sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Jumaat, 11 Disember 2009

TERORISME DAN KEGANASAN TERHADAP UMAT ISLAM


Sebenarnya isu memerangi terorisme yang dilancarkan Amerika dan sekutu-sekutunya adalah perang melawan Islam dan kaum Muslimin.Musuh musuh Islam cuba untuk memutarkan fakta bahawa umat Islam pula yang dianggap sebagai pengganas.Mereka takut akan kebangkitan umat Islam dan cuba sedaya upaya untuk menghancurkan kebangkitan umat Islam.Salah satu cara mereka ialah dengan melaung-laungkan perang melawan teroris.

Sehingga kini,umat Islam diberi pelbagai tanggapan buruk sehingga menyebabkan para pelajar atau aktivis Islam menjadi resah.Mereka risau dituduh sebagai pengganas,pusat pengajian mereka dicop sebgai pusat melahirkan pengganas.Gerakan-gerakan dakwah mula dicurigai,walaupun mereka langsung tidak terlibat dengan terorisme.Anak-anak muda yang mahu pergi belajar agama mula dicurigai.Mereka ditanya belajar dgn siapa,apa yang mereka belajar.Terus terang aku katakan,keluarga aku yang berada di Indonesia juga sudah ramai mengecop aku sebgai bakal teroris.

Bahkan ada setengah tempat  beberapa orang yang hendak melakukan khuruj (aktiviti yang rutin dilakukan oleh Jama’ah Tabligh) turut dihalang di Indonesia kerana mereka tidak mahu tempat mereka didatangi orang orang luar yang disyaki terlibat dengan jaringan teroris.Belum lagi jelas siapa yang melakukan pengeboman di Hotel J.W Marriot,media di sana sudah membuat spekulasi bahawa pesantren2 yang menjadi puncanya.Sikap ini menunjukkan musuh Islam sudah berjaya menjadikan media sebagai penyebar fitnah terhadap pejuang Islam.Tetapi media di sana tidak pula menyebut tentang keganasan AS dan sekutunya terhadap umat Islam.

Di era informasi di mana kemengan ditentukan oleh penguasa penguasa media termasuk di Malaysia.Barat tahu bahawa Islam lah yang menjadi musuh utama mereka setelah keruntuhan komunisme.Caranya ialah melalui hard dan soft power.Mereka memainkan peranan terhadap pandangan masyarakat terhadap umat Islam.Mereka tidak mahu umat Islam terus berpegang dengan Quran dan Sunnah.Mereka menjadikan umat Islam semakin liberal agar mudah mereka mengahancurkan kita.Muncul pula kenyataan dari beberapa orang tokoh yang mengatakan bahawa keganasan dari umat Islam berlaku kerana ingin menerapkan daulah Islam.Mereka seperti tutup mata apabila fakta yang diberikan bahawa bukan semua gerakan Islam setuju dengan terorisme.Tidak hairan bila ada yang mengatakan isu teroris yang berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia adalah dimainkan oleh orang luar.Oleh itu,berwaspadalah terhadap musuh-musuh Islam .Para pejuang Islam haru istiqamah memperjuangkan agama Allah ini seperti yang ditunjukkan junjungan besar kita Rasulullah S.A.W.

Takbir!!!

Allahu Akbar  !!!!

Tiada ulasan:

klik!!