"Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh(yang gugur syahid)pada jalan Allah itu mati.(Mereka tidak mati) bahkan mereka itu hidup (secara istimewa)di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" ali-imran:169
sila klik
BOIKOT!!!
Rabu, 5 Januari 2011
Ratusan Warga Afghanistan Berdemonstasi
Ratusan warga Afghanistan melakukan demonstrasi bagi membantah operasi ketenteraan Amerika Syarikat di negara itu.
Bantahan dilakukan sehari selepas tentera 'salib' pimpinan US itu melakukan operasi ketenteraan di daerah Ghazni.Para pendemo mengatakan,tentera US menceroboh rumah-rumah penduduk di situ kemudian menahan penduduk awam yang tidak bersalah.
Mereka juga mengatakan,tentera-tentera la'natullah itu juga menghancurkan Al-Quran.Mereka menyeru kepada gubernur di wilayah itu supaya mengambil sesuatu tindakan dan membebaskn tahanan-tahanan yang tidak bersalah itu.
Pegawai boneka Ghazni dan militer Us masih belum memberi sebarang respon di atas kejadian itu dan juga menyatakan sebab penahanan warga awam itu.Penduduk Afghan mengatakan,pasukan asing pimpinan US langsung tidak menghormati penduduk tempatan dan selalu menjadikan orang awam sebagai sasaran operasi mereka.
Kementerian Dalam Negeri Afghanistan melaporkan bahawa tahun 2010 merupakan tahun paling teruk bagi warga Afghanistan dan paling banyak kematian sejak Amerika Syarikat menjajah pada tahun 2001.
Lebih dari 2000 orang awam,1300 polis, mati manakala lebih 2000 mengalami kecederaan.Kebanyakkan mereka yang menjadi mangsa adalah akibat serangan NATO.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan