sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Selasa, 5 Julai 2011

BERSIH- PENTAS UNTUK BERJUANG

Aku tak terfikir pun nak tulis sesuatu di blog ini,yang aku lazimkan untuk menulis berita-berita umat Islam di luar dari Malaysia.Bukan aku tidak mahu mengambil tahu tentang umat Islam sekeliling aku sendiri,tapi oleh kerana banyaknya blog-blog yang mengetengahkan politik tempatan dari politik Islam di luar,aku rasa perlu untuk aku menjadi salah seorang yang menyedarkan umat Islam di Malaysia tentang saudara mereka di luar.

Aku terfikir untuk menulis tentang perhimpunan aman ini (masirah),kerana aku mendapat maklumat tentera juga bakal dikerahkan untuk turun di perhimpunan itu nanti.Tidak mustahil ini merupakan tulisan terakhir aku di blog ini.Aku insyaAllah akan berada di barisan hadapan untuk berdepan dengan pihak penguasa,yang acap kali kelihatan kezaliman mereka.

Perlu diingatkan,BERSIH menuntut  keadilan dalam pilihanraya,yang menjadi asas untuk sesuatu parti politik itu berkuasa.Keadilan merupakan tuntutan dalam Islam.Kerana Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w adalah untuk menyebarkan dan menyelesaikan keadilan yang berada di tanah arab dan seterusnya ke serata dunia.Amat salah jika perhimpunan ini dianggap sebagai tuntutan individu sahaja,lihatlah lapan tuntutan BERSIH itu,tiada satu pun yang menunjukkan ia tuntutan untuk individu,seperti Anwar Ibrahim atau Ambiga atau sesiapa sahaja.

Aku di sini ingin mengajak anak muda untuk turun sekali di perhimpunan ini.Untuk masa depan kita yang terhindar dari politik kotor yang berada di atas kerusi empuk itu.Pembangunan dan keamanan yang dijaja mereka itu terlalu sementara,lihatlah beberapa tahun lagi negara akan sedikit demi sedikit bangkrap kerana yang berada di atas itu hanyalah mereka yang mahu mengenyangkan perut mereka sendiri.Lihatlah di Mesir dulu,kehidupan yang sangat teruk dilalui rakyat mereka disebabkan pemimpin seperti di negara kita ini yang memerintah,dan kerana pilihanraya yang tidak adil.

Kalian anak muda tidak akan terkecuali dari kesengsaraan yang bakal dihadapi ini.Anak muda tonggak perjuangan Islam sejak dari dulu lagi.Lupakah siapa yang membunuh Jalut??Itulah remaja belasan tahun ketika itu,iaitu Nabi Daud.Lupakah siapa yang yang di sekeliling nabi ketika awal Islam??Umur berapa Ali,Zaid Bin Haritsah,Usamah Bin Zaid ketika bersama nabi.

Kalian jangan hanya jadi pengecut duduk di rumah menantikan hari esok sahaja.Sudahlah berhibur,tiba masanya kalian harus berjuang juga.Jangan biarkan negara ini terus dipandang hina oleh negara luar,bukan kerana kekalahan pasukan bola sepak yang kalian agungkan itu tapi kerana pemimpin yang penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa yang sudah dilihat orang luar.

Kejayaan BERSIH nanti akan bergantung pada kita anak muda.Belum terdengar aku lagi kejayaan sesuatu perjuangan itu hanyalah orang-orang tua yang hadapinya.Turunlah semua sahabat aku.Aku juga insyaAllah akan turun dan menghadapi penguasa-penguasa yang zalim itu.

Sebarang kebarangkalian sudah aku redhakan.Jika kematian juga aku redhakan nanti.Doakanlah yang terbaik untuk aku,jika aku mati biarlah syahid yang lama aku cari yang aku dapat. Tiada perjuangan tanpa pengakhiran,aku tidak akan ditanya apa kejayaan aku tetapi yang akan ditanya apa usaha aku.

Cukupkah jika hanya menanti dan berdoa untuk mendapat pemimpin yang lebih baik???Itukah yang kalian akan jawab bila berada di hadapan Allah nanti. Berjuanglah kerana Allah.Turunlah di pentas ini kerana Allah.Walaupun kalian tidak berjuang,kematian sedang berada di belakang kalian,sampai bila takut berjuang??

   Perjuangan bukan hanya pentas,
Untuk dilihat dan dihayati
Tanpa kita menjadi pelakonnya,
Yang menantikan peangkhirannya
Dari kerusi penonton

Pentas perjuangan,
Adalah untuk kita merebut watak-wataknya,
Supaya kitalah penerajunya
Yang diarahkan Yang Satu itu

Kitalah yang akan berlagak ngeri di pentas itu
Kitalah yang akan menangis di pentas itu
Kitalah yang akan membunuh si durjana itu
Kita jugalah yang mengangkat panji kemenangan
Di pentas itu.

18 ulasan:

Wan berkata...

artikel anda membakar smngat sy yg semakin pudar..

Otakadapikir berkata...

Disebabkan adanya anak muda seperti kalian la, Mesir, libya etc kena kencing dek Yahudi, nasrani disebalik perjuangan yang sia - sia.

Dah la tu jangan jadi bodoh.

sebelum nak lawan kerajaan yang ada sekarang, belajar kenal orang - orang yang ada disekiling kamu.

BODOH!

Tak hairan la, umat islam senang - senang kena makan dengan kafir.

Pejuang Muda berkata...

menjatuhkan pemimpin yang jelas bersekongkol dgn yahudi itu bodoh??pandainya kamu

Otakadapikir berkata...

HAHAHAHAHAHA

Abis pemimpin yang ko puja tu tak bersekongkol dgn Yahudi?

siapa ambiga? siapa Anwar?

BERSHIT V.2 dapat dana dari Mana?

NED, NED ni apa benda?

Dah la tu budak bodoh,

tulis artikel konon anti Yahudi, tapi dalam tak sedar, ko sendiri sokong Yahudi.

BODOH tak boleh di ajar.

Pejuang muda konon, belajar lagi la budak bodoh.

Guna nama Islam tapi sebalik orang macam ko la rosakkan Islam.

Inilah akibatnya belum tau apa - apa lagi dah nak tunjuk pandai.

Belajar kenal diri tu dulu.

Pejuang Muda berkata...

pertama,nape nk lari topik..mula2 ckp pasal negara2 timur tengah,lepas tu buat tuduhan yg xberasas...dan aku bkn menjadikan anwar pemimpin,dan xpenah wala' pada dia pun..

bagi bukti dulu bro,nti nampak sgt kebodohan dalam emosi

bungeCENGKEH berkata...

Insyaallah saya akan pergi demi Agama dan bukannya unk Anuar or Ambiga...keadilan adalah hak mutlak semua makluk

Otakadapikir berkata...

Lari topik kebendanya ni budak bodoh?

meh sini aku quote ayat ko balik,

"menjatuhkan pemimpin yang jelas bersekongkol dgn yahudi itu bodoh??pandainya kamu"

Dan aku soal ko, BERSHIT tu dapat dana dari mana? NED, ok NED tu apa bendanya?

TUp!!!! dari situ kita dah nampak kebodohan ko sebagai budak bodoh berlagak mcm pejuang.

Ko nak bukti? alahai bebalnya budak ni, dah terang lagi bersuluh pun masih tak nak terima hakikat? HAHAHAHAHA, kelakar sungguh..



Konon nak berjuang 9 julai ni, konon la. Padahal berjuang di atas jalan apa?

Jawab soalan aku, BERSHIT dapat dana dari mana, siapa mastermind depa semua?

Tu aku ckp, ko anti Yahudi, tapi dalam masa yang sama ko berjuang demi agenda Yahudi.

Masih tak paham?


Bodoh tapi berlagak pandai, susah la mcm tu, budak bodoh.

Pejuang Muda berkata...

bodohnya,aku reply ayat mula2 tu dari apa yg kau tulis mula2..kau ckp anak2 muda kena kencing dgn yahudi sperti di mesir etc..maknanya kau bodoh dulu...lepas tu,come on bro mana bukti kau bodoh yg bersih ditaja pihak luar??senang je,bg bukti habis cite...ingat org2 pas ni miskin mcm kau ke???

Pejuang Muda berkata...

dan yg jelasnya terbukti kerajaan malaysia mengambil apco sbagai penasihat,jelas2 agensi zionis..ini dibentangkn di parlimen,fakta yg dibawa haruslah betul..

Tanpa Nama berkata...

bsabarlah pejuang muda..sbnrnya org yg membodohkn org itula yg paling bodoh..marila kita teruskn perjuangn tgkkn keadiln krn Allah SWT..org itula yg paling bodoh..marila kita teruskn perjuangn tgkkn keadiln krn Allah SWT..

faten muhamad berkata...

alhamdulillah. teruskan!! :)

Tanpa Nama berkata...

Pejuang yahudi muda,
jangan riak. dari ayat kamu, ia nampak dengan jelas akan ketaksuban kamu tentang agenda Yahudi. kamu nak bukti?

http://saint-guerre.blogspot.com/2011/07/wake-up-project-suci-10.html

sila baca dan paham akan tulisan di dalam artikel di atas.


Pas memang miskin dari kebijaksanaa, tapi Pas kaya dengan segala kebodohan mereka.

Pejuang Muda berkata...

posting tu pun nmpk sgt bnyk tuduhan melulu...terserah la utk terus menuduh..pejuang islam ttp bertambah..aku da malas nk berdebat lg..kenali dulu sapa pengasas bersih..

Tanpa Nama berkata...

Tuduhan melulu kepala otak hang!

Apasal tak nak terima kenyataan?

HAHAHAHAHAHAHAHA

bodoh sgt, tu lah pasal.

Inilah kebodohan orang PAS, serta budak bodoh baru setahun jagung tapi gebang memanjang, bila benda berpihak pada kemahuan ko, ko kata itu betul, itu adil, bila benda tak berpihak pada kemahuan ko, ko kata itu tak adil, zalim, konspirasi..

Yahudi bayar BERSHIT melalui saluran pertubuhan, untuk apa?

Untuk menghuru - harakan Negara, dan naikkan seseorang yang tidak lebih tidak kurang, puppet.

Kesian aku tgk ko pejuang muda bodoh.

terlalu kesian.

Benci Yahudi, tapi kena bodoh kena kencing dek orang yang dok jilat telur Yahudi tu gak.

Pejuang Muda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Pejuang Muda berkata...

lagi tuan??
ingat x lg ketika perang2 di zmn abdullah bin ubai masih hdup,mereka tdk sertai perang dan hny mengatakan strategi ini bodoh,strategi itu sia2...manusia ini ada di sepanjang zaman,islam xkn menang dgn hasil orang begini...konsep wala' harus dipelajari dulu..selagi tuduhan hny samar2,wala' masih lagi wajib..

Tanpa Nama berkata...

dah la tu pejuang muda bahlol. aku tgk kau ni mcm si bahlol kena cucuk hidung dgn kafir laknatullah ambiga. wala' kamu menyebabkan kamu jd bahlol yg boleh dipergunakan. lgpun kan nik najis pujaan kamu tu pun bersekongkol dgn nuar? andaikata PR menang pilihanraya dpn, dah tentu kamu terpaksa wala' jg dgn nuar sepertimana pujaan najis kamu pun berjanji wala' jg dgn dia. jd x payah la nak ngajar org konsep wala' sdgkan kamu sendiri x paham. betul fanataik najis pujaan pejuang muda! hahaha!

jentayu

Tanpa Nama berkata...

Mereka ni hanyak bijak berprovokasi.. Wahai anak muda usah pedulikan manusia yg buta hatinitu semua.. Bangun kerana anda yg muda ini akan berjuang n jd tunggak blkng negara.. Yg ada skrg terlalu teruk, zalim, lupa daratan n boros....

klik!!