Israel telah mengancam akan melakukan sekali lagi serangan yang besar ke atas Gaza setelah berlalunya selama setahun serangan brutal terhadap Gaza tahun lepas.Pesawat pesawat Israel telah menjatuhkan beribu ribu risalah mengenai ancaman mereka supaya rakyat Palestin tidak bekerjasama dengan mujahidin Islam,dan juga berisi ancaman terhadap warga Gaza dengan serangan baru.
Setelah setahun,maka terkumpul lagi lah kos untuk menghancurkan umat Islam di Gaza.Maka umat Islam jugalah yang akan marah terhadap Israel walaupun secara tidak langsung mereka jugalah yang menyumbang untuk Israel itu.
Semangat untuk memulaukan barangan Israel hanya sekejap sahaja.Sedangkan serangan serangan kecil tetap berlaku di Palestin dan beberapa negara.Tidak kurang juga yang berkata usaha boikot ini hanya usaha kecil,tidak ada faedah.Allah tidak menilai kecik atau besar usaha kita,tetapi keihklasan di atas usaha kita.
Ramai yang tidak tahu walaupun sekejap pemboikotan umat Islam terhadap Israel,tetapi telah mencatatkan kerugian yang besar.Bahkan ada di negara arab,syarikat makanan tin yang dimiliki sekutu Israel bankrap.
Di mana keprihatinan kita terhadap saudara kita di sana.Sepatutnya kita umat Islam harus menjadi seperti satu badan,jika satu anggota rasa sakit maka yang lain juga turut sakit.Adakah kita yakin kita boleh berjuang di medan perang jika perkara ini pun kita tidak mampu buat???
Wallahua'lam
Allahuakbar!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan