sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Selasa, 20 Mac 2012

Taktik Kotor NATO,Menyamar Orang Awam Kemudian Tuduh Mujahidin Menyerang Awam

Sebuah rahsia taktik kotor dan biadab perang salib AS-NATO dan sekutu-sekutunya adalah bahawa apa yang sering diberitakan media-media Barat tentang "Taliban atau Al-Qaeda menyerang orang awam" adalah dusta, pada kenyataannya serangan Mujahidin Taliban adalah benar-benar ditujukan kepada pasukan NATO yang menyamar memandu kenderaan tak bertanda milik orang awam atau memakai pakaian layaknya seperti orang awam, yang telah diketahui oleh Pentagon.


Amalan kotor ini melanggar peraturan perang mereka sendiri, iaitu salah satu aturannya adalah para personel NATO harus berbeza dengan penduduk awam.
 
 Pada 19 Januari 2012, isu ini (Taliban menyerang orang awam) sekali lagi melejit di media-media Barat selepas seorang Mujahid Taliban melakukan operasi syahid dengan bom kereta yang membunuh tujuh "orang awam" di luar Lapangan Terbang Kandahar (KAF). Tetapi faktanya, dua saksimata mengatakan kepada Mirwais Khan dari Associated Press (AP) bahawa sebenarnya Mujahid Taliban itu memandu keretanya untuk membunuh personel tentera khusus AS yang keluar dari pangkalan lori pickup milik orang awam, yang menurut saksimata itu adalah hal yang biasa untuk pasukan salibis berada di pangkalan lori orang awam.
 
Berdasarkan ungkapan seorang veteran Advokasi Kanada, NATO telah membuat beberapa taktik kotor di Afghanistan (yang diketahui-red). Taktik pertama adalah operasi khusus, urusan awam dan anggota tentera beroperasi di Tim Rekonstruksi Wilayah yang mengamati kenderaan orang awam dan pakaian layaknya orang awam.  
 
Ketika soalan berkaitan ini diajukan kepada NATO, NATO hanya bertindak balas (1) Itu adalah sebuah keperluan tujuan untuk perlindungan dan (2) Itu adalah bantuan dalam perkumpulan perisikan. Hujah ini meskipun kemungkinan besar benar, tetapi pada peraturan perang mereka sendiri hal ini ditolak lebih dari seratus tahun lalu ketika peraturan perang pertama dirancang. Logik di sebalik peraturan itu adalah bahawa pasukan tentera tidak boleh bersembunyi di tengah-tengah orang awam. Dibawah undang-undang antarabangsa hal itu dinamakan "Prinsip atau Adat kebiasaan berbeza". Ertinya, pasukan tentera seharusnya berbeza dengan orang awam.
 
 Pada Disember 1944, Komando sekutu di Eropah menangkap 18 anggota tentera dari Brigade Panzer Otto Skorzeny, 150 Komando pasukan yang beroperasi di belakang garis perkumpulan perisikan AS selama serangan Ardennes. Mereka ditangkap kerana memakai pakaian seragam Amerika (meskipun mereka tidak terlibat dalam pertempuran dengan seragam tersebut), 18 anggota Otto Skorzeny itu diadili dan dihukum. Pihak pejabat sekutu ketika itu adalah bahawa tidak ada pengecualian bagi para anggota tentera perlu memakai pakaian mereka sendiri yang khas, dan sesiapa yang melanggar harus dihukum mati.
 
 Taktik kotor NATO yang kedua yang telah dilakukan di Afghanistan dan Pakistan adalah mengalihkan arah menjadi menyerang orang awam. Kerana kejayaan melawan Mujahidin Taliban sangat sedikit, fokus NATO telah dialihkan untuk menangkap atau membunuh warga awam yang disyaki termasuk simpatisan dan penyokong Taliban, bahkan kebanyakan mereka adalah yang tidak pernah memegang senjata. Persoalannya adalah kecurigaan NATO terhadap orang awam yang mereka tuduh termasuk penyokong dan simpatisan Taliban adalah tidak jelas dan tidak rasional. Kenyataannya, pasukan salibis NATO pimpinan AS menyerang sesiapa saja yang anti AS-NATO.
 
 Pada 16 Mac 2011, dua drone pembunuh CIA menembak sejumlah peluru berpandu di sebuah Jirga atau perkumpulan para ketua suku desa Datta Khel di Utara Waziristan, Pakistan. Serangan udara tersebut sekurang-kurangnya membunuh 40 para ketua suku dan melukai puluhan yang lain, termasuk anak-anak. Salah satu target terbesar adalah salah seorang lelaki tua yang diduga berkaitan dengan panglima tempatan Hafiz Gul Bahadur.
 
 Seorang pegawai kanan tentera AS, berbicara kepada AP, menolak bahawa korban yang terbunuh adalah orang awam dengan berkomentar bahawa yang terbunuh dan terluka (yang ternyata juga anak-anak) adalah para pegawai Mujahidin atau simpatisan Taliban. Pejabat salibis lain berbicara kepada Greg Miller dari Washington Post pada 18 Mac 2011, dengan tanpa perasaan menepis bahawa korban adalah orang awam dan seenaknya menyatakan "Ini adalah geng 'pengganas'".
 
 Sementara Jeneral Ashfaq Parves Keyani merespon fakta tentang korban dengan menyatakan, "Jirga para ketua, termasuk para manula yang disasarkan sembarangan dan tanpa perasaan dengan benar-benar mengabaikan kehidupan manusia."
 
 Belum lagi, kaum Muslimin yang diculik dan dipenjarakan di penjara-penjara sadis dibawah tuduhan yang tidak sah dan tidak pernah diadili. Intinya, NATO dan sekutu-sekutunya membunuh dan memenjarakan sesiapa sahaja yang menolak kuasa mereka, bahkan mereka juga menangkap para aktivis damai. Situasi yang lebih keji kerana Pentagon secara rasmi memerintahkan membunuh siapa saja yang disyaki (meski tidak terbukti) berkaitan dengan Mujahidin, atau pendukung, bahkan anak-anak yang belum mengerti apa-apa, sunggung tidak logik. Apa itu ertinya mereka juga akan membunuh orang-orang Amerika (yang kafir) yang simpati terhadap Taliban atau Al-Qaeda?!
 
 Masalah pengaburan target NATO adalah masalah yang membingungkan, jika NATO dan sekutu-sekutunya hanya mensasarkan orang-orang Taliban atau Al-Qaeda, para penyokong mereka atau simpatisan, apakah mereka (NATO) mengetahui dengan jelas siapa dan berapa jumlah para simpatisan "militan"? .
 
 Pada 5 April 2011, New York Times menerbitkan sebuah artikel yang ditulis oleh Rod Norland yang salah satu isi laporannya menyatakan bahawa di Afghanistan ada arus yang terpendam dari kegelisahan dan ketidakpuasan rakyat Afghan atas kehadiran pasukan asing. Intinya orang awam Afghan yang menentang NATO walaupun belum jelas pro Taliban atau Al-Qaeda, tetap menjadi sasaran pembunuhan dan penangkapan.
 
 Pentagon hanya menggambarkan konflik ini kepada dunia dengan paparan "baik" untuk Barat dan "buruk" untuk Taliban dan Al-Qaeda. Mereka (musuh) sebenarnya tidak peduli orang awam pro Taliban atau Al-Qaeda, yang penting bagi mereka adalah jika anti-Barat maka harus disingkirkan, dan tentunya kaum Muslimin lah yang dimaksudkan.
 
 Mengenai polisi NATO yang membenarkan para pasukan tenteranya menyamar dengan berpakaian seperti orang awam, yang bertujuan untuk menyelamatkan hidup para tentera Barat, menipu orang-orang di dunia bahawa ketika terjadi serangan Mujahidin yang menyasarkan pasukan mereka dan pada saat itu mereka berada di kawasan dan berpakaian warga awam, maka media-media Barat dan mereka yang berkiblat ke Barat akan berbondong-bondong menyalahkan Mujahidin dengan mengatakan "serangan militan membunuh orang awam" "bom bunuh diri menyasarkan orang awam" dan kata-kata dusta yang lain.
 
 Sedangkan serangan-serangan biadab mereka (musuh) terhadap orang awam tak bersalah ditepis sewenang-wenangnya dan darah-darah kaum Muslimin mengalir dengan alasan yang tidak dapat diterima.
 
 Beginikah moral Barat yang dipaparkan di berita-berita dan filem-filem Hollywood sebagai pahlawan dan orang-orang yang berbuat kebaikan?? Jika mereka mengaku memiliki landasan moral yang tinggi yang mereka promosikan ke seluruh dunia, lalu apa erti perang yang mereka lancarkan?

Sungguh orang-orang yang mempunyai mata yang dapat melihat akan mengetahui betapa kotornya taktik perang salib dan menyasarkan seluruh kaum Muslimin yang menentang mereka.

Tiada ulasan:

klik!!