sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Rabu, 6 Jun 2012

Ekstrimis Norway Melancarkan Perang Melawan Islam!!!

Aktivis ekstremis bersaksi sayap kanan Norway pada Selasa (5/6/2012) membela tindakan yang dilakukan oleh pembunuh Anders Behring Breivik serta menyokong tuntutan ideologi bahawa Norway sedang "berperang" dengan Islam.

Breivik (33), yang mengaku seorang tentera salib itu, berkali-kali membela dirinya bahawa ia tidak gila dan motif ideologi menjadi alasan di sebalik aksi yang sempat menggemparkan dunia antarabangsa tersebut.

Breivik, yang diadili karena membom dan melakukan aksi penembakan brutal hingga menewaskan 77 orang di Oslo Juli lalu, telah mengakui serangan tersebut tapi membantah bersalah atas tindakan kriminalnya. Dia mengklaim bahwa dia bertindak untuk membela diri karena korban-korbannya telah mengkhianati negara mereka dengan merangkul imigrasi.



Peguam pembela berusaha menunjukkan bahawa Breivik tidak sakit mental.

"Norway sedang perang," Tore Tvedt, seorang ekstremis sayap kanan yang telah dihukum kerana menerbitkan kenyataan anti-Semit, mengatakan kepada mahkamah. Dia mencatat juga bagaimana ia telah merasa dikorbankan oleh polis dan pihak berkuasa awam Norway lain untuk pendapat politiknya tersebut.

Walaupun banyak saksi menggemakan pandangan politik rasis Breivik selama sidang, semua dari mereka mengambil hati untuk menjauhkan diri daripada tindakan kekerasan yang ia lakukan. "Kami adalah organisasi non-kekerasan," kata Arne Tumyr, pemimpin organisasi anti-Islam dengan nama "Hentikan Islamisasi Norway." Namun ia menyatakan bahawa "Islam adalah sebuah ideologi politik jahat yang menyamar sebagai agama."


 Saksi lain, Ronny Alte, mengatakan bahawa walaupun ia tahu bahawa tidak seorang pun di sekitarnya yang menyokong tindakan Breivik, ia tahu melalui internet bahawa masih banyak orang yang melakukan tindakan serupa dengan Breivik.


 Kewarasan Breivik adalah kunci untuk kes ini dan masih merupakan masalah yang belum diselesaikan. Dua pemeriksaan psikologi dilakukan sebelum sidang 10 minggu bermula pada pertengahan April lalu yang mencapai kesimpulan yang bertentangan dengan dugaan mahkamah bahawa dirinya psikotik. 


Jika terbukti bersalah dan waras, dia akan menghadapi 21 tahun penjara meskipun ia dapat ditahan lagi jika dianggap membahayakan masyarakat. Jika dinyatakan gila, dia akan dirujuk untuk rawatan kejiwaan wajib.


 Beberapa saksi yang telah dipanggil oleh pertahanan menolak untuk bersaksi, termasuk Mohammad Mohyeldeen, yang lebih dikenali sebagai Mullah Krekar, yang pada bulan April dihukum oleh mahkamah Norway kerana didakwa membuat ancaman kematian. Walaupun persidangan dijadualkan untuk diakhiri pada tarikh 22 Jun di Mahkamah Daerah Jakarta, pada Selasa (5/6) diumumkan bahawa vonis dijangka akan mundur hingga 20 Julai atau bahkan mungkin pada 24 Ogos, kerana alasan logistik

Tiada ulasan:

klik!!