebut masih belum habis dibayar.Rakyat pula dibodohkan tentang pandangan salah tentang hukuman sebenar hudud.

Mahathir sendiri beberapa kali memberi gambaran salah seperti mengatakan jika hukuman Islam dilaksanakan negara akan mundur,hukuman yang primitif.Jadi kesalahan sekarang terletak pada kerajaan yang memerintah sekarang,yang tidak ada usaha untuk melaksanakannya.

Persoalannya sekarang,di mana dia ketua-ketua agama yang sangat berkuasa di Malaysia ini??Di mana dia ketua agama,yang akan melenting bila dihina peribadi mereka yang jelas hancur akhlak mereka?Atau kamu semua hanya berani menentang 'ikan-ikan bilis',dan mereka yang berpengaruh ini adalah pembela-pembela kamu yang sentiasa menyuapkan kemewahan kepada kamu???

Tanggungjawab di pundak mereka.Mereka yang menghabiskan duit rakyat untuk kereta,untuk bermain golf dan perempuan semuanya dipersoalkan Allah nanti.Tidak hairan penjajah hanya meninngalkan mereka untuk dijadikan boneka.

Rabu, 3 Oktober 2012

Syiah Di Iran Semakin Berpecah...




 Syiah Iran mengalami krisis dalaman akibat perang di Syria. Iran telah menggelontorkan dana lebih dari 10 bilion dolar untuk mempertahankan kuasa anteknya rejim Nushairiyah Syria. Demikian harian Al-Quds Al-Arabi melaporkan pada Isnin (1/10/2012).

Tentera, polis dan perisikan rejim Syria telah gagal memenangi pertempuran melawan mujahidin Islam dan FSA. Sampai saat ini perang masih berkecamuk dan tentera rejim Syria terus mendapat tamparan hebat mujahidin Islam dan FSA. Hal itu menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman dalam tubuh rejim Syiah Iran terutama antara penasihat spiritual revolusi Iran, Ali Khamenei dan kepala agensi perisikan Jeneral Qasim Sulaimani.

Harian berbahasa Arab, Al-Quds Al-Arabi, pada mengutip dari sumber-sumber yang dekat dengan regim Syiah Iran bahawa kedua-dua tokoh itu ketika ini terlibat perselisihan tajam akibat kekalahan perang di Syria.

Jendral Qasim Sulaimani


Seorang pegawai Syria yang membelot ke pihak revolusi rakyat dan saat ini tinggal di negara Teluk menyebutkan bahawa rejim Iran membayar gaji tentera Syria sejak beberapa bulan yang terkini. Iran juga menghantar persenjataan dan logistik untuk tentera Syria.

Jeneral Qasim Sulaimani memimpin langsung pasukan khusus Iran brigade Al-Quds dalam perang di Syria. Setahun yang lalu Sulaimani meyakinkan pemimpin spiritual tertingi Iran Khamenei bahawa pasukannya akan mampu menghadapi revolusi Syria dan memberangus para pejuang Islam di Syria.

klik!!