Tiap kali kembalinya bulan Ramadhan,teringat aku kenangan yang lama.Kalau tidak kerana bulan Ramadhan,mungkin aku tidak akan menjejakkan kaki ke surau dan majlis ilmu.Bagi orang melayu,solat terawikh satu kerugian sangat besar ditinggalkan secara jemaah.Kalau tidak pergi surau,tidak sah solat terawikh itu.
Pada tahun 2006,tahun itu aku tinggal di rumah baru.Aku tinggal berhampiran surau yang memang sudah diketahui 'panasnya' penceramah-penceramah di situ.Solat terawikh diselitkan dengan tazkirah 30minit.Di dalam tazkirah-tazkirah yang aku dengar ketika itu,kerap kali penceramah menyindir jemaah yang hanya hadir di bulan Ramadhan sahaja.Seolah olah di bulan lain tidak kenal lagi jalan ke surau.
Walaupun usia aku ketika itu hanya 13 tahun,tetapi terasa juga tusukan ke hatiku.Di atas hidayah Allah,aku berazam selepas Ramadhan tapak kaki aku akan melangkah semula ke surau itu.Disebabkan kepadatan jadual kuliah maghrib,semakin hari aku mendengar isi-isi kuliah,semakin aku rasakan kekurangan ilmu.Oleh sebab ustaz-ustaz yang dijemput juga dari PAS,aku mula mengkaji mengenai PAS walaupun sudah menyokong sejak umur 6tahun.
Disebabkan kuliah-kuliah itu jugalah,semakin hari aku rasa mahu menjadi penyampai juga.Oleh sebab itulah,aku harus menukar sekolah ke sekolah agama.Tumbuhnya tahfiz-tahfiz yang semakin banyak,aku tekad menukar ke sekolah tahfiz walaupun aku tak tahu pun yang tahfiz tempat menghafaz quran.
Walaupun nampak punca mendapat hidayah itu kecil,tapi kesan yang aku alami sekarang ini sangat besar.Sehingga sekarang aku juga seorang pemuda PAS yang aktif,dan paling muda sehingga sekarang hanya kerana Allah menemukan aku dengan majlis ilmu yang mula aku dengar bulan Ramadhan 5tahun lepas.
Semoga Ramadhan kali ini lebih besar maknanya pada aku.Lebih banyak dapatku kaut keuntungan di dalam bulan yang mulia ini..
Selamat Kembali Ramadhan...
2 ulasan:
Aku stop baca lepas "Oleh sebab ustaz-ustaz yang dijemput juga dari PAS,aku mula mengkaji mengenai PAS walaupun sudah menyokong sejak umur 6tahun".
PAShit. Parti yang penuh dengan kesesatan.
Hidayah,, hadiah terbesar daripada Allah.. subhanAllah! dengan hidayah yg diberikan, berjuanglah! demi agama!
Catat Ulasan