sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Selasa, 20 November 2012

HAMAS:KAMI SIAP UNTUK MATI,HANYA 4PILIHAN BUAT ZIONIS


Seorang pegawai tinggi Hamas, Mushir Al-Mahsri, mengatakan Palestin siap meladeni apabila Israel jadi melakukan serangan darat. Pejuang Palestin telah menyiapkan diri untuk meladeni ancaman Israel tersebut

'' Seluruh pasukan pejuang Gaza telah menyiapkan diri sebagai pasukan berani mati yang menjual dirinya kepada Allah,'' kata Al Mahsri seperti dikutip Mi'raj News Agency.

Berdasarkan rekod, tentera Israel mengalami kekalahan besar apabila melakukan serangan darat pada perang akhir 2008-2009. Kekalahan besar di mana banyak kereta kebal tempur Israel dimusnahkan oleh para pejuang Palestin yang memang menguasai medan.

Selain itu, serangan darat tentera Israel ke Jalur Gaza yang mengorbankan lebih dari 1,400 warga Gaza tersebut menimbulkan kencaman antarabangsa dan meruntuhkan moral pasukan Israel. Meski telah melakukan serbuan hebat selama tiga minggu, Israel ternyata tidak mampu menguasai Kota Gaza.

Al Mahsri juga mengatakan gugurnya panglima sayap militer alqassam, Al-Ja'bari, justeru makin membangkitkan semangat perlawanan para pejuang di seluruh jalur Gaza.

"Kami beri empat pilihan kepada pasukan Zionis Israel jika berani melakukan serangan melalui jalur darat,'' katanya. '' Segera tarik mundur pasukan, akan menjadi tawanan, akan hancur di jalanan, atau akan mengalami kerugian tak ternilai.''

Tiada ulasan:

klik!!