sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Jumaat, 2 Januari 2009

X.P.D.C Dakwah Di Taman Tasik Titiwangsa

Pada malam tahun baru semalam unit amal,pelajar2,dan pemuda-pemuda pas wilayah melakukan X.P.D.C dakwah di Tmn Tasik Titiwangsa.Kehadiran agak memuaskan,lebih kurang 300 orang lebih.Berdasarkan apa yang aku nampak lebih ramai orang dan berdakwah dari yang nak didakwah.Ikut maklumat yang aku dapat tahun ni kali pertama buat di Tasik Titiwangsa.Sebelum ni mesti buat kat KLCC atau Dataran Merdeka.Aku sebagai unit amal bertugas untuk menjaga keselamatan diorang.Mula-mula tu aku dengan seorang sahabat aku jaga 21 orang.Lepas tu diorang berpecah-pecah aku sorang je jaga 8orang muslimat.Teruji keimanan aku,hehehehe.Lebih kurang 1:00 pagi kitorang berkumpul balik untuk pulang.Aku dengar pun rasa lega la sebab kaki dah lenguh jaga diorang.Lepas tu pelajar2 yang nak pergi pejabat agung PAS tak cukup kenderaan.Ingat nak larikan diri dari jaga keselamatan diorang lagi.Lepas tu aku dipanggil timb. pengarah unit amal.Aku dah boleh agak apa yang dia nak suruh aku buat.Aku jadi leader untuk pejalan kaki ke pejabat agung PAS.Tapi ade rasa bangga la jugak.Diorang tak tau umur aku berapa,main panggil aku abang je.Sampai je kat pejabat agung rasa nak kena urut je kaki ni.Aku sampai rumah pukul 4:30 pagi

Tiada ulasan:

klik!!