sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Rabu, 24 Mac 2010

Mujahidin Afghanistan Tidak Akan Berbincang Soal Perdamaian Selagi....


Mujahidin tidak terlibat dengan perundingan damai puak "pemberontak" dan presiden Hamid Karzai.Mujahidin juga tidak akan terlibat dalam rundingan damai selagi pasukan Barat tidak keluar.

Beberapa hari yang lalu,Presiden telah mengadakan perbincangan dengan delegasi senior Hezb-I-Islami,yang merupakan kelompok yang keluar dari mujahidin dan menyokong pemerintah.Itu merupakan perjumpaan pertama mereka.Karzai menyatakan,beliau berjaya menarik para mujahidin,yang dirasanya sangat penting dalam agenda perang Washington.

Hezb-i-Islami membawa 15 perkara dalam rundingan damai itu termasuk seruan supaya penarikan tentera asing secepat mungkin tahun ini.Membelotnya Hezb-i-Islami kepada pemerintah,dijangka boleh mengimbangkan kekuasaan di wilayah sebelah timur dan timur laut negara tersebut.

Jurubicara mujahidin Afghanistan, Zabihullah Mujahid, mengatakan Imarah Islam Afghanistan tidak pernah mengubah pendiriannya: bahwa tidak ada perundingan yang dapat dilaksanakan sebelum pasukan asing undur.

"Imarah Islam memiliki sikap yang jelas. Kami telah mengatakan hal ini berkali-kali. Tidak akan ada pembicaraan bila masih ada pasukan asing di tanah Afghanistan dan membunuhi warga Afghanistan yang tidak berdosa setiap harinya," kata Mujahid.

Tiada ulasan:

klik!!