sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Khamis, 31 Disember 2009

Kesalahan-Kesalahan Gus Dur(Abdurrahman Wahid)


Kerusuhan ambon, yang mana ketika itu dia menjadi presiden ri menyatakan bahwa tidak ada pembantaian muslim di ambon, yang mana dia menyatakan bahwa korban dari pihak islam hanyalah 3 - 5 orang dan pihak dari kristen adalah lebih dari 3000 orang, yang mana secara tidak langsung justru menyatakan bahwa islamlah yang membantai kristen di ambon padahal kejadian yg sesungguhnya adalah kebalikannya.
Gus dur hendak merubah hadist yang menyuruh umat islam untuk saling memberi salam dengan ucapan assalamu'alaikum dengan disuruh gus dur dirubah menjadi selamat siang, selamat malam, selamat pagi, dst.
Ketika di indonesia ribut ribut soal kandungan babi di dalam bumbu penyedap masakan merek ajinomoto, yang memang diakui oleh produsen ajinomoto mempergunakan enzim hati babi dalam pembuatan produknya. gus dur menyatakan bahwa produk tersebut adalah halal.
Ketika gus dur menjadi presiden indonesia, gus dur hendak membuka hubungan diplomatik dengan israel, yang mana di seluruh dunia islam, tidak ada negara islam yang mau membuka hubungan diplomatik dengan israel.
Gus dur berhasil membuka hubungan dagang langsung indonesia dengan israel pada masa pemerintahannya.
Ketika semua ulama di seluruh indonesia mengecam goyang inul - goyang ngebor, sebagai goyang yang porno, gus dur justru membela inul.
Gus dur menyatakan bahwa Al - Qur'an adalah kitab suci yang PORNO, hanya dengan dalil bahwa ada ayat Qur'an yang berbunyi kira-kira: "sempurnakanlah kamu menyusui bayimu hingga 2 tahun", yang mana di tafsir oleh Gus dur itu berarti memamerkan payudara perempuan, dan itu berarti Al ~ Qur'an adalah kitab suci yang porno.
Kini MUI dan semua ulama se indonesia sepakat bahwa Ahmadiyah adalah sesat, justru Gus dur membela Ahmadiyah.
Ketika semua umat islam mendukung RUU Anti Porno Grafi dan Porno Aksi agar segera di sahkan, Gus dur justru bahu membahu dengan pendukung gereja yang mendukung pembatalan RUU Anti Porno Grafi dan Porno Aksi.
Gus dur hadir di dalam sebuah Misa di stadion Utama Senayan dan terlibat langsung di dalam kegiatan ritual yang dilakukan oleh umat kristen pada waktu itu, yang mana pada waktu itu di podium Gus Dur menyatakan mendukung tuntutan gereja tentang penolakan:

1. Penerapan Undang-undang Sisdiknas yang mewajibkan bagi semua siswa mendapatkan pelajaran agama sesuai dengan agamanya, yang mana gereja menentang pemberian pelaranan agama islam di sekolah kristen.
2. Penerapan Piagam Jakarta, yang pada intinya menerapkan syariah islam di indonesia.

3. Gus dur menolak campur tangan negera dalam kegiatan keagamaan di indonesia yang mana gereja sejak dahulu menentang campur tangan negara dalam mengatur kegiatan keagamaan


p/s:untuk pengetahuan semua pembaca,keluarga aku juga dahulunya ahli Nahdatul Ulama'(NU,iaitu parti yang didukung Gus Dur).Atuk aku pun dulu ketua cabang di sana,dan nama pertama yang hendak dibunuh oleh PKI(Partai Komunis Indonesia) di kampungku.Tapi setelah Gus Dur memimpinnya keluarga aku mula meninggalkan parti itu kerana terlalu jelas kesalahan yang dia buat.Tapi aku dapat info sebelum dia mati,dia bergaduh dengan pimpinan baru NU kerana tentangu undang2 keagamaan di Indonesia..

walallahualam

Khamis, 24 Disember 2009

Israel Ancam Lancarkan Lagi Perang Gaza Skala Besar


Israel telah mengancam akan melakukan sekali lagi serangan yang besar ke atas Gaza setelah berlalunya selama setahun serangan brutal terhadap Gaza tahun lepas.Pesawat pesawat Israel telah menjatuhkan beribu ribu risalah mengenai ancaman mereka supaya rakyat Palestin tidak bekerjasama dengan mujahidin Islam,dan juga berisi ancaman terhadap warga Gaza dengan serangan baru.

Setelah setahun,maka terkumpul lagi lah kos untuk menghancurkan umat Islam di Gaza.Maka umat Islam jugalah yang akan marah terhadap Israel walaupun secara tidak langsung mereka jugalah yang menyumbang untuk Israel itu.

Semangat untuk memulaukan barangan Israel hanya sekejap sahaja.Sedangkan serangan serangan kecil tetap berlaku di Palestin dan beberapa negara.Tidak kurang juga yang berkata usaha boikot ini hanya usaha kecil,tidak ada faedah.Allah tidak menilai kecik atau besar usaha kita,tetapi keihklasan di atas usaha kita.

Ramai yang tidak tahu walaupun sekejap pemboikotan umat Islam terhadap Israel,tetapi telah mencatatkan kerugian yang besar.Bahkan ada di negara arab,syarikat makanan tin yang dimiliki sekutu Israel bankrap.

Di mana keprihatinan kita terhadap saudara kita di sana.Sepatutnya kita umat Islam harus menjadi seperti satu badan,jika satu anggota rasa sakit maka yang lain juga turut sakit.Adakah kita  yakin kita boleh berjuang di medan perang jika perkara ini pun kita tidak mampu buat???

Wallahua'lam

Allahuakbar!!!

Rabu, 16 Disember 2009

SIAPAKAH TERORIS SEBENARNYA???SADARLAH SAUDARAKU....


Kalau kita meneliti sejarah,terlalu banyak yang menunjukkan bahawa AS dan sekutunyalah merupakan pengganas utama di dunia ini.Dengan dukungan kuat sekutunya NATO,ia dapat menekan PBB untuk menguasai Iraq sekaligus menguasai sumber minyak dunia.

Jika media selalu mendefinasikan pengganas itu ialah yang membunuh orang awam ,sudah tentulah pengganas nombor 1 ialah AS dan sekutunya.Kejahatannya sudah diketahui semua orang,mereka lah yang paling jahat,zalim dan zalim di dunia ketika ini.Mereka telah membantai orang awam yang tidak bersalah di Vietnam,Jepun,Afghanistan, Iraq, Palestina, Chechnya.Sama ada orang tua,kanak-kanak mahupun wanita mereka tetap berlaku kejam tanpa belas kasihan.

Jika definasi pengganas ialah pengebom tempat-tempat awam,menyebarkan rasa takut untuk meraih kuasa politik,membunuh musuh secara misteri terhadap lwan politik,dan jika definasi itu adalah untuk mereka yang membiayai,melatih dan melindungi para pelaku kejahatan,merekalah yang paling layak untuk dilabelkan.

Setelah umat Islam tahu bahawa rancangan musuh sentiasa berjalan,kita perlu sabar dan tawakkal kepada Allah.Yakinlah bahawa Islam akan menang juga di dunia ini cuma lambat atau cepat sahaja yang kita tidak tahu.Renungilah firman Allah di bawah ini,

“Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur’an) dan agama yang benar (Islam) untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai.” (QS At Taubah, 9 : 33 & QS Ash Saff, 61 : 9)


Jumaat, 11 Disember 2009

TERORISME DAN KEGANASAN TERHADAP UMAT ISLAM


Sebenarnya isu memerangi terorisme yang dilancarkan Amerika dan sekutu-sekutunya adalah perang melawan Islam dan kaum Muslimin.Musuh musuh Islam cuba untuk memutarkan fakta bahawa umat Islam pula yang dianggap sebagai pengganas.Mereka takut akan kebangkitan umat Islam dan cuba sedaya upaya untuk menghancurkan kebangkitan umat Islam.Salah satu cara mereka ialah dengan melaung-laungkan perang melawan teroris.

Sehingga kini,umat Islam diberi pelbagai tanggapan buruk sehingga menyebabkan para pelajar atau aktivis Islam menjadi resah.Mereka risau dituduh sebagai pengganas,pusat pengajian mereka dicop sebgai pusat melahirkan pengganas.Gerakan-gerakan dakwah mula dicurigai,walaupun mereka langsung tidak terlibat dengan terorisme.Anak-anak muda yang mahu pergi belajar agama mula dicurigai.Mereka ditanya belajar dgn siapa,apa yang mereka belajar.Terus terang aku katakan,keluarga aku yang berada di Indonesia juga sudah ramai mengecop aku sebgai bakal teroris.

Bahkan ada setengah tempat  beberapa orang yang hendak melakukan khuruj (aktiviti yang rutin dilakukan oleh Jama’ah Tabligh) turut dihalang di Indonesia kerana mereka tidak mahu tempat mereka didatangi orang orang luar yang disyaki terlibat dengan jaringan teroris.Belum lagi jelas siapa yang melakukan pengeboman di Hotel J.W Marriot,media di sana sudah membuat spekulasi bahawa pesantren2 yang menjadi puncanya.Sikap ini menunjukkan musuh Islam sudah berjaya menjadikan media sebagai penyebar fitnah terhadap pejuang Islam.Tetapi media di sana tidak pula menyebut tentang keganasan AS dan sekutunya terhadap umat Islam.

Di era informasi di mana kemengan ditentukan oleh penguasa penguasa media termasuk di Malaysia.Barat tahu bahawa Islam lah yang menjadi musuh utama mereka setelah keruntuhan komunisme.Caranya ialah melalui hard dan soft power.Mereka memainkan peranan terhadap pandangan masyarakat terhadap umat Islam.Mereka tidak mahu umat Islam terus berpegang dengan Quran dan Sunnah.Mereka menjadikan umat Islam semakin liberal agar mudah mereka mengahancurkan kita.Muncul pula kenyataan dari beberapa orang tokoh yang mengatakan bahawa keganasan dari umat Islam berlaku kerana ingin menerapkan daulah Islam.Mereka seperti tutup mata apabila fakta yang diberikan bahawa bukan semua gerakan Islam setuju dengan terorisme.Tidak hairan bila ada yang mengatakan isu teroris yang berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia adalah dimainkan oleh orang luar.Oleh itu,berwaspadalah terhadap musuh-musuh Islam .Para pejuang Islam haru istiqamah memperjuangkan agama Allah ini seperti yang ditunjukkan junjungan besar kita Rasulullah S.A.W.

Takbir!!!

Allahu Akbar  !!!!

klik!!