sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Jumaat, 2 April 2010

Tidak Berperikemanusiaankah Rasullullah???Sultan vs Syariat



Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya .......(al baqarah:219)

KUANTAN -Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat atas sebab-sebab "perikemanusiaan", titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan"

HUKUMAN HUDUD apabila dijatuhkan, tidak boleh diampunkan, diringankan atau digantikan dengan hukum-hukum lain oleh sesiapa termasuklah pemerintah atau khalifah sekalipun!!

“Dan tidak patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang beriman apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, dalam kesesatan yang amat nyata” (Surah Al-Ahzab : ayat 36)

Kalau disebabkan belas kasihan...
DAN JANGANLAH KAMU DIPENGARUHI OLEH PERASAAN BELAS KASIHAN TERHADAP KEDUANYA (lelaki dan wanita) DALAM MENJALANKAN HUKUM AGAMA ALLAH, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. - Surah An-Nur:2

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda, “Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sesungguhnya aku akan potong tangannya.”

Perhatikan! Sedangkan Rasulullah SAW pun tidak 'berlembut' kalau Fatimah melakukan kesalahan hudud, apatahlagi kita manusia biasa..adakah sultan pahang lebih berbudi bicara, lebih berperikemanusiaan dari Rasulullah? Atau Kartika itu lebih baik dari Saidatina Fatimah yang sudah dijamin syurga? atau satu lagi soalan lain muncul, adakah pernyataan Sultan Pahang itu bermaksud: Hukum Islam adalah tidak berperikemanusiaan????!!!

Biarlah aku derhaka pasa sultan,jangan aku derhaka pada Allah dan Rasulnya.Rasulullah yang dapat memberi syafaat pada aku,bukan sultan melayu!!!!
AYAT PERINGATAN ITU BUKAN SAYA YANG CAKAP..ITU TUHAN SAYA, TUHAN KAMU, TUHAN NAJIB, DAN TUHAN KEPADA SULTAN PAHANG YANG CAKAP. !!




1 ulasan:

Unknown berkata...

Saya sokong anda...

klik!!