sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Isnin, 5 Oktober 2009

Perutusan Dari Pemimpin Taliban

Aku dapat lewat ucapan ini,menarik juga untuk dihayati.

SYEIKH MULLAH MUHAMMAD OMAR HAFIZAHULLAH ( AMEERUL MUKMINEEN EMIRIYAH ISLAM AFGHANISTAN)


Degan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Yang telah meninggikan Islam serta kaum Muslimeen dan merendahkan kemusyrikan serta kaum musyrikeen.

Salam kepada pemimpin para Mujahideen, Nabi dan Rasul yang mulia and salam kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat and kepada semua yang mengikut petunjuknya.

Seterusnya, Saya ingin menyatakan bahawa Allah Taa’la telah befirman:

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” 6:162.

Saya ingin menghulurkan ucapan tahniah yang tulus ikhlas kepada semua Mujahideen yang gagah berjuang, orang-orang soleh, keluarga para pembela ummat Islam yang telah syahid, di hari Aidil Fitri yang mulia ini, saya mengucapkan selamat kepada mereka kerana telah menunaikan ibadah puasa.

Saya berdoa kepada Allah, supaya menerima disisinya semua ibadah dan pengorbanan yang telah mereka berikan. Semoga Allah memberikan kepada kita hari-hari penuh kasih sayang, persaudaraan, kebahagiaan dan dalam suasana kegembiraan, kemakmuran dan kemenangan keatas musuh-musuh yang telah melanggar hak-hak kita.

Tahniah kepada anda semua kerana telah dikurniakan kemenangan yang bersejarah didalam barisan hadapan Jihad pada tahun ini. Semoga Allah menerima kesyahidan para syuhada dan perjuangan para Mujahideen di jalan yang mulia penuh berkah ini.

Mengambil kesempatan ini, Saya menganggap perlunya untuk saya mengemukakan kepada anda semua perkara-perkara berikut:

Pertama: Saya meyakinkan kepada umat Islam dan para Mujahideen yang gagah berani khususnya bahawa rancangan penaklukan sedunia (Global colonialism) dengan menakluki Afghanistan telah gagal disebabkan oleh pengorbanan anda semua. Selama lapan tahun, NATO dibawah pimpinan ahli-ahli perang di Pentagon, telah melaksanakan kebijakan kejam dan kejahatan, dengan mengharapkan bahawa mereka akan dapat menundukkan rakyat pemberani Afghanistan dengan menggunakan kekuatan tentera.

Mereka menggunakan teknologi mereka yang serba canggih dan mutakhir termasuklah pengunaan senjata kimia semata-mata untuk mencapai keinginan mereka; menggunakan beratus-ratus pusat penyebaran propaganda dan membelanjakan berbillion-billion ringgit untuk memberi gambaran yang baik dan image kekuatan tentera mereka dan dimasa yang sama menggegarkan kedudukan lawan mereka. Tetapi semua aktiviti anti-kemanusiaan ini tidak berhasil untuk memberikan mereka kejayaan. Dengan perubahan waktu, perlawanan dan Gerakan Jihadi sebagai gerakan Islam dan kebangsaan yang kuat, telah menjadi bentuk gerakan yang popular dan ianya sekarang hampir kepada kemenangan.

Para penceroboh sepatutnya mempelajari sejarah Afghanistan bermula dari waktu penyerangan Alexander, hingga ke Ganges yang lampau dan sampai kehari ini, mereka sepatutnya mendapat pelajaran daripadanya. Tetapi, jika mereka berkeras untuk tidak menghiraukan sejarah, lalu mereka sendiri akan menyaksikan dengan mata mereka sendiri, peristiwa-peristiwa yang berlaku selama lapan tahun itu.

Adakah mereka mencapai sesuatu didalam waktu lapan tahun tersebut? Walau sekiranya mereka tidak bersedia untuk meniliti kerugian dan keuntungan didalam waktu itu, sekurang-kurangnya mereka harus memikirkan tentang akibat daripada operasi meluas mereka dibawah nama “pedang” Khanjar dan kuku harimau. Apa yang telah mereka capai? Adakah keaiban dan kekalahan bersejarah ini tidak cukup bagi mereka (untuk diambil pelajaran)?

Walaupun media-media penipu mereka menyembunyikan kebenaran ini dari orang awam tapi kerajaan mereka sangat mengetahui tentang kebenaran dilapangan, jumlah korban dan semangat tentera mereka yang telah merosot. Selagi musuh mempergunakan penambahan tentera, selagi itu mereka akan mengalami kekalahan muktamad di Afghanistan.

Ianya sangat jelas dari kenyataan sumber tentera NATO dan Amerika serta informasi yang diperolehi dari tawanan perang bahawa kerugian material dan nyawa di pihak mereka adalah berlipat-ganda lebih tinggi daripada apa yang mereka akui. Walau bagaimanapun, kebijakan yang mereka gunakan hanya akan memperpanjang krisis sekarang tapi tidak akan menyelesaikan masalah. Ini kerana keberadaan tentera asing di Afghanistan dan pecerobohan itu sendiri adalah satu masalah. Bukan penyelesaian, tapi satu masalah yang lebih besar dengan sendirinya.

Korupsi yang menular didalam administrasi palsu diKabul, penyelewengan, pengedaran dadah, keberadaan jaringan mafia, kekejaman dan penguasaan oleh hulubalang (warlord) dan penyebaran serta pertambahan pusat-pusat tak bermoral terhasil sesuai dengan rancangan-rancangan yang telah dirancang lebih awal, adalah sebahagian daripada cita-cita kolonial dan perjanjian konspirasi. Ini telah menyebabkan para penduduk mengalamai kemiskinan, kelaparan dan pengangguran sehingga ada yang sanggup menjual anak mereka.

Walaupun dengan adanya jenayah-jenayah para penceroboh ini, satu lagi kejahatan kurang ajar mereka ialah bahawa mereka telah mendirikan administrasi dan pendokong setia yang sangat korup keatas rakyat dengan mempergunakan ‘pilihan raya’ sebabai alasan dimana ianya penuh dengan penipuan dan kebohongan dan ianya telah ditolak mentah-mentah oleh rakyat.

Sangatlah wajar bagi rakyat yang bermaruah dan merdeka untuk menolak keputusan pilihan raya yang haram itu. Oleh kerana itu, pertama sekali masalah keberadaan tentera penceroboh di negeri ini mestilah dihentikan dan Afghanistan harus mencari tempat nya sebagai negeri yang berdaulat didalam peta dunia. Masalah dalaman bagi orang-orang Afghan boleh di selesaikan dalam soal pekerjaan, kepentingan Islam dan kebangsaan (kita) telah berada dibawah bayang kepentingan asing, dan kepentingan Islam dan kebangsaan kita telah dengan mudah menjadi mangsa kepada kepentingan dan konspirasi penaklukan sedunia (global colonialism).

Tujuan kita adalah untuk mencapai kemerdekaan negeri kita dan menegakkan system Islam yang adil berdasarkan kepada aspirasi sebuah Negara Islam. Kita boleh mempertimbangkan apa saja pilihan yang boleh membawa keapada tujuan ini. Kita telah membuka jalan pilihan menuju cita-cita ini, akan tetapi ianya hanya akan tercapai apabila negeri ini bebas daripada pijakan tentera penakluk dan telah mencapai kemerdekaan.

Kedua: Emiriah Islam Afghanistan menghendaki para putera-putera sejati bumi ini untuk mengambil bahagian didalam kerajaan dan didalam pembentukan kerajaan sejurus selepas pengunduran tentera asing dari Afghanistan, kerana kerja-kerja pemulihan dalam hal-ehwal ekonomi, politik, pembelajaran dan budaya negeri ini tidak akan dapat berjalan lancar tanpa pembabitan orang-orang Afghan yang berpengetahuan, para professional dan orang-orang yang berpengalaman lagi jujur. Untungnya ada jumlah besar orang-orang Afghan yang merdeka, professional, kakitangan Muslim yang berpengalaman samada didalam negeri ataupun diluar, yang tidak pernah tunduk kepada penaklukan sekarang, dan tidak juga menerima administrasi yang dibina hasil dari penaklukan. Mereka menyokong sebuah negeri yang merdeka, bebas dan kerajaan Islam didalam negeri itu.

Emiriah Islam Afghanistan mempunyai rancangan yang khusus dan berguna untuk masa depan Afghanistan dibawah payung sistem sosial Islam yang adil selepas pengunduran tentera asing. Termasuklah, pemulihan sosial dan infrastructure ekonomi, pemajuan dan pembangunan didalam sector pembelajaran (educational), keusahawanan (industrializations) and pertanian (agriculture) negeri ini.

Ketiga: Emiriah Islam Afghanistan menyeru kepada semua yang telah bekerja didalam administrasi palsu diKabul dan mendokong kolonial sedunia (global colonialism) dengan berada disana untuk melawan agama, negeri dan rakyat anda. Para kolonialis asing itu telah mencuri kekuatan dari tangan-tangan Afghan dan terus menakluki negeri kita. Para peceroboh kejam ini telah memijak-mijak nilai-nilai Islam kita; mereka bekerja untuk penyebar luasan agama Nasrani (Christianity) dibawah rancangan yang telah mereka tentukan; mereka telah merampas sumber alam negeri kita dibawah nama yang satu dan lainnya dan menyebabkan beban hutang yang besar ditanggung oleh negeri kita. Emiriah Islam telah membuka pintu keselamatan bagi siapa saja yang ingin meninggalkan jalan-jalan pengkhianatan dan pembelotan kepada negeri dan rakyat.

Anda semua harus ingat bahawa peredaran Islam yang popular ketika ini sedang bergerak maju kehadapan seperti banjir yang kuat. Sesiapa yang memilih untuk melawannya pasti akan hanyut dan musnah olehnya. Kejahatan, penyiksaan, kekejaman, konspirasi, persekutuan, tentera asing dan tentera bayaran (mercenaries) tidak akan bisa menghalang pergerakan Jihad yang kukuh ini. Adalah lebih baik bagi anda untuk menyebelahi rakyat anda dan memenuhi kewajiban yang dikehendaki oleh kepercayaan, dan mencapai keutamaan yang bersejarah, terutama bekas-bekas Mujahideen yang telah bekerja didalam administrasi palsu (stooge administration) harus mengharumkan nama mereka dengan bergabung di dalam barisan Jihad dan meniggalkan barisan orang-orang kafir.

keempat: Emiriah Islam Afghanistan percaya akan pembaikan sosial dan dalaman serta langkah-langkah yang positif dalam konteks Shariah. Emiriah Islam Afghanistan sedar akan adanya perbedaan. Oleh kerana itu, ia menanggung-jawabkan semua Mujahideen untuk mentaati dengan ketat undang-undang dan peraturan supaya semua Mujahideen akan terus melakukan Jihad sebagai putera-putera negeri yang jujur untuk kemakmuran rakyat dibawah kerangka Shariah Islam. Dengan itu, mereka akan menjadi pembela sejati di barisan hadapan untuk kemerdekaan dan menjadi wakil-wakil bagi keperluan asasi rakyat. Emiriah Islam Afghanistan menganggap penyucian ahli-ahlinya dan pertanggung-jawaban diri sendiri sebagai kewajiban yang perlu dan kekal.

Musuh-musuh telah mengalami kekalahan di medan perang dan tidak lama lagi mereka akan terpaksa menelan racun kekalahan total yang pahit. Tapi sebagai taktik terakhir, mereka coba untuk menyebarkan benih-benih perselisihan dan perbedaan diantara rakyat dan menjadikan kekalahannya sebagai kemenangan.

Segala puji bagi Allah, yang Maha Tinggi, bahawa musuh-musuh sedang mengalami kegagalan mutlak didalam usaha-usaha kemunafiqan mereka. Para pencinta Islam dan pencinta tanahair menganggap bahawa ia adalah satu kewajiban agama untuk mengekalkan perpaduan dan memberi pertolongan kepada Mujahideen. Mereka melihat kermerdekaan negeri tersayang mereka sebagai hak mereka yang sah dan percaya bahawa media-media Barat hanya berkhidmat sebagai “loudspeaker” Pentagon. Mereka tidak akan disesatkan oleh propaganda bodoh mereka.

Simpati, kekeluargaan dan kekaguman rakyat memainkan peranan penting dalam kemenangan Mujahideen yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Segala puji bagi Allah, kekaguman dan kekeluargaan dari rakyat bertambah dari hari ke hari. Oleh kerana itu, para Mujahideen haruslah tidak melihat diri mereka sebagai bagian yang asing dari rakyat. Mereka harus bersedia membela harta, nyawa dan harga diri rakyat dan menghentikan orang-orang yang menjual nama Mujahideen untuk melanggar hak harta, nyawa dan harga-diri rakyat melalui hasutan musuh.

Begitu juga, para Mujahideen harus memberi tumpuan akan pembelajaran Islam kepada orang awam, supaya mereka juga dapat ikut bahagian dengan sukarela dalam Jihad, samada dalam bentuk nyawa ataupun harta. Rakyat haruslah kekal dengan kesedaran untuk mengelakkan dari ditipu oleh gertakan kosong dari komandan tentera atau oleh kenyataan dari komandan tentera British yang menyatakan bahawa mereka akan bertahan di Afghanistan untuk empat puluh tahun lagi.

Kami ingin menarik perhatian anda bahawa kami telah memerangi tentera penceroboh British selama lapan puluh tahun dari tahun 1839 hingga 1919 dan akhirnya kami mendapatkan kemerdekaan dengan mengalahkan Britain. Hari ini, kami memiliki tekad yang kuat, latihan tentera dan senjata yang berkesan. Apa lagi lagi kami memiliki persediaan untuk perang yang panjang dan situasi keagamaan berada di pihak kita. Oleh itu, kami akan terus melancarkan Jihad sehingga kami mencapai kemerdekaan dan memaksa para penakluk untuk berundur.

Ketika kami mengumumkan didalam statement kami sebelum ini mengenai pertambahan kekuatan (momentum) dan dokongan (impetus) didalam perlawanan kami yang tidak pernah terjadi sebelum ini, ianya bukanlah sekadar kata-kata kosong. Semua menyaksikan momentum itu dalam aksinya. Kami memperingatkan sekali lagi bahawa operasi aggressive kami yang akan mensyusul akan disifatkan sebagai taktik yang berkesan yang akan memasuki satu tahap dimana musuh-musuh akan menderita jumlah korban yang tak tertandingi dan juga kekalahan yang terus menerus, insha Allah.

Kelima: Emiriah Islam Afghanistan mahu memelihara hubungan yang baik dan positif dengan jiran-jiran berdasarkan rasa saling hormat-menghormati dan membuka lembaran baru didalam perjiranan yang baik dengan saling berkerjasama dan juga kemajuan ekonomi bersama.

Kami menganggap seluruh wilayah ini sebagai satu tempat tinggal bersama dalam melawan penaklukan (colonialism) dan kami mahu memainkan peranan kami didalam keamanan dan keseimbangan di wilayah ini. Kami meyakinkan semua Negara bahawa Emiriah Islam Afghanistan sebagai suatu kekuatan yang bertanggung-jawab, tidak akan mengeluarkan tangan untuk menyebabkan bahaya kepada negeri lain sebagaimana kami tidak membenarkan negeri lain membahayakan diri kami.

Kami ingin menyatakan, kami adalah mangsa propaganda hitam (black propaganda) oleh media musuh. Ini telah menyebabkan keraguan diantara kita dan beberapa Negara lain diseluruh dunia. Mereka dengan salah telah menggambarkan kami sebagai anti-pembelajaran dan hak wanita.

Mereka juga menfitnah kami sebagai ancaman kepada negera-negara didunia. Emiriah Islam Afghanistan ingin menjernihkan semua keraguan ini asalkan ada suasana yang kondusif (conducive atmosphere). Emiriah Islam Afghanistan menyeru kepada orang awam di Barat untuk tidak tertipu dengan tuntutan Obama, yang mengatakan bahawa perang diAfghanistan adalah satu perang keperluan (war of necessity). Barat tidak perlu melancarkan perang ini. Perang ini, sebenarnya bermula dari motif rahsia (clandestine motives) dibawah alasan yang tidak berasas. Kemanusiaan, dengan sendirinya menderita dari akibatnya yang negatif. Ekonomi dunia yang merosot, ketidak-seimbangan, kekurangan keyakinan dan pelanggaran norma-norma antarabangsa adalah akibat daripada kebijakan tak berasas ini (daripada perang ini).

Orang-orang awam Barat juga harus tidak tertipu dengan tuntutan Sekretariat Agung NATO dan Perdana Menteri British yang mengaku bahawa perang diAfghanistan adalah sebagai suatu pertahanan untuk Barat (for the defense of the West). Penipuan dan ucapan yang tak berasas itu sepatutnya tidak meragukan anda. Ia hanyalah sebuah usaha pemimpin politik yang menghasut pikiran rakyat (demagogue) untuk meragukan anda. Ia hanyalah sebuah usaha pemimpin politik yang menghasut pikiran rakyat untuk tujuan membenarkan perang panjang yang melanggar hokum-hakam ini dengan pelanggaran seluruh prinsip-prinsip antarabangsa.

Tidak ada Negara di dunia ini yang berhak untuk menyampuri urusan dalaman Negara jirannya sesuai dengan prinsip-prinsip antarabangsa yang modern. Pihak berkuasa yang angkuh di White House dan Sekutu Britishnya seharusnya tahu bahawa campur tangan mereka dari jarak ribuan kilometers adalah tidak dapat diterima oleh Negara-negara didalam wilayah itu dan ianya ridak boleh di biarkan.

Rancangan-rancangan pengembangan colonial (colonial expansionism) yang sedang berlangsung di wilayah ini dibawah slogan yang terkenal jahat dan melangar undang-undang iaitu “war on terrorism” adalah sebetulnya usaha yang melawan nilai-nilai kemanusiaan sejagat, keadilan, keamanan, pembahagian sumber-sumber kekayaan yang sama rata dan kemerdekaan, sebuah usaha yang mencacatkan wakil sebenar dari aspirasi rakyat dibawah satu atau nama lainnya. Semua Negara-negara , terutamanya Negara Islam, Negara-negara kuat, pergerakan Negara-negara berkecuali harus merasa dan memenuhi perananan bersejarah mereka.

Saya menggesa kepada Umat Islam, terutama sekali organisasi Islam dan Jihad untuk terus sedar akan konspirasi-konspirasi musuh; tinggalkan perbedaan dalaman dan mulakan perjuangan yang terencana dan terlaksana bersama untuk pembelaan dan pembebasan ummah yang telah didzholimi dan dicerobohi.

Sebagai penutup, Saya menggesa semua Muslim yang bertaqwa, didalam mereka berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan bersama keluarga mereka disaat ini, untuk tidak melupakan janda-janda syuhada, anak-anak yatim dan ibu-ibu yang telah kehilangan putera-putera mereka.

Mereka adalah para syuhada yang telah mengorbakan nyawa mereka dalam menentang persekutuan orang-orang kafir untuk menentang penegakkan sistem Islam. Begitu juga, jangan lupakan keluarga-keluarga korban Afghan yang bersedih kerana kehilangan orang-orang tua, anak-anak, wanita dan pria yang telah terkorban dan tidak lagi berada bersama mereka akibat pengeboman membabi-buta yang dilancarkan para penceroboh.

Akhirnya, Saya mengucapkan tahniah kepada anda di saat Aidil Fitri ini dan saya mengaharapkan anda beroleh kemerdekaan.

Mengharapkan dan mendoakan semoga kita beroleh kemerdekaan dan penegakkan sistem Islam yang menyeluruh.

Tiada ulasan:

klik!!