sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Rabu, 17 Mac 2010

Seruan Intifadhah Di Yerusalem


Warga Palestin bangkit menentang pasukan 'keamanan' Israel di Yerusalem Timur dalam rusuhan yang terhebat pada tahun ini.Seorang pemimpin HAMAS,Mussa Abu Marzuk telah menyeru warga Palestin untuk menyertai intifadhah ini.

Seorang wakil dari AS telah menunda kedatangannya ke sana atas dasar keselamatannya.Polis menembak peserta demonstrasi dengan peluru getah dan telah menyembur gas pemedih mata terhadap mereka yang melemparkan batu dan membakar beberapa van di beberapa tempat.

Belasan warga Palestin telah dikejarkan ke hospital kerana patah tulang,cedera pada mata dan perut.Dan puluhan lain dirawat di situ juga oleh oleh layanan darurat Bulan Sabit Merah.Selain itu,pemberontakan warga Palestin berlaku juga di Shuafat dan beberapa bahagian lain.
Deputi Hamas Mussa Abu Marzuk menyerukan warga Palestina untuk melakukan pemberontakan (Intifadhah).

"Intifadhah kali ini harus diikuti oleh seluruh masyarakat Palestina," katanya kepada television Al-Jazeera. "Setiap warga Palestina harus bangkit ... melawan pendudukan pasukan Israel."

Di Jalur Gaza, Hamas beserta ribuan orang turun ke jalan, berteriak: "Dengan darah kami, dengan jiwa kami, kami berkorban untukmu, Yerusalem."

Sepanjang sejarahnya, Palestina telah menjadi saksi atas dua intifadhah melawan pemerintahan Israel di wilayah-wilayah pendudukan, yang pertama terjadi pada tahun 1987 dan yang kedua pada tahun 2000 dan ini merupakan yang ketiga.

Perlawanan besar kedua, yang dikenal sebagai Intifadhah Al-Aqsa, memperlihatkan aksi syahid di dalam wilayah Israel dan serbuan militer Israel besar-besaran di Tebing Barat dan Jalur Gaza.


Kemarahan telah mengalami titik klimaks di tubuh rakyat Palestina terhadap pengumuman Israel mengenai rancangannya untuk membangun 1.600 unit perumahan baru untuk para pemukim Yahudi di Yerusalem timur.

Pembukaan kembali sinagoga Hurva di Yerusalem pada hari Senin semakin memacu ketegangan.Ramai rakyat Palestin melihat projek yang berdekatan Masjid Al-Aqsa itu sebagai satu serangan terhadap umat Islam di sana dalam rangka membina rumah ibadat Yahudi ke3.

Fatah juga hari ini juga satu suara mengencam tindakan Yahudi itu."Rumah ibadat ini akan menjadi awal dari kekerasan, fanatisme, dan ekstremisme agama, dan ini tidak terbatas pada ekstremis Yahudi, tapi juga meliputi anggota pemerintah Israel," kata Hatem Abdul Qader,salah seorang anggota Fatah.

Department Luar AS menuduh bahawa kenyataan para pegawai Palestin sebagai hasutan.Warga Palestin semakin geram saat polis telah membatasi ruangan mereka untuk masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa sejak jumaat lalu dan tentera Israel telah menutupi pintu perbatasan di Tebing Barat kerana khuatir rusuhan akan merebak ke luar.

Tiada ulasan:

klik!!