sila klik

BOIKOT!!!

BOIKOT!!!

Jangan Kita Lupa

Khamis, 25 Disember 2008

Pemergian Seorang Ayah

Pada 23 disember 2008 bersamaan 25 zulhijjah,aku mendapat panggilan telefon daripada kawan baikku bahawa ayahnya sudah pergi meninggalkan kita semua pada jam 12:50 pagi.

Aku nak kata terkejut tak,nak kata tak terkejut pun tidak.Ayahnya memang aku sudah ketahui menghidap pelbagai penyakit.Aku juga merasa sedih atas kematian ayah kawanku itu.Aku selalu teringat bila aku telefon je rumah dia mesti ayah dia angkat borak dengan aku sekejap baru bagi kawan aku tu.Sampai hari ni aku masih lagi rasa sedih.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahnya.

Al-Fatihah(Norazme bin Nordin)

Ahad, 21 Disember 2008

BOIKOT YAHUDI!!!!!!!!!!!!!


Ramai yang tidak sedar bahawa kepentingan memboikot.Ade beberapa negara yang membuat kempen boikot dan berjaya menjatuhkan sesuatu syarikat.Ade juga yang tidak memboikot dengan alasan tidak mahu pekerja syarikat yang akan diboikot itu menganggur.Sedarlah bahawa bumi Allah itu luas,bukannya tidak ade kerja lain mereka boleh buat.Yusof Al-Qardhawi telah menfatwakan haram membeli barangan Yahudi kecuali terpaksa.Di bawah ini aku sertakan beberapa produk Yahudi atau menyumbang kepada Yahudi.

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince


Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper


Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips


Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem


Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca


Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik


Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette


Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan.


Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik


Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Syarikat : IBM


Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson



Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer


Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila


Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins


Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex


Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action
500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen ?Dazs Ben & Jerry? CAMPBELL Kellogg? Canderel Levis Raid Heinz. 


Wallahu’alam..

Asy-Syahid Abdullah Azzam:Pejuang Yang Disegani 2


Selepas saja peristiwa hitam itu berlaku,asy-syahid mengumpulkan pemuda-pemuda untuk melancarkan jihad ke atas Yahudi.Di samping itu juga,asy-syahid berusaha melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar sehingga memperolehi ijazah Sarjana Usul Fiqh.Selepas itu beliau bertugas sebagai pensyarah kuliah Syariah Universiti Jordan pada tahun 1970.Beliau juga dianugerahkan kedoktoran PhD tingkatan As-Syaraf  yang diterimanya dari Universiti Al-Azhar.Ketika belajar di Mesir,beliau mengadakan hubungan dengan keluarga Qutb.Ketika itulah beliau mendapat lebih terperinci mengenai perjuangan dan fikrah Syed Qutb.Pada tahun 1980 beliau dipecat dari tugasnya sebagai pensyarah di Universiti Jordan kerana telah mentarbiyah beratus-ratus pemuda dengan tarbiyah Islamiyyah dan membangkitkan perasaan benci terhadap Yahudi.Beliau juga digelar 'Syed Qutb Jordan' kerana beliau menyebarkan fikrah Syed Qutb walaupun ditekan kerajaan Jordan yang mengikut telnjuk kuffar.

Akhirnya beliau tidak dapt lagi meneruskan jihadnya di Palestin kerana kerajaan Jordan menutup sempadan Jordan-Palestin.Asy-Syahid bersama keluarganya berhijrah ke Arab Saudi dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Al Malik Abdul Aziz,Jeddah pada tahun 1981.Disebabkan kemewahan hidup di sana membuat beliau kemudiannya memohon untuk bertugas di Universiti Islam Antarabangsa(IIU) di Islamabad,Pakistan kerana kedudukannya dengan bumi jihad Afghanistan menjadi dekat.

Di sana Asy-Syahid cuba berhubung dengan pimpinan mujahidin Afghan untuk mengetahui perkembangan jihad di sana.Beliau merasakan tugasnya sebagai pensyarah telah memendekkan masa berjihad oleh itu beliau mengumpulkan semua jadual dalam masa seminggu kepada tiga hari kemudian dipendekkan menjadi dua hari dan akhirnya pada 1984 beliau memohon untuk berhenti sebagai pensyarah dan menuju ke Peshawar untuk melakukan tugas-tugas jihad sepenuh masa.Beliau selalu menyebarkan fikrah jihad ke negara-negara asing dan menyeru umat Islam supaya memberikan sumbangan sekadar yang termampu.Beliau juga mengarang kitab-kitab  dan menerbitkan majalah-majalah untuk tujuan sama.Hasilnya beribu-ribu pemuda Islam dari luar Afghanistan menyertai jihad di sana.

Perkara ini menggerunkan kuasa-kuasa kuffar Barat,Komunis dan juga kerajaan-kerajaan Sekular umat Islam.Perancangan demi perancangan diatur untuk membunuh tokoh ini.Pada tahun  1989,beliau dan dua orang anaknya Ibrahim dan Muhammad telah dibom ketika mereka dalam perjalanan ke masjid.Tamatla riwayat seorang tokoh Islam yang sangat dihormati.Ingatla bahawa orang yang mati syahid itu tidak akan mati di sisi Allah.

Sabtu, 20 Disember 2008

Asy-Syahid Abdullah Azzam:Pejuang Yang Disegani 1


Setelah aku selesai membaca Abdullah Azzam Merintis Khilafah Yang Hilang,aku rasa lebih bersemangat untuk berjuang dalam Islam dan makin membuak-buak perasaan aku untuk pergi berperang.Assyahid dilahirkan pada 1941 di desa Asba’ah Al-Hariyeh, Jenin,Palestin.Semasa masih kanak-kanak, Abdullah Azzam sangat menonjol di antara kanak-kanak lainnya. Beliau sudah mulai menyiarkan dakwah Islam semenjak masih sangat muda. Teman-teman sepergaulan mengenal beliau sebagai seorang anak yang soleh. Beliau telah menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa sejak muda dan guru-guru beliau telah mengenali tanda-tanda itu sejak beliau masih di Sekolah Dasar.Beliau pernah diminta oleh kakaknya sendiri untuk berhenti membaca dengan berkata "Wahai Abdullah,kakak lihat kau terlalu banyak membaca buku.Pergilah bergembira sebentar dan bermain dengan rakan-rakan di luar sana."     As syahid yang masa itu masih kecil lagi menjawab "Maaf kakak,sekarang bukan waktunya untuk saya bermain."Asy-Syahid memulakan pengajian di peringkat rendah di sekolah kampungnya sendiri.Kerana kepandaian yang dimilikinya,dia berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Persediaan Pertanian walaupun usianya masih muda.Beliau telah berjaya lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan dan dianugerahkan Sijil Diploma Pertanian.Selepas itu,Asy-Syahid telah ditugaskan mengajar di sebuah sekolah di Kampung Adar Karak,Selatan Jordan.Beliau mengajar di situ lebih kurang setahun.Pada tahun berikutnya beliau ditukar ke sekolah Barqin iaitu di suatu tempat berhampiran kampungnya sendiri.Pada tahun 1965,beliau telah mengahwini Ummu Muhammad.Selepas itu mereka telah berhijrah ke kampung Daerah Ghusan dalam daerah Tulkaram.Beliau telah dianugerahi8 orang anak.Walaupun beliau merupakan seorang lulusan bidang pertanian tetapi beliau tidak pernah mengenepikan urusan agama.Ini terbukti apabila beliau diterima di Universiti Damsyik di bidang syariah.Dalam masa sama beliau bertugas sebagai pegawai pertanian.Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Jordan dan cuba menghabiskan hafalan al-Qurannya.Beliau banyak mengkaji kisah hidup Hassan Al-Banna dan Syed Qutb.Pada tahun 1966,Asy-Syahid berjaya menghasilkan ijazah Sarjana Muda(syariah) dengan keputusan pangkat kedua.Selepas itu beliau mengajar di Sekolah Menengah Perempuan Al-Taj.Pada tahun berikutnya,peristiwa hitam telah berlaku iaitu kemasukan yahudi ke tanah Palestin.

Metal Yang Islamik?????

Aku tertarik membaca tulisan ustaz wan ji(ust fav aku tu)tentang cadangannya hendak membuat sebuah lagu metal yang bercorak islam.Ade yang setuju ade jugak yang tidak bersetuju.Aku adelah antara orang yang berseteju.(hehehe).Ulama berbeza pendapat tentang muzik.Ade yang mengatakan haram secara mutlak ade yang menghramkan muzik jenis tiup dan bertali dan ade juga yang menghalalkan semua jenis.Tapi ulama yang tidak mengharamkan muzik telah sepakat mengenai lirik-lirik lagu yang dibolehkan.Antaranya ialah tidak boleh memuja wanita atau apa- apa saja,tidak mengajak membuat benda jahat dan lain2.Bagi aku metal tidak salah dijadikan sebagai salah satu untuk kita menyampaikan Islam.Cuma orang ramai salah faham terhadap muzik metal ketika digembar-gemburkan pada beberapa tahun lepas.Orang ramai pandang hina terhadap muzik metal tetapi orang tidak lihat lagu2 'nasyid' yg lebih cintan.Sedangkan ade beberapa lagu metal yang lebih baik contohnya lagu jihad dari as-sahar.Lagu ni menceritakan keganasan zionis terhadap palestin.Aku berharap sangat supaya lebih ramai lagi orang terutamanya ustaz untuk mengkaji tentang muzik ini yang sebenarnya.untuk lebih korang semua faham sila baca tulisan ustaz wan ji sendiri

http://one-g.blogspot.com/2008/12/metal-seninya-tidak-difahami-tapi.html

http://4-g-bakistani.blogspot.com/2008/12/cadangan-islamic-metal.html

klik!!