sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Sabtu, 20 Disember 2008

Asy-Syahid Abdullah Azzam:Pejuang Yang Disegani 1


Setelah aku selesai membaca Abdullah Azzam Merintis Khilafah Yang Hilang,aku rasa lebih bersemangat untuk berjuang dalam Islam dan makin membuak-buak perasaan aku untuk pergi berperang.Assyahid dilahirkan pada 1941 di desa Asba’ah Al-Hariyeh, Jenin,Palestin.Semasa masih kanak-kanak, Abdullah Azzam sangat menonjol di antara kanak-kanak lainnya. Beliau sudah mulai menyiarkan dakwah Islam semenjak masih sangat muda. Teman-teman sepergaulan mengenal beliau sebagai seorang anak yang soleh. Beliau telah menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa sejak muda dan guru-guru beliau telah mengenali tanda-tanda itu sejak beliau masih di Sekolah Dasar.Beliau pernah diminta oleh kakaknya sendiri untuk berhenti membaca dengan berkata "Wahai Abdullah,kakak lihat kau terlalu banyak membaca buku.Pergilah bergembira sebentar dan bermain dengan rakan-rakan di luar sana."     As syahid yang masa itu masih kecil lagi menjawab "Maaf kakak,sekarang bukan waktunya untuk saya bermain."Asy-Syahid memulakan pengajian di peringkat rendah di sekolah kampungnya sendiri.Kerana kepandaian yang dimilikinya,dia berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Persediaan Pertanian walaupun usianya masih muda.Beliau telah berjaya lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan dan dianugerahkan Sijil Diploma Pertanian.Selepas itu,Asy-Syahid telah ditugaskan mengajar di sebuah sekolah di Kampung Adar Karak,Selatan Jordan.Beliau mengajar di situ lebih kurang setahun.Pada tahun berikutnya beliau ditukar ke sekolah Barqin iaitu di suatu tempat berhampiran kampungnya sendiri.Pada tahun 1965,beliau telah mengahwini Ummu Muhammad.Selepas itu mereka telah berhijrah ke kampung Daerah Ghusan dalam daerah Tulkaram.Beliau telah dianugerahi8 orang anak.Walaupun beliau merupakan seorang lulusan bidang pertanian tetapi beliau tidak pernah mengenepikan urusan agama.Ini terbukti apabila beliau diterima di Universiti Damsyik di bidang syariah.Dalam masa sama beliau bertugas sebagai pegawai pertanian.Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Jordan dan cuba menghabiskan hafalan al-Qurannya.Beliau banyak mengkaji kisah hidup Hassan Al-Banna dan Syed Qutb.Pada tahun 1966,Asy-Syahid berjaya menghasilkan ijazah Sarjana Muda(syariah) dengan keputusan pangkat kedua.Selepas itu beliau mengajar di Sekolah Menengah Perempuan Al-Taj.Pada tahun berikutnya,peristiwa hitam telah berlaku iaitu kemasukan yahudi ke tanah Palestin.

Tiada ulasan:

klik!!