sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Jumaat, 13 Julai 2012

Terima Kasih Sahabat

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu (surah Muhammad,ayat 7)


Rasanya sudah lama tidak meluahkan rasa sendiri di blog aku ini.Hampir 4 tahun blog ini wujud,niat asal ingin cuba menulis sendiri ,mengurangkan berita-berita yang sudah wujud di blog lain.Tapi nampaknya 70% posting blog ini,yang mampu aku berikan adalah copy & paste.


Kali ini aku cuba untuk berkongsi pengalaman,mungkin ada berkait dengan ayat di atas.Dalam 4tahun ini juga ,tidak keterlaluan rasanya kalau aku katakan bahawa aku salah seorang yang berusaha menolong agama Allah ini untuk tegak di muka bumi ini.

Bukan ingin berlagak,atau sombong.Tetapi yang ingin aku kongsikan,betapa indahnya menjadi para pejuang agamanya.

Mungkin sudah biasa kita mendengar kisah bagaimana pejuang-pejuang di zaman dahulu,susahnya berjuang tapi ada sahaja bantuan yang datang dari Allah.Bantuan-bantuan seperti malaikat membantu dalam peperangan di perang Badar,Allah mencukupkan makanan yang sedikit untuk ribuan orang seperti waktu perang khandak dan banyak lagi contoh yang besar.

Pengalaman aku tidaklah seperti di atas.Aku sudah lebih dua tahun menangguhkan pelajaran kerana masalah yang paling utama adalah kewangan.Selama dua tahun aku cuba minta bantuan kepada keluarga,tetapi semuanya menghampakan.

Kemudian tempat yang ingin aku jejaki pula bergolak,iaitu Syria.Semakin aku buntu ,datang pula sahabat mencadangkan belajar di Morocco.Barulah aku teringat,itu juga cadangan dari seorang ulama' yang pernah aku abaikan dahulu.

Tetapi tetap juga masalah kewangan aku tidak selesai.Sehingga aku bertanya pada diri sendiri,apa yang aku dapat bila membantu jemaah Islam ini.Kononnya rukun usrah ta'ruf,tafahhum,dan takaful.Aku sempat berfikir,kalau tidak dapat juga sumbangan  lebih baik aku seperti orang biasa yang tanpa perlu pening memikirkan masalah umat Islam sekarang.

Malam itu juga Allah menjawab pertanyaan aku.Aku mendapat wang dari pemuda kawasan rm1000.Bermula dari situlah,dari pelbagai sumber aku dapat bantuan yang dalam masa beberapa minggu sahaja lebih RM10ribu sudah berjaya dikumpul,dan 95% daripadanya dari sahabat-sahabat perjuangan aku.


Tetapi aku agak menyesal dengan rungutan diri sendiri.Seolah-olah aku berjuang hanya untuk menuntut bantuan yang dijanjikan.Ingatlah sahabat semua,jangan merungut apabila bantuan lambat sampai,tetapi teruslah berdoa.


Itulah indahnya ukhwah atas dasar Islam,cinta kerana Allah.Sahabat-sahabat yang menolong,hanya harapkan balasan dari Allah.Ada yang pendapatan tidaklah banyak mana,tetapi sanggup menyumbang separuh gaji bulanan mereka.Aku yang tidak ada talian darah daging pun,mereka menyumbang dengan menutup mata sahaja.Nikmat apa lagi aku perlu persoalkan berada di dalam jemaah Islam seperti ini.


Suasana awal ketika menyertai amatlah berbeza seperti sekarang.Usrah kami boleh mencecah sehingga 30 orang,tetapi sekarang sudah dikira ramai 15 orang.Mungkin kerana awal aku menyertai dahulu,suasana kemenangan sangat terasa.

Walaupun usrah kami agak santai,tetapi dengan usrah baru aku tahu nilai sebuah ukhwah persahabatan.Bagaimana rasanya apabila anak sahabat yang sakit,kita yang merasa risau.Sahabat mencari kerja,kita yang menyiapkan resume.


Aku tidaklah dibesarkan dengan suasana Islamik,walaupun keluarga aku hanya tahu mengungkit kami keturunan ulama'.Tidak keterlaluan rasanya kalau aku katakan sahabat-sahabat di dalam jemaah ini lebih dari abang-abang aku.Mungkin usrah kami tidak sehebat usrah Hassan Al-Banna,yang mengenal setiap selipar sahabat masing-masing.Tetapi sekurang-kurangnya dengan usrah kami ini,kami tahu perangai masing-masing.


Manisnya kopi ,tidak akan tahu jika tidak diminum.Manisnya perjuangan,tidak akan nikmat tanpa dilalui






2 ulasan:

Mujahidah Syaabah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Tersentuh..
maaf sebab tak mampu tolong apa2... sy cuma mampu kirimkan doa dari jauh...

klik!!