sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Rabu, 15 Disember 2010

Yusuf Al-Qardhawi:Haram Menyokong Produk Yahudi


Sudah lama juga rasanya aku tidak menulis tentang perkara yang aku selalu jaja ini.Tidak kira dikalangan siapa pun,sahabat-sahabat pemuda PAS ,kawan-kawan sekolah,atau saudara mara perkara inilah yang aku nasihatkan.Benda mudah,tapi perlaksanaannya payah,iaitu memboikot produk-produk Israel dan sekutu.

Bagi mereka,susah sungguh hendak mencari alternatif lain.Walhal produk-produk muslim tidak dapat berkembang kerana merekalah yang tidak mahu menyokong.Dalam masa yang sama juga,jika tidak memakan KFC dan Mcd,atau minum Nescafe dan Coca Cola seperti tidak boleh tidur malam.

Paling aku sedih bila melihat sendiri sahabat-sahabatku yang memegang panji-panji Islam,tetapi bila penat minum 100plus(F&N).Ada pula menjadikan alasan tak mampu dalam memboikot ini.Aku bukan mengajak untuk berperang ke Gaza,bukan aku menyeru untuk menderma beribu-beribu untuk rakyat di sana.Tetapi aku mengajak untuk tidak mengeluarkan duit bagi membeli produk-produk Zionis ini.

Sedarlah dunia semakin hampir dengan kiamat,bukankah Dajjal akan menggoda kita dengan duniawi ini??Aku hanya mengajak boikot yang boleh diboikot,dan hanya sedikit sahaja yang susah hendak diboikot seperti stesyen minyak (hanya petronas bukan US product),domain(.com,.net).


Kata-kata dari Syeikh Yusuf Qardhawi,setiap riyal yang kita keluarkan untuk membeli produk Israel,ialah peluru untuk membunuh saudara kita.Tetapi berapa ramai yang mahu mengikut kata-kata ulama' ini???

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Internasional menunjukkan pembelaannya yang tegas terhadap penderitaan rakyat Gaza, kali ini beliau memfatwakan keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Ia mengatakan dalam salah satu khutbah tentang kempen boikot ekonomi terhadap pihak-pihak yang memusuhi umat Islam yang ditulis di laman rasmi beliau.

Al-Qaradhawi menegaskan: “Ada jihad ekonomi, iaitu kita membuat fatwa, fatwa yang saya keluarkan bersama sejumlah ulama tentang keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Boikot, boikot semua produk-produk Israel dan Amerika adalah merupakan kewajiban setiap umat. Semua yang berbau produk Amerika.”

Beliau mengisyarakatkan bahwa kata “coca cola” bererti Amerika, Burger, Mc Donald, Pizza Hut, semua itu produk-produk Amerika.

“Setiap riyal, dirham, Ringgit, Dollar, pound, yang digunakan untuk membeli produk yahudi dan Nasrani akan menjadi peluru yang akan ditembakkan pada saudara seIslam di palestine dan seluruh dunia. Untuk sebab ini satu kewajipan kita tidak menolong Yahudi dan nasrani (dan musuh Islam yang lain)dengan membeli produk dan perkhidmatan mereka. Membeli produk mereka akan membantu dan menyokong kemusnahan, keganasan dan peperangamn dan pembunuhan”
“Setiap kali saya melihat produk-produk ini, dada saya bergemuruh, jiwa saya meronta, kami ingin umat memboikot produk-produk ini. Kami menyeru agar pemerintah dan rakyat segera memboikot produk-produk ini, dan agar dibentuk seperti badan badan atau panitia khusus untuk mengevaluasi sejauh mana keberkesanan gerakan boikot dan penentuan skala keutamaan boikot. Setiap produk yang ada gantinya, wajib diboikot. Apa yang menjadikan kita memiliki kereta produk Amerika, padahal kita mampu membeli mobil dari Jepun dan Jerman?? Kita tidak akan rugi sama sekali. Boikot ini hukumnya wajib bagi semua, baik sekala besar maupun kecil.”

Lebih lanjut beliau menegaskan: “ Kami menghendaki umat Islam, laki-laki dan perempuan, ibu-ibu rumah tangga agar tidak membeli produk-produk Amerika. Boleh jadi ada produk-produk Israel dengan label lain, kerananya siapa yang mengetahui itu, wajib baginya untuk memboikot, hukumnya haram. Bahkan merupakan sebahagian dari dosa besar membeli produk-produk itu di masa sekarang ini. Ini sebahagian dari jihad yang ada dalam Islam, harus kita lakukan dan beritahu pada orang lain.”

Sedarlah sahabat semua,jangan biar mereka menguasai kehidupan seharian kita.Jangan biarkan darah daging kita,darah daging anak-anak kita terus tumbuh dari barangan mereka.Mereka tidak peduli dengan apa pun yang kita mahu mengutuk mereka ketika kita berada di kedai kopi.Tetapi dengan memboikot kesannya mereka rasai juga,apalagi kita semua bersatu untuk membuat begitu.

Di bawah merupakan satu kenyataan dari Chairman Starbucks:
Perutusan CEO Starbuck, Howard Schultz pada 11 Julai 2006 (terjemahan)

Kehadapan Pelanggan Starbuck,

Pertama dan seterusnya saya ingin berterima kasih anda semua telah menjadikan Starbucks menjadi perusahaan besar dengan lebih dari 90000 pekerja, 9700 restoran, dan 33 juta pelanggan seminggu. Tiap latte dan mocchiato yang anda minum di Starbucks memberikan sebuah sumbangan untuk mendekatkan persahabatan antara Amerika dan Israel...

Tanpa anda, para pelanggan yang tercinta, kami tidak akan mampu mencapai ratusan juta dollar per tahun untuk melindungi warga negara Israel dari serangan pengganas dan mengingatkan setiap orang Yahudi di Amerika untuk mempertahankan Israel. Jadi di lain waktu jika kamu ingin minum kopi di Restoran Starbucks, tolong diingat bahwa dengan setiap cawan yang kamu minum di Starbucks, sesungguhnya kamu sedang membantu sebuah misi yang berharga.

Howard Schultz
Chairman & Chief Global Strategist
Starbucks Coffee Stores



1 ulasan:

Mujahidah Syaabah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

klik!!